CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 115|Reply: 0

Semangat Malaysia Boleh di Jerman

[Copy link]
Post time 17-10-2011 11:05 AM | Show all posts |Read mode
\"MALAYSIA Boleh\" menjadi pembakar semangat dua pelajar, Natassia Julianna Zaini dari  Universiti Kuala Lumpur-Malaysian Institute of Chemical and Bio-Engineering Technology (UniKL-Micet) dan Lim Gene-Harn, pelajar Universiti Sains Malaysia (USM).\rSemangat itu jelas terpancar pada wajah kedua-dua peserta Pertandingan Duta Muda Alam Sekitar Bayer 2011 peringkat global di Jerman selama seminggu bermula hari ini.\r\n\n\n\n\r   Kedua-duanya yang mewakili Malaysia bersaing dengan duta daripada 16 negara untuk terpilih sebagai pemenang ketiga tertinggi yang menawarkan dana bernilai 1,000 Euro (RM4,280) untuk meneruskan projek alam sekitar.\r\r\n\n\n\n\n   Natassia, 22, pelajar tahun akhir Sarjana Muda Kejuruteraan dan Gene-Harn, pelajar tahun tiga jurusan seni bina itu apabila kembali ke Malaysia diharap memainkan peranan lebih besar membantu menerapkan kesedaran mengenai kepentingan pemeliharaan alam sekitar.\rMalaysia julung kalinya dijemput menyertai Program Duta Alam Sekitar Belia Bayer (BYEE) pada 2006.  Antara negara yang menyertai program Thailand, Filipina, Singapura, India, Indonesia, China, Korea, Poland, Brazil, Ecuador, Peru, Venezuela, Colombia, Kenya dan Vietnam.  \rKedua-dua peserta juga akan menyertai program lawatan sambil belajar dan sesi perbincangan dengan Ketua Pegawai Eksekutif Bayer, Patrick Thomas.\rMereka juga berpeluang menjalankan ujian makmal milik Bayer dan juga menyaksikan sendiri amalan dan pelaksanaan pelbagai kaedah penjagaan alam sekitar terbaik di negara itu.\r\n\n\n\n\rSelain itu, mereka juga didedahkan di Pusat Kajian & Pembangunan (R & D) serta Pusat Inovatif Bayer dan melawat kemudahan pengurusan sisa perbandaran di negara berkenaan.\rGene-Harn yang membabitkan diri dalam misi memulihkan alam sekitar di beberapa negara seperti di Shanghai, China; Jakarta, Indonesia, dan India akan membuktikan penyertaannya sebagai pengalaman untuk diketengahkan pada pertandingan berkenaan.\rAnak bongsu daripada dua beradik itu berkata, beliau juga mewujudkan projek sendiri iaitu Skuad Lestari Muda yang bekerjasama Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) bagi menjalankan projek alam sekitar.\r“Terbaru, kami mendapat undangan ke Indonesia, Ogos lalu bagi membincangkan isu alam sekitar Asia Pasifik,” katanya.   \rSementara itu, Natassia yang berasal dari Ampang, Selangor, pula mengetengahkan konsep kitar semula yang dilihat sebagai inisiatif terbaik mengolah semula bahan buangan bagi menghasilkan barangan baru.\rKejayaannya berdasarkan promosi barangan kitar semula untuk dijadikan produk kraf yang kreatif dan menarik.  Dia memilih Sekolah Kebangsaan Cerana Putih di Alor Gajah, Melaka sebagai lokasi perintis projek.

[Source]                [Go Back to Citizen Journalist]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-9-2024 01:14 AM GMT+8 , Processed in 0.095773 second(s), 15 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list