View: 73|Reply: 0
|
All Blacks nyala impian besar
[Copy link]
|
|
New Zealand layak final buat ulangi gemilang 1987 bertemu Perancis\rAUCKLAND: Tekanan hebat dan corak serangan berterusan New Zealand memastikan skuad bergelar All Blacks itu berjaya menewaskan Australia 20-6 pada aksi separuh akhir di Eden Park, semalam untuk menempah tempat ke final ragbi Piala Dunia 2011 bertemu Perancis, Ahad ini.\r\n\n\n\n\r Ia umpama ulangan final edisi sulung Piala Dunia pada 1987 yang turut diadakan di Eden Park dan pada ketika itu, New Zealand dinobatkan sebagai juara dengan kemenangan 29-9.\r\r\n\n\n\n\n “Ia cukup mengagumkan. Kami dapat lihat yang kami berjaya mara ke hadapan dan melakukan tugas dengan cukup baik sepanjang 90 minit permainan. Setiap pemain melakukan yang terbaik,” kata kapten All Blacks, Richie McCaw.\rSelepas 24 tahun, New Zealand kini memburu kejuaraan kali kedua manakala Perancis enggan sekali lagi dikecewakan selepas mereka tewas dua kali di pentas final pada 1987 dan 1999.\rNamun, New Zealand sudah pun menewaskan Perancis 37-17 pada aksi Kumpulan A, 24 September lalu dan ia pasti satu kelebihan moral buat pasukan tuan rumah.\rPada aksi semalam, skuad Australia bergelar Wallabies ternyata bukan lawan All Blacks apabila juara Tri-Nations itu kalah daripada semua aspek, sekali gus menyaksikan penguasaan penuh pasukan tuan rumah sejak awal permainan.\r\n\n\n\n\rBagi jurulatih New Zealand, Graham Henry, kemenangan itu cukup manis terutama selepas dia dipecat apabila All Blacks tewas kepada Perancis pada suku akhir Piala Dunia 2007.\r“Pemain tampil cukup mantap. Mereka mempamerkan karakter sebenar. Empat tahun perancangan, dengan pemain mahu bangkit daripada kekecewaan adalah kunci kejayaan kami,” jelas Henry. - AFP
[Source] [Go Back to Citizen Journalist] [Pump!]
|
|
|
|
|
|
|
| |
|