View: 921|Reply: 2
|
Raya Tak Jadi boleh ‘meletup’
[Copy link]
|
|
Dijangka tetap menarik perhatian penonton walaupun selepas dua minggu hari rayaMESKIPUN penayangannya selepas dua minggu menyambut Aidilfitri, namun filem Raya Tak Jadi ini diyakini mampu meraih perhatian penonton dan seterusnya meraih kutipan besar apabila ditayangkan mula 15 September ini.\rIa bukan dilihat atas sebab faktor tarikh tayangan yang diperoleh daripada Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (FINAS), tetapi kekuatan jentera promosi dan kekuatan jalan cerita yang akan disajikan di lebih 70 pawagam seluruh tanah air.\r\n\n\n\nPengurus Besar Filem & Drama, Perniagaan Studio dan Pembangunan Korporat Primeworks Studio, Tengku Iesta Tengku Alaudin berkata, sekalipun lahir sedikit perasaan kecewa dengan tarikh tayangan, namun kelebihan dan rahmatnya lebih besar daripada apa yang dijangkakan.\r\r“Memandangkan judul filem ini menggunakan tajuk raya, namun saya percaya umat Islam masih lagi berada di dalam mood raya yang biasanya disambut selama sebulan.\r\n\n\n\n\n\r“Kami juga bertuah kerana filem yang diterajui pelakon utamanya iaitu Saiful Apek dan Johan (Raja Lawak) cukup kuat untuk membawa filem ini meraih kejayaan yang besar. Daripada maklum balas yang diterima daripada pengunjung yang menonton triler filem ini menerusi internet, kebanyakan mereka tidak sabar untuk menyaksikan gandingan mantap dua pelakon ini dan tidak kurang memuji jalan ceritanya yang mampu menggelikan hati penonton,” katanya yang dihubungi Hip kelmarin.\rBerhubung dengan tarikh itu juga, Tengku Iesta pada mulanya tetap berusaha untuk mendapat tarikh pada hari raya pertama, namun terpaksa akur selepas rayuannya ditolak atas sebab sedikit kelewatan mengemukakan permohonan kepada jawatankuasa Skim Wajib Tayang. “Pada mulanya kita sudah cuba untuk dapatkan tarikh pada hari raya itu, tetapi mengikut penjelasan daripada FINAS, permohonan kepada Wajib Tayang agak terlewat dikemukakan. Bagaimanapun kita cuba sekali lagi mengemukakan rayuan kepada FINAS tetapi tidak berjaya,” katanya yang tetap bersyukur dengan tarikh tayangan yang diterima kerana bebas daripada persaingan filem tempatan yang akan ditayangkan.\rMelihat kejayaan besar filem yang diperoleh menerusi tayangan filem Hantu Bonceng arahan Ahmad Idham Ahmad Nadzri pada hari raya pertama lalu, Tengku Iesta kini semakin gigih mengatur strategi menguatkan jentera promosinya sejak Ramadan lalu.\r“Apa yang harus kami lakukan sekarang adalah menguatkan jentera promosi untuk memberikan impak yang lebih besar untuk filem ini. Promosi menerusi TV sudah dijalankan sejak Ramadan lalu lagi di mana kita banyak menyiarkan sedutan filem ini selama 10 saat dalam program utama stesen milik Media Prima Berhad dan ia masih berterusan hingga kini.\r“Selain itu juga, bermula minggu ini kami akan gigih mengatur promosi baik menerusi TV, akhbar, majalah, internet dan pelbagai medium lagi,” katanya dalam nada optimis itu. \rFilem Raya Tak Jadi menampilkan pelakon komedi terkenal seperti Saiful Apek, Johan Raja Lawak, Datuk Jalaluddin Hassan, Wan Sharmila dan Noreen. Filem arahan A. Razak Mohaideen itu mengisahkan Leo, seorang ahli perniagaan Kurma merancang untuk menculik Penyimpan Mohor Besar Raja Raja, Haji Ehsan atas sebab kontena kurmanya tidak sampai mengikut jadual dan mengalami kerugian. \rLeo mengarahkan Ali dan Abu untuk menculik Haji Ehsan. Arahan itu dapat dilaksanakan tapi mereka tertukar dengan teksi Shuib.\rShuib mempunyai seorang adik namanya Bob dan mereka terjumpa Haji Ehsan dalam bonet teksi yang disangka mayat Haji Ehsan.\rAbu dan Ali kemudian berjaya menjejaki teksi Shuib dan mereka mula merancang dan menculik ibu dan adik Shuib. Leo meminta wang tebusan dari Hajah Nisah lakonan Noreen Noor sebelum melepaskan ibu dan adik Shuib. Polis berjaya memberkas Leo dan pekerjanya semasa mereka bertukar wang dan tebusan.
[Posting Asal] [Kembali ke Berita Rakyat] [Pump!]
|
|
|
|
|
|
|
|
apsal xde org response pasal citer nie????ke semua org anti-apek???hehehehe |
|
|
|
|
|
|
| |
|