View: 2956|Reply: 2
|
Matematik gabungkan fizikal, mental
[Copy link]
|
|
Matematik gabungkan fizikal, mental
SAYA merujuk surat Abdul Halim Abdullah bertajuk Matematik bukan subjek hafalan pada 21 September lalu dan bersetuju dengan pendapat beliau.
Saya pensyarah universiti yang berpengalaman mengajar subjek Matematik untuk mahasiswa kejuruteraan. Seperti dinyatakan, Matematik ialah subjek indah untuk diterokai. Subjek ini juga satu seni yang memerlukan paduan dan penyatuan antara mental dan fizikal. Apabila Matematik dilihat, dibaca dan dihafal, maka penghayatan terhadap subjek ini semakin berkurangan dan akibatnya, pelajar tidak dapat memahami dan mendalaminya. Jika amalan ini diteruskan, maka tidak hairanlah jika pencapaian subjek ini semakin merosot.
Kerap kali saya perhatikan ketika mengajar subjek ini, kebanyakan pelajar melihat proses pengiraan ditunjukkan seolah-olah mereka menonton di pawagam.
Daripada pengamatan saya juga ramai pelajar menghafal proses pengiraan untuk soalan tertentu tanpa mengetahui maksud tersirat. Selain itu, ramai pelajar menghafal rumus dan formula matematik tanpa pemahaman dan kesudahannya mereka keliru kenapa, bagaimana dan di mana perlunya penggunaan formula itu.
Natijahnya, amalan melihat dan menghafal matematik ini tidak merangsang minda untuk berfikir lebih kritis dan kreatif. Malah, mungkin menambahkan kekeliruan dalam proses memahami subjek ini.
Pada peringkat lebih tinggi, kebanyakan pensyarah universiti menyediakan soalan peperiksaan berpandukan Taksonomi Bloom. Taksonomi dibahagikan kepada dua tahap pengkelasan iaitu tahap pemikiran tinggi atau higher order thinking (HOTS) dan tahap pemikiran rendah (lower order thinking skills LOTS).
Mahasiswa sepatutnya dididik supaya tergolong di kalangan HOTS. Justeru, kebanyakan tugasan dan soalan peperiksaan peringkat universiti direka untuk mengasah minda supaya berfikiran jauh.
Subjek Matematik dan juga subjek yang memerlukan pengiraan matematik bukan subjek dilihat seperti filem atau dihafal sebaliknya, memerlukan penyatuan harmoni dari segi fizikal dan mental agar dapat di dalami, dihayati, dimanfaati dan seterusnya dihargai.
MOHD SULHI AZMAN,
Jabatan Kejuruteraan Mekatronik UCSI University, Cheras. |
|
|
|
|
|
|
|
betul la tuh...
tapi UCSI University ni Universiti mana? banyak sangat universiti dan kolej ar sekarang...pening aku... |
|
|
|
|
|
|
|
kawe setuju dengan pendapat ini.... |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Belia & Informasi
|