CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 155|Reply: 0

Bukan kerana kecewa

[Copy link]
Post time 16-9-2011 09:05 AM | Show all posts |Read mode
Maya kembara ke Australia selepas selesaikan segala tugas seni\rWAJAH Maya Karin, 32, kelihatan sedikit gelap seakan \'terbakar\' ketika menghadiri majlis rumah terbuka portal Murai di Hotel DoubleTree by Hilton di ibu negara baru-baru ini. Namun perubahan tona kulitnya tidak sedikit pun menjejaskan kemanisan wajah wanita Melayu-Jerman ini.\r\n\n\n\n\rAyu di sebalik kurung bercorak jalur rona hitam putih, Maya berkata, sepanjang percutian selama dua minggu ke Australia, dia menghabiskan masanya hampir setiap hari meluncur di pantai dan menantikan kemunculan ikan paus di Byron Bay. Ditambah keadaan cuaca yang panas, justeru tidak hairan kulit wajahnya menjadi gelap.\r\r\n\n\n\n\n“Percutian lebih dua minggu di sana satu kenangan yang tidak mungkin saya lupakan. Selain ke Byron Bay, saya turut ke Sydney dan Gold Coast. Saya suka berjalan-jalan, jadi sepanjang berada di Australia saya mengambil peluang itu melawat pelbagai muzium, galeri seni, mempelajari sejarah Australia, malah saya turut berkesempatan memanjat Sydney Harbour Bridge yang mengambil masa selama tiga jam.\r“Dapat bercuti panjang sekali-sekala memang cukup menyeronokkan, apatah lagi ia kali pertama saya ke sana. Sebelum ini saya memang berhajat sangat hendak ke Sydney, kebetulan seorang sepupu saya memang menetap di sana, tetapi kesibukan kerja sering menghalang hasrat itu. Kali ini saya nekad juga untuk pergi memandangkan semua penggambaran sudah diselesaikan. Kalau saya terus menunggu, alamatnya sampai bila-bila pun tak jadi,\" katanya.\rBagaimanapun, pesan aktres anggun ini, jangan pula menyangka yang bukan-bukan apabila dia ‘membawa diri’ ke Australia. \r\"Saya bawa diri bukan sebab hati saya hancur berkecai di atas kegagalan rumah tangga, dan jangan juga anggap saya pelik hanya disebabkan tidak meraikan Syawal di sini.\r\n\n\n\n\r“Tiada sebab khusus kenapa saya ke sana, kerana saya memang suka melancong. Cuma saya rasa sudah 15 tahun meraikan hari raya di sini. Kebetulan saya juga tiada lagi tanggungjawab dan sedikit berkemampuan, jadi rasanya tidak salah jika saya pergi berjalan-jalan. Bukan bermakna saya tidak ingat langsung hari mulia, bagi saya ia boleh diraikan dalam pelbagai cara,\" katanya yang akan kembali sibuk dengan kempennya terhadap alam sekitar sedikit masa lagi.\rBiarpun baru saja pulang daripada bercuti panjang, namun Maya akui masih belum puas. Jika tidak memikirkan kerja, ujar wanita peramah ini, mungkin sudah lama dia mengambil keputusan untuk bercuti panjang selama setahun dua.\rMungkin disebabkan mood bercuti masih menebal, dia tidak begitu memikirkan soal kerja. Beberapa skrip filem masih lagi belum diusik. Buat masa ini dia mahu mendahulukan kempen Anti Botol Plastik di beberapa Institusi Pengajian Tinggi (IPT) selepas kejayaan kempen Anti Beg Plastik yang dijayakan lebih 25,000 kanak-kanak sekolah rendah.\rRancangan untuk menjenguk beberapa IPT dijangka dilaksanakan dalam waktu terdekat memandangkan dia baru saja selesai mengadakan perbincangan bersama pihak Kementerian Sains, Teknologi dan Alam Sekitar. Disebabkan perbincangan itu jugalah dia tiba agak lewat pada majlis rumah terbuka anjuran Murai, yang turut meraikan anak yatim daripada Rumah Kebajikan dan Bimbingan At Taqwa, Taman Putra Perdana, Puchong dan Rumah Perlindungan Rahoma Darul Fakir, Taman Melati.\r“Kempen mayalovesnature yang dimulakan sejak tiga tahun lalu saban tahun mendapat sambutan menggalakkan, jadi ia tidak seharusnya dihentikan. Bagi kempen yang akan diadakan di IPT pula, buat permulaan kami mungkin akan ke empat atau lima IPT dulu.\r“Selepas ini, saya kena fokus semula pada kerjaya lakonan yang tertangguh. Saya ada menerima beberapa skrip, tetapi disebabkan mood bercuti masih menebal, saya langsung tidak teruja untuk belek skrip. Tetapi tentulah kena baca juga kerana produser sedang menanti jawapan daripada saya.\r“Selain filem, album ketiga saya juga masih lagi tertangguh. Kesemua rakaman untuk lapan lagu sudah pun dibuat, tetapi mungkin ada beberapa perubahan dari segi susunan muzik yang terpaksa dilakukan bagi disesuaikan dengan pasaran muzik semasa,” kata Maya.\rTak terdesak cari pengganti\rDALAM rancak berbual, kami turut mengambil kesempatan bertanyakan kepada wanita yang sudah kembali solo lebih setahun lalu ini, apakah dia sudah menemui pengganti.\rTidak cuba berselindung, kata Maya, dia belum terdesak mencari teman lelaki. Malah hidupnya juga tidak akan berakhir sekali pun tiada insan bernama lelaki di sisi. Sebaliknya, Maya seronok dengan kehidupannya sekarang. Baginya, mengumpul harta lebih penting daripada memikirkan mengenai pasangan hidup.\r“Saya takkan mati tanpa lelaki. Bagi saya. lebih baik saya fikir macam mana hendak mengumpul harta daripada mencari lelaki. Sejak tahun pertama berlakon, emak mengingatkan saya supaya belajar kumpul harta sedikit demi sedikit supaya senang apabila menghadapi hari tua nanti.\r“Pesanan emak saya ingat sehingga kini. Duit yang saya dapat daripada lakonan, saya laburkan dengan membeli hartanah. Setakat ini saya sudah memiliki lot kedai, pangsapuri, banglo dan juga tanah yang dibeli di Terengganu.\r“Saya lebih yakin dengan pelaburan hartanah berbanding perniagaan. Saya lihat banyak artis yang menceburi perniagaan pakaian tapi beberapa tahun kemudian, perniagaan mereka ditutup. Begitu juga dengan perniagaan makanan. Bagi saya pelaburan paling selamat adalah dengan membeli hartanah, kerana nilainya tidak akan susut.\r“Selain itu, saya ingin nasihatkan artis baru supaya belajar mengumpul harta. Jangan habiskan duit dengan membeli kereta mewah atau membeli barang yang tidak perlu. Gunakan wang yang ada untuk beli hartanah. Kadang-kadang saya kasihan melihat artis kita yang masih hidup menyewa walaupun sebelum ini mereka laris macam pisang goreng panas. Tapi disebabkan tidak beringat, kehidupan mereka tidak berubah,” katanya.\r

[Source]                [Go Back to Citizen Journalist]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-11-2024 12:30 PM GMT+8 , Processed in 0.043292 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list