CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 112|Reply: 0

Khutbah Jumaat: Ihsan mampu kawal diri daripada terjebak gejala rasuah

[Copy link]
Post time 30-9-2011 09:05 AM | Show all posts |Read mode
RASUAH menjadi penyakit dan jenayah yang menular dalam kehidupan masyarakat di semua tempat. Tidak ada negara boleh mendakwa bebas daripada rasuah, cuma yang boleh dibezakan pada tempoh satu-satu masa hanyalah dari segi tahap keseriusan jenayah rasuah yang berlaku. Rasuah dalam perspektif hukum Islam adalah haram berdasarkan al-Quran, Sunnah dan ijmak ulama.\rFirman Allah SWT yang bermaksud: “Dan janganlah kamu makan (atau mengambil) harta (orang lain) di antara kamu dengan jalan salah, dan jangan pula kamu menghulurkan harta kamu (memberi rasuah) kepada hakim kerana hendak memakan (atau mengambil) sebahagian dari harta manusia dengan berbuat dosa, pada hal kamu mengetahui (salahnya).” (Surah al-Baqarah, ayat 188) \r\n\n\n\n\r  Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bertanggungjawab mengendalikan jenayah rasuah dan sepanjang siasatan dijalankan, SPRM tidak membezakan antara satu pihak dengan pihak lain.\r\r\n\n\n\n\n  Setiap kesalahan rasuah, penyelewengan atau penyalahgunaan kuasa, SPRM akan mengambil tindakan undang-undang ke atas mereka tanpa mengira pangkat atau taraf kedudukan. Kesalahan rasuah bukan terletak kepada kecil atau besar jumlah transaksi tetapi pihak yang terbabit iaitu pemberi, penerima atau orang tengah.\rSabda Rasulullah SAW yang bermaksud: “Pemberi rasuah dan penerima rasuah akan masuk ke dalam api neraka.” (Hadis riwayat at-Thobarani) \rJika amalan rasuah terus meningkat, dikhuatiri akan mengancam kestabilan politik, ekonomi dan keselamatan negara. Mengapa amalan rasuah berlaku?\rBerdasarkan pemerhatian, antara faktor utama menyebabkan berlaku rasuah ialah bernafsu besar atau sifat tamak haloba, mahu hidup mewah, memburu kekayaan dengan cepat, tidak bersyukur serta terikut-ikut rakan sekerja. \r\n\n\n\n\rSeseorang yang didorong perasaan tamak haloba serta mementingkan diri amat cekap dan berani melanggar batasan digariskan Islam pada hal perbuatan itu boleh menyusahkan diri sendiri selain mengakibatkan punca pendapatan tidak halal.\rIngatlah darah daging daripada hasil yang haram, maka api neraka adalah tempatnya seperti sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: “Setiap daging yang tumbuh hasil dari makanan yang haram itu maka api neraka adalah lebih utama untuknya.” (Hadis riwayat al-Tarmizi) \rSatu perkara lagi yang mendorong berlaku  gejala rasuah ialah kurangnya penghayatan kepada  sifat ihsan yang bermaksud kita melaksanakan sesuatu perkara untuk mengabdikan diri kepada Allah SWT dengan perasaan yakin seolah-olah kita dilihat dan dipantau Allah SWT. \rSabda Rasulullah SAW ketika di tanya Jibril mengenai ihsan yang maksudnya: “Apakah ihsan itu? Sesungguhnya kamu menyembah Allah seolah-olah kamu melihat-Nya, tetapi jika kamu tidak melihat-Nya, maka sesungguhnya Dia melihat kamu.” (Hadis riwayat al-Bukhari) \rSifat ihsan akan melahirkan mereka yang bertanggungjawab dan beristiqamah melakukan tugas sama ada ketika berdepan dengan orang ramai atau di tempat sunyi, ketika bersama majikan ataupun ketika ketiadaan majikan.\rIngatlah semua wang kekayaan yang didapati dengan cara haram adalah tidak berkat. Kekayaan secara haram tidak membawa kesenangan dan kebahagiaan dalam hidup, menyebabkan kesengsaraan serta kecelakaan di dunia dan akhirat. \rSatu lagi kesan buruk daripada jenayah rasuah ialah tertolaknya ibadah solat dan doa kerana mengguna sumber yang haram. Alangkah ruginya kita disebabkan perbuatan ini ibadah dan doa menjadi sia-sia justeru menjauhkan kita daripada   rahmat Allah SWT.\rFirman Allah SWT yang bermaksud: “Mereka ditimpa kehinaan di mana saja mereka berada, kecuali dengan adanya sebab dari Allah dan adanya sebab dari manusia. Dan mereka kembali mendapat kemurkaan dari Allah, dan mereka ditimpa kemiskinan. Yang demikian itu, disebabkan mereka ingkar akan ayat Allah, dan mereka membunuh Nabi dengan tiada alasan yang benar. Semuanya itu disebabkan mereka derhaka dan melampaui batas.” (Surah Ali-Imran, ayat 112).\rKhutbah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM)

[Source]                [Go Back to Citizen Journalist]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-9-2024 06:31 AM GMT+8 , Processed in 0.041853 second(s), 15 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list