|
MENGUCAP panjang Cik Normah apabila mendapat tahu perangai jelek seorang komposer terkenal ini. Selain kaki kelentong serta cakap tak serupa bikin, dia juga rupa-rupanya seorang kaki judi. Kalau datang keinginannya itu, si komposer tadi sanggup terbang jauh ke luar negara supaya hasratnya itu dapat dilunaskan.\rWahai cik abang, walaupun awak buat kerja tak senonoh itu di luar Malaysia, tapi Cik Normah ada ramai Spy Leman. Lagi pun, muka awak ‘muka pasport’, maknanya ramai yang kenal. Jadi tak payahlah nak cover line sangat. Kata sumber Cik Normah lagi, komposer ini adalah antara pengunjung tetap di lokasi perjudian itu.\r\n\n\n\n\rSekali bertaruh, bukan kecil-kecil anak. Habis jugalah puluh-puluh ribu semata-mata untuk memuaskan nafsu berjudinya itu. Orang kata, kalau main judi memang boleh ketagih. Bila menang, terasa nak main lagi dan lagi. Kalau sentiasa menang tak mengapa. Cuba kalau kalah, tak pasal-pasal rugi yang sia-sia.\r\r\n\n\n\n\nMungkin komposer ini akan berkata, duit aku, aku punya pasal lah.Tapi bagi Cik Normah, bukankah lebih baik duit banyak yang ada itu dibelanjakan ke jalan yang lebih bersih. Penat awak bekerja siang malam, perah otak, cari idea untuk menghasilkan lagu yang meletup di pasaran.\rIni, bila dapat duit, terus dihabiskan di meja judi. Tak ke bodoh namanya tu. \rHai! Entahlah, Cik Normah pun tak tahu nak kata apa mengenai tabiat tak senonoh komposer ini. Patutnya berbelanjalah untuk kegunaan yang lebih berfaedah dan berkat. Kasihan Cik Normah kepada anak dan isterinya yang mungkin terpaksa makan duit haram jika wang hasil judinya itu itu dikongsi bersama ahli keluarganya yang lain.
[Source] [Go Back to Citizen Journalist] [Pump!]
|
|