CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 99|Reply: 0

Gemilang ke akhir waktu

[Copy link]
Post time 16-9-2011 09:05 AM | Show all posts |Read mode
Artis berlainan bangsa berjuang harum nama negara menerusi seni\rSETEGUH tiang bendera yang berdiri megah di lokasi paling bersejarah iaitu di Dataran Merdeka, seteguh itulah juga semangat patriotik empat orang anak seni yang masing-masing melakar sejarah tersendiri dalam bidang yang diceburi. \r\n\n\n\n\rBiarpun mempunyai pandangan berbeza, namun perjuangan mereka tetap satu, iaitu untuk terus mengharumkan nama negara sebagai tanda terima kasih dan rasa syukur mereka terhadap tanah air yang banyak berjasa pada mereka.\r\r\n\n\n\n\nTampil mengenakan busana kebangsaan daripada akar budaya masing-masing, Jaclyn Victor, Suki, Mohd dan Daus sanggup berpanas di bawah terik mentari semata-mata untuk menjayakan sesi fotografi yang melambangkan penyatuan kaum serta berkonsepkan 1Malaysia ini.\rHip mendasari hati empat artis ini mengenai semangat patriotisme dan sejauh manakah pengorbanan yang mereka sanggup lakukan demi Malaysia yang sangat mereka cinta.\rMalaysia masih selamat\rPERJUANGAN penyanyi yang dicungkil bakatnya menerusi program realiti Malaysian Idol ini bukanlah seperti menghunus senjata di medan perang. Sebaliknya menurut Jac, diberi peluang mewakili Malaysia dalam mana-mana pertandingan nyanyian di luar negara baginya sudah boleh dianggap sebagai pengorbanan untuk bumi tercinta.\r\n\n\n\n\r“Sebelum ini pun saya pernah mewakili Malaysia untuk pertandingan Voice Of Asia di Shanghai, selain pertandingan di Russia. Apabila menyertai pertandingan seperti itu dan menang, kita terasa amat puas dan bangga kerana itulah saja cara kami insan seni menunjukkan semangat patriotisme kita pada Malaysia,” ujar anak jati Kuala Lumpur ini.\rTambahnya, apabila berjauhan seperti itu kerana membawa amanah yang diletakkan di bahunya, baru dia terasa betapa hujan batu di negeri sendiri lebih baik daripada hujan emas di negara orang.\r“Selalunya bila kita di luar negara barulah kita terasa Malaysia sebenarnya lebih baik daripada negara lain. Apa yang membuatkan Malaysia berbeza adalah dari segi makanannya. Walaupun ada makanan Cina atau India di luar negara, namun rasanya tidaklah sehebat yang dimasak di Malaysia,” katanya berdasarkan pengalaman yang dilalui sendiri.\rMengulas wujudnya pelbagai insiden yang mungkin mampu menggugat semangat perpaduan di Malaysia, bagi Jac itu bukanlah penanda aras yang menunjukkan negara sedang bergolak seperti yang dianggap sesetengah pihak di luar sana.\r“Biasalah dalam mana-mana negara di dunia sekalipun, pasti ada berlaku pertelagahan. Namun Malaysia bagi saya masih lagi selamat dan apa yang penting, orang luar sebenarnya lebih suka untuk tinggal di Malaysia. Sebagai contoh, mereka yang pernah tinggal di Malaysia sebelum ini kerana bekerja, apabila mereka mahu bersara, mereka akan kumpul duit semata-mata untuk kembali dan tinggal di sini kerana semangat perpaduan kaumnya yang cukup tinggi.\r“Mana ada negara yang kita boleh lihat tiga kaum bersatu padu seperti yang berlaku di negara ini,” katanya penyanyi yang cukup terkenal menerusi lagu Gemilang ini.\rSering jayakan Hari Merdeka\rMEMPUNYAI pendirian serupa dengan Jac, bintang Akademi Fantasia 8, Muhd Shahril Firdaus Eli atau Daus berkata, sebagai penyanyi, tiada apa yang lebih membanggakan dirinya selain dapat mengharumkan nama negara tercinta menerusi bidang muzik.\rNamun, memandangkan pengalamannya masih hijau, hasrat itu disimpan jauh di lubuk hati buat waktu ini, sambil mengharapkan ia bakal menjadi kenyataan satu hari nanti.\r“Apa yang boleh Daus lakukan ketika ini adalah untuk melakukan yang terbaik dalam kerjaya seni supaya impian untuk menjulang nama Malaysia di mata orang luar akan tercapai,” katanya yang cukup popular menerusi lagu Kenapa.\rSempena sambutan Hari Malaysia yang jatuh pada hari ini, Daus juga terbabit dalam acara sambutan yang di Dataran Merdeka.\r“Daus bersama-sama artis lain akan terbabit dalam persembahan nyanyian. Untuk acara ini Daus menyanyikan tiga lagu iaitu Gemuruh, Jalur Gemilang dan 1Malaysia bersama beberapa artis, antaranya Adira dan Dafi,” katanya.\rTambahnya, ia bukan kali pertama dirinya menjayakan persembahan sempena Hari Merdeka kerana dia sering terbabit dengan acara sedemikian sejak di bangku sekolah lagi.\r“Lazimnya Daus akan terbabit dalam persembahan tarian kerana Daus memang artis kebudayaan di Sarawak,” katanya yang kini sedang berjinak-jinak dengan bidang pengacaraan.\rDitanya mengenai bidang nyanyian, Daus berkata, walaupun kini bergelar pengacara namun menyanyi masih lagi menjadi cinta hatinya nombor satu.\r“Selepas single Kenapa, Daus kini mengeluarkan single kedua berjudul Akhir Waktu. Ini percubaan pertama Daus menulis lagu dan lirik sendiri. Ia berkisar mengenai pengalaman sendiri, iaitu Cinta Monyet. Daus mengambil masa sehari suntuk untuk menyiapkan melodi dan juga liriknya,” kata jejaka berasal dari Kuching ini.\rHiba rindukan negara\rMENYINGKAP erti kemerdekaan, pelbagai golongan ceria menceritakan kisah sambutan yang penuh suka sehingga ada kalanya sambutan yang disertai meninggalkan kesan mendalam dalam lipatan sejarah masing-masing.\rJika golongan veteran sibuk menceritakan kisah kepayahan perjuangan mereka, golongan popular seperti artis juga ada kisah menarik yang dititip dalam kehidupan mereka sebelum dan selepas menjadi artis.\rBagi Suki atau nama sebenarnya Low Sook Yee, hatinya terdetik untuk menyambut Hari Kemerdekaan dan Malaysia pada tahun lalu ketika menjalani penggambaran drama di Taiwan.\r“Pada tahun lalu, saya ke Taiwan untuk menjalani penggambaran drama terbitan produksi di sana. Hati saya tersentuh, sayu, sebak dan seperti menangis secara tiba-tiba. Kebetulan pada masa itu ialah bulan merdeka di Malaysia.\r“Saya rasa rindu sangat, rasa seperti mahu cepat-cepat pulang ke tanah air. Dari situlah timbul satu perasaan yang sukar saya gambarkan dan hanya yang saya tahu ketika itu saya sayangkan Malaysia yang cukup unik dan istimewa berbanding negara lain,” kata pemenang pertandingan program realiti One In A Million (OIAM) musim pertama ini. \rGadis berusia 21 tahun ini berkata, hidupnya ketika di perantauan ibarat tidak lengkap kerana berasakan satu suasana yang cukup berbeza ketika di negara asing.\r“Jika di Malaysia, rakyatnya bercampur gaul, berkongsi budaya serta pelbagai juadah, di sana ia agak asing kerana penduduknya sibuk dan membuat hal masing-masing. Saya terasing di sana dan dari situlah saya lebih menghargai negara kita dan bertuah menjadi salah seorang daripada berjuta rakyatnya,” katanya.\rSelepas menjadi artis pula, katanya, dia lebih bersemangat patriotik dan cintakan negara. \r\"Kehadiran saya dalam dunia seni membantu memupuk perasaan sayangkan tanah air kerana kerap kali diundang membuat persembahan ketika sambutan merdeka,” katanya yang pernah menyanyikan lagu merdeka pada tahun lalu di Dataran Merdeka, sehingga menimbulkan perasaan yang cukup bangga pada dirinya.\rJika sebelum ini dia hanya mengikut saja apa yang dilakukan rakan dan orang lain dengan mengibarkan bendera, menyanyi lagu kemerdekaan, melaungkan frasa merdeka serta menunggu detik jam 12 malam, tetapi kini dia lebih peka kepada makna kemerdekaan itu sendiri yang perlu dihayati sebaik mungkin.\rKenang tarikh bersejarah menerusi restoran\rZAMAN kanak-kanak dilalui juara program realiti musim ke-4, Mohd, yang berasal dari Johor ini penuh keceriaan kerana dia bukan saja antara golongan kanak-kanak yang sibuk mengutip duit raya pada musim Aidilfitri, tetapi turut sering menyambut Hari Kemerdekaan.\rSetiap tahun, tanggal 31 Ogos serta 16 September diisi dengan jadual wajib - memeriahkan acara yang berlangsung di Stadium Johor Bahru bersama rakan atau keluarga.\r“Ketika masih kanak-kanak, saya hanya suka-suka ke stadium kerana mahu berjumpa artis dan menyertai acara yang dipertandingkan seperti kuiz mahupun cabutan bertuah. Tetapi sejak meningkat remaja, saya lebih menghayati sambutan yang dianjurkan,” katanya sambil memberitahu banyak bertemu penyanyi popular seperti Jac, Ameng Spring serta Haziq sebelum bergelar artis.\rKatanya, jika dulu mulutnya ternganga kerana terlalu asyik untuk melihat persembahan artis, kini Mohd boleh dianggap bertuah kerana pada tahun lalu dia pula tampil membuat persembahan di Johor Bahru.\r“Paling menarik, saya mengadakan persembahan di hadapan rakan yang sama-sama ke stadium untuk menyaksikan artis suatu masa dulu,” katanya.\rKatanya juga, bagi mengabadikan tarikh bersejarah itu juga, pembukaan restoran barunya di Johor Bahru diadakan pada 16 September sebagai tanda ingatan kepada dua hari penting dalam diari kehidupannya.\r“16 September ialah Hari Malaysia dan saya juga membuka restoran pada hari yang sama supaya saya sentiasa dapat mengingati tarikh penting ini dalam hidup,” katanya yang memberitahu, sambutan bagi album singlenya, Nasib, mendapat sambutan menggalakkan daripada peminat.\rTajaan pakaian: Terima Kasih Istana Budaya

[Source]                [Go Back to Citizen Journalist]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-11-2024 12:38 PM GMT+8 , Processed in 0.126665 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list