CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 120|Reply: 0

Satu kapal dua nakhoda

[Copy link]
Post time 10-10-2011 10:05 AM | Show all posts |Read mode
Martias, Ismail saling mendakwa pemimpin sah SWAM MANA satu betul? Skrip cerita persatuan ini memang menarik, penuh dramatik dan konflik apabila seorang mendakwa masih Presiden sah, sedangkan seorang lagi pada masa mengaku Pemangku Timbalan Presiden. \n\n\n\nInilah yang berlaku dalam Persatuan Penulis Skrin Malaysia (SWAM) yang membayangkan seolah-olah seperti  dalam persatuan yang sama, ibarat satu kapal dua nakhoda. Apa sekalipun, ini menunjukkan berlaku kemelut yang tidak berkesudahan dalam persatuan hiburan. \n\n\n\n\n\nPerkara seperti ini yang dikatakan oleh Gabungan Karyawan Filem Malaysia (GAFIM), Jurey Latif Rosli minggu lalu bahawa pelbagai masalah dalaman persatuan hiburan akan membawa kesan tidak baik daripada kaca mata masyarakat.Justeru, bukan menjadi satu kesalahan dan tidak sepatutnya juga dianggap sebagai campur tangan apabila GAFIM memberikan surat tunjuk sebab atau penjelasan mengenai kedudukan kepimpinan dalam SWAM. Apabila Hip menghubungi kedua-dua individu dalam SWAM untuk mendapatkan ulasan mengenai surat tunjuk sebab dari GAFIM, ia seakan-akan memberi gambaran berlaku konflik yang sukar diselesaikan kerana masing-masing mempunyai hujah dan sebab tersendiri.Pemangku Timbalan Presiden SWAM, Martias Ali berkata, dia akan memegang jawatannya itu bersama Jamil Mutalib sebagai Pemangku Presiden sehingga persatuan ini mengadakan Mesyuarat Agung Tahunan (AGM) untuk memilih barisan barisan kepimpinan yang baru.\n\n\n\nMengenai kedudukannya sebagai Pemangku Timbalan Presiden dan Jamil pula menjadi Pemangku Presiden, Martias menegaskan mereka dipilih menerusi Mesyuarat Agung Luar Biasa (EGM) yang diadakan pada 24 September lalu. “Setakat ini, saya dan Jamil menguruskan SWAM sehingga AGM diadakan, mungkin pada tahun depan,” katanya.Ditanya mengenai surat tunjuk sebab yang dikemukakan oleh oleh GAFIM, Mathias menjelaskan gabungan itu hanya hanya membincangkan berkenaan FFM24 dan bukan berkaitan dengan masalah dalaman SWAM.“Memang GAFIM sendiri tidak tahu mana satu pihak yang berada di landasan benar, sebab itulah kita diberikan surat tunjuk sebab untuk menjelaskan kedudukan sebenar ini dan kami diberi tempoh selama dua minggu,” katanya.Martias juga berkata, dia mendapat maklumat bahawa Presiden SWAM sekarang, Ismail Ahmad turut mengadakan EGM pada 8 Oktober lalu untuk memilih barisan AJK baru persatuan.“Bagi pandangan saya, seseorang pemimpin itu perlu dipilih oleh ahli, jika ahli tidak mahu, tidak bolehlah menjadi pemimpin. Hakikatnya, ahli SWAM sendiri yang mengadakan EGM dan menolak Ismail menjadi pemimpin,” katanya lagi.Menurutnya, pada EGM lalu, Ismail juga sudah diundang tetapi tidak menghadirkan diri.“Apabila Ismail tak hadir, ahli SWAM buat keputusan melantik pemangku kerana mereka tidak mahukan (Ismail) lagi,” katanya.Ismail turut didakwa mengambil tindakan menghalang mereka daripada memasuki pejabat SWAM di Kompleks Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS), Hulu Klang.“Kunci pejabat sudah ditukar dan kami dihalang masuk. Beberapa peralatan dalam pejabat dibawa keluar dan tiada siapa berada di dalam pejabat itu,” katanya yang melihat kejadian itu sebagai satu permainan yang cukup tidak matang.Martias berkata, mereka berusaha menghubungi Ismail untuk berbincang dan menjelaskan apa sebenarnya berlaku tetapi tapi sia-sia saja.“Kami ada hubungi tetapi kandungannya (sistem pesanan ringkas) tidak menarik,” katanya.Menurutnya, sebagai ahli SWAM, dia keliru berkenaan matlamat yang mahu diperjuangkan Ismail.“Hanya berlandaskan kata-kata hebat tidak mencukupi kerana persatuan perlu digerakkan. Dalam soal kewangan, kami mengesyaki sesuatu yang tidak kena. Misalnya, setiap cek persatuan yang dikeluarkan sepatutnya perlu ditandatangani Presiden, Timbalan Presiden dan Bendahari.“Sebaliknya, cek yang keluar bukan atas nama persatuan tetapi nama peribadi serta tidak ditandatangani Bendahari. Mungkin Ismail ada sebab untuk berbuat begitu. Sebab itulah, kami mahu Ismail memberikan penjelasan mengenai setiap kemusykilan ini,” katanya.\'Saya masih Presiden sah\'Biarpun diasak dengan pelbagai dakwaan, Presiden SWAM, Ismail ketika dihubungi tenang menjawab beberapa persoalan yang dibangkitkan ahli SWAM terhadapnya serta menganggap semua tuduhan yang dilemparkan kepadanya sebagai tidak berasas dan bersifat liar.“Saya masih Presiden SWAM yang sah di sisi undang-undang dan mengikut perlembagaan persatuan.“Mungkin saya kurang pandai seperti mereka tetapi saya hanya ikut undang-undang saja. Mereka bijak sebab itulah mereka membuat tindakan mereka sendiri,” katanya.Bertanya soal benar atau tidak beliau akan mengadakan EGM seperti yang diura-urakan, Ismail tidak menafikan perkara itu.“Ya! EGM itu diadakan pada 8 Oktober. Saya tidak pandai-pandai buat tetapi setelah menerima nasihat daripada Ketua Pengarah Jabatan Pendaftaran Pertubuhan, Datuk Abdul Rahman  Othman untuk mengadakan EGM ini, barulah saya bertindak.“EGM ini diadakan juga kerana AJK SWAM ketika ini hanya tinggal tiga orang saja disebabkan beberapa masalah seperti keahlian tamat tempoh. Oleh itu barisan kabinet baru akan dilantik pada EGM ini,” katanya.Ismail juga mendakwa pemilihan Jamil sebagai Pemangku Presiden SWAM sebagai tidak sah kerana Jamil tidak membayar yuran keahlian sejak tahun 1997.“Keahlian Jamil sudah tamat tempoh pada tahun 1997. Dia hanya membayar yuran sebanyak RM50, jadi bagaimana dengan yuran tertunggaknya itu? Jadi di sisi perlembagaan tidak sah sesuatu perlantikan jawatan itu kerana keahliannya tidak sah,” katanya.Berhubung dengan dakwaan memecah masuk pejabat SWAM, Ismail berkata, dia sudah membuat laporan polis mengenai perkara itu.“Mereka yang pecah masuk, mengambil kepala surat persatuan, mencuri data dan sebagainya. Oleh itu saya buat laporan kepada Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS) dan polis. “Kalau mereka mahu menuduh saya, saya juga boleh buat tuduhan kepada mereka membabitkan beberapa hal,” katanya yang terus berpegang prosedur yang ditetapkan oleh Pendaftar Pertubuhan (ROS).

[Source]                [Go Back to Citizen Journalist]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-11-2024 07:28 PM GMT+8 , Processed in 0.195008 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list