CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1781|Reply: 4

Dua tanduk badak sumbu palsu dicuri

[Copy link]
Post time 3-9-2011 08:37 AM | Show all posts |Read mode

KEADAAN model seekor badak sumbu India yang dipamerkan di Muzium Sejarah Alam Semula Jadi di Tring, London yang telah dicuri tanduknya.



LONDON – Pencuri yang memecah masuk ke dalam Muzium Sejarah Alam Semula Jadi di Tring, London berputih mata kerana dua tanduk badak sumbu yang mereka curi itu adalah palsu.
Tanduk-tanduk tersebut dicuri daripada spesimen badak sumbu India dan badak sumbu putih. Pihak muzium mengambil langkah menggantikan tanduk tersebut dengan replika berikutan insiden kecurian di seluruh Eropah yang semakin menjadi-jadi.
Tanduk yang terhasil daripada unsur keratin itu sering dijual di pasaran gelap sebagai perhiasan atau untuk tujuan perubatan. Ia dijual pada harga sekitar AS$100,000 (RM298,499) sekilogram.

“Kecurian berlaku kira-kira pukul 4.00 pagi, berikutan kegagalan untuk pecah masuk pada tengah malam. Tanduk asli itu digantikan dengan tanduk replika sejak tiga bulan lalu. Setiap satunya seberat dua kilogram,” kata jurucakap muzium terbabit, Chloe Kembery.
Agensi risikan jenayah Kesatuan Eropah, Europol mengesyaki kumpulan jenayah terancang Ireland menjadi dalang di sebalik siri kecurian itu yang turut melibatkan zoo, rumah lelongan, pengedar barangan antik dan pemilik persendirian di seluruh benua Eropah. – AFP

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 3-9-2011 08:38 AM | Show all posts
Bangang punya pencurik,,
Reply

Use magic Report

Post time 3-9-2011 09:10 AM | Show all posts
heheh gigih mencuri rupanya curi barang palsu..padan muka
Reply

Use magic Report

Post time 3-9-2011 09:27 PM | Show all posts
ayo.... US100K utk sekilooooo... tuuuuueeeeee
Reply

Use magic Report

Post time 6-9-2011 01:42 PM | Show all posts
pencuri teraniaya...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

21-12-2024 08:22 AM GMT+8 , Processed in 0.051085 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list