CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 27929|Reply: 136

AKSI : NILAPURA [TV3 9MLM MULAI 31 OCT 2011 SETIAP ISNIN]

[Copy link]
Post time 16-10-2011 11:23 AM | Show all posts |Read mode
Post Last Edit by eddlisa_uyuk at 31-10-2011 02:01
Puteri Ratna Emas Lela











Jue kini masih terlibat dalam proses penggambaran drama terbaharu berjudul Nilapura yang bakal disiarkan pada 31 Oktober ini di slot Aksi TV3.

Menceritakan peranan yang dibawa dalam drama itu, Jue memegang watak Puteri Ratna Emas Lela yang merupakan puteri bongsu Raja Bumida Bimasakti yang berjiwa rakyat dan gemarkan kerja amal.

"Dalam drama ini, saya akan mengorbankan cinta demi kasih sayang terhadap negara saya, Bimasakti dan terpaksa berkahwin atas dasar diplomatik antara negara saya dan Nilapura," singkapnya mengenai watak utama yang dibawa dalam drama bercorak epik itu.

Selain Jue, Nilapura juga membariskan pelakon hebat tanah air antaranya Ryzal Jaafar, Amar Asyraf, Memey Suhaiza, Ramli Hassan, Zarina Zainuddin, Rosnah Johari, Razib Salimin, Adam Shah, Hilal Azman dan Ramona Zam Zam.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-10-2011 11:45 AM | Show all posts
ganti supermak laaa nih
Reply

Use magic Report

Post time 16-10-2011 11:45 AM | Show all posts
ganti supermak laaa nih
Reply

Use magic Report

Post time 16-10-2011 04:51 PM | Show all posts
ganti supermak for sure....

tapi memey??!! sapa Ramona Zam Zam??
Reply

Use magic Report

Post time 16-10-2011 04:51 PM | Show all posts
ala2 Fantaghiro le neh?
Reply

Use magic Report

Post time 16-10-2011 08:29 PM | Show all posts
mcm xbest aje..pelaokn pun..alahai:re:
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 16-10-2011 09:01 PM | Show all posts
lomah je tgk nama MEMEK SI KEMEK
Reply

Use magic Report

Post time 17-10-2011 07:09 AM | Show all posts
Kalau cerita ni terbitan FILMSCAPE iols tgk...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-10-2011 11:35 AM | Show all posts
Nilapura Tiada Unsur Magik



Menyusuli Super Mak, sebuah drama bersiri epik cinta, NILAPURA pula akan menghiasi slot Aksi yang ditayangkan di TV3. Drama terbitan KL Motion Pictures ini diarahkan oleh Wan Hasliza Wan Zanuddin dan ia dibintangi oleh barisan pelakon lama dan baru seperti Hilal Azman, Jue Aziz, Zarina Zainuddin, Rosnah Johari, Memey Suhaiza, Ryzal Jaafar, Amar Ashraf dan Ramona Zamzam.

Memilih Kellie’s Castle sebagai lokasi penggambaran utama, drama 13 episod ini mengisahkan tentang pengorbanan cinta Puteri Ratna Emas yang terpaksa berkahwin dengan Putera Rangga selepas negara Bimasakti tewas kepada Nilapura. Memandangkan masing-masing sudah mempunyai kekasih, perkahwinan yang diatur oleh pihak keluarga itu adalah bertujuan untuk merapatkan hubungan kedua buah negara.



Walaupun Ratna cuba berbaik dengan Rangga, tetapi Rangga yang suka berfoya-foya telah mengabaikan tanggungjawabnya sebagai seorang suami dan bakal pemerintah negara Bimasakti. Namun, satu insiden telah membuatkan Rangga berubah. Dia mula mencintai Ratna setelah melihat isterinya itu banyak bersabar dengan karenahnya.



Ketika ditemui di lokasi penggambaran kelmarin, pengarah drama ini memberitahu dia cuba memberikan kelainan untuk naskhah terbarunya ini. Jelas wanita ini walaupun drama ini mengambil latar kurun ke 12 atau 13, tetapi dia tidak menggunakan bahasa Melayu lama yang sukar untuk difahami oleh masyarakat hari ini. Sebaliknya dia memilih menggunakan bahasa baku yang dituturkan secara santai.

“Memang drama ini sebuah cerita epik yang meminjam latar masa dahulukala, tetapi saya tidak menggunakan bahasa Melayu lama kerana ia sukar difahami. Jalan terbaik adalah menggunakan bahasa pertuturan masyakarat sekarang dengan sebutan baku. Kalau penonton susah hendak faham jalan cerita nanti, tidak ramai pula yang hendak menonton. Selain itu, cerita ini juga tidak ada unsur-unsur magik seperti yang selalu digunakan dalam cerita-cerita epik terdahulu,” ujar Hasliza.



Ditanya sama ada benar atau tidak drama ini membabitkan bajet yang  sangat tinggi, Wan Hasliza menafikannya. Jelasnya, bajet yang diperlukan untuk drama ini tidak terlalu jauh beza dengan penerbitan drama-drama bersiri lain. Namun, perbelanjaannya sedikit berbeza kerana dia memerlukan lebih ramai krew penerbitan.

“Untuk menerbitkan drama epik fantasi, kerjanya lebih rumit kerana kita perlu membawa penonton ke satu zaman yang lain. Bagi memastikan perkara itu berhasil, sudah pasti kita perlu mencipta suasana itu sebaik mungkin. Jadi, persediaan lokasi, pakaian dan peralatan yang digunakan mesti tepat.



Sebab itulah, kita perlukan bajet lebih untuk drama ini. Baju-baju yang dipakai oleh setiap pelakon pun kita buat baru. Tidak ada tajaan daripada mana-mana pihak.  Saya serahkan tanggungjawab ini kepada Nurhayati Abdul Shukor , pelajar Universiti Teknologi Mara (UiTM), Shah Alam untuk buat pakaian yang ada ciri-ciri tradisonal, moden serta sedikit elemen fantasi.  Untuk pakaian sahaja kita telah belanjakan kira-kira RM30,000,” jelas Hasliza.

Untuk menyaksikan sejauh mana kehebatan drama ini, jangan lupa temujanji anda bersama stesen televisyen nombor satu Malaysia, TV3 bermula 31 Oktober ini, jam 9.00 malam.
Reply

Use magic Report

Post time 17-10-2011 11:36 AM | Show all posts
Promising gak sebab pengarah dia Wan Hasliza,
yang tulis skrip Dunia Baru, Warkah Terakhir Rosli Dhoby, Geng Surau, etc..
Reply

Use magic Report

Post time 17-10-2011 12:37 PM | Show all posts
Reply 4# queenteena


    ramona zam zam ni finalis dewi remaja geng2 neelofa
Reply

Use magic Report

Post time 17-10-2011 12:53 PM | Show all posts
apasal pakaian cam citer robin hood err panca delima la kalau nak banding cite melayu??
Reply

Use magic Report

Post time 17-10-2011 01:58 PM | Show all posts
emm nampak memey je terbantut nak tengokhmy3:
Reply

Use magic Report

Post time 17-10-2011 02:46 PM | Show all posts
Baju memey & Ryzal jaafar sama kaler ar...
Reply

Use magic Report

Post time 17-10-2011 02:52 PM | Show all posts
jantan nama ammar ni berlakon ok jugak.. akhirnya dpt gak jd leading kalo x asik jadi sidekick je..

salah satu tarikan ak nk tgk citer ni ialah memey suhaiza..
Reply

Use magic Report

Post time 17-10-2011 03:01 PM | Show all posts
kenapa ryzal tu selalu jadi hero eh?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-10-2011 03:08 PM | Show all posts
macam2 hal drama melayu ni... dah takda identiti ka
Reply

Use magic Report

Post time 17-10-2011 03:08 PM | Show all posts
dah takda ilham ka...
Reply

Use magic Report

Post time 17-10-2011 03:39 PM | Show all posts
The Princess / Leurd Kattiya (intro)

Reply

Use magic Report

Post time 17-10-2011 04:35 PM | Show all posts
Reply 11# September14


    Ramona ni artis baru ke Sept? Maaf ler... i malas le nak ty pokcik google...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-2-2025 04:37 PM GMT+8 , Processed in 0.063042 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list