CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 168|Reply: 0

Kembara Hospitaliti di PTPL berjaya

[Copy link]
Post time 30-9-2011 09:05 AM | Show all posts |Read mode
SELAIN cemerlang dalam akademik, kegiatan kokurikulum juga penting dalam menerapkan nilai-nilai moral dan etika yang tinggi sejajar melahirkan graduan berkualiti.\rMenyedari hasrat tersebut, Sekolah Hospitaliti & Seni Kulinari, Kolej PTPL Shah Alam, Selangor menganjurkan program Kembara Hospitaliti Pantai Timur yang dilangsungkan di Taman Tema Air Bukit Gambang, Pahang baru baru ini. \r\n\n\n\n\r     Kembara Hospitaliti yang membabitkan 134 pelajar dan enam pensyarah Diploma Pengurusan Hotel dan Diploma Pengurusan Hospitaliti & Pelancongan merupakan kesinambungan jelajah hospitaliti yang diadakan di Sunway Lagoon Resort Hotel dan Spa pada awal tahun ini. \r\r\n\n\n\n\n     Tujuan utama program ini diadakan bagi mendedahkan kepada pelajar mengenai situasi sebenar bagi sesebuah operasi khususnya perhotelan. Pelajar juga didedahkan dengan kemudahan yang ada di dalam hotel sekali gus mengeratkan hubungan baik antara pihak industri dengan pelajar serta tenaga pengajar Kolej PTPL Shah Alam. \rPelbagai aktiviti dan program yang dirangka pensyarah bagi mengisi program dua hari satu malam tersebut antaranya adalah perbincangan kerjaya oleh pihak Bukit Gambang Resort City, bina semangat, meredah hutan pada waktu malam, lawatan ke hotel hotel dan sukaneka. \rProgram ini mendedahkan pelajar mengenai operasi dan pengurusan hotel, semangat kerjasama antara pelajar dan pensyarah dan nasihat serta bimbingan untuk  menjadi seorang pekerja hotel yang berjaya pada suatu masa kelak.\rMenurut seorang peserta program, Erma Erfiyana Ghifari, berkata program ini banyak membantu pelajar dalam memperbaiki cara berkomunikasi dan bergaul di samping mengajar sikap saling bantu membantu, kerjasama, komunikasi yang baik penting dalam menyelesaikan sesuatu masalah ataupun kerja. \r\n\n\n\n\rSeorang lagi peserta, Chenny a/p Kian, berkata banyak ilmu dan pengalaman yang diperoleh daripada aktiviti yang dijalankan. Antaranya pengalaman mereka yang telah menempa nama dalam industri perhotelan. \rBeliau berkata, program ini juga dapat mengeratkan hubungan antara pelajar lama dan baru yang jarang sekali mengadakan aktiviti bersama. \r

[Source]                [Go Back to Citizen Journalist]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-9-2024 06:37 AM GMT+8 , Processed in 0.034776 second(s), 15 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list