CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 85|Reply: 0

MASTERA nobat Shahnon

[Copy link]
Post time 17-10-2011 11:05 AM | Show all posts |Read mode
SASTERAWAN Negara (SN), Prof Emeritus Datuk Shahnon Ahmad meraih Anugerah Sastera Majlis Sastera Asia Tenggara (MASTERA) ke-4, sekali gus membawa pulang hadiah wang tunai bernilai RM24,000 (B$10,000) dan sijil pengiktirafan MASTERA.\rProf Emeritus Shahnon menerima anugerah itu pada Sidang MASTERA ke-17 yang diadakan di Gadong, Brunei Darussalam, baru-baru ini.\r\n\n\n\n\rSekretariat MASTERA Malaysia, Basri Abdillah, berkata pemilihan Prof Emeritus Shahnon dibuat berdasarkan penelitian Panel Pusat MASTERA yang dianggotai oleh wakil Brunei Darussalam, Malaysia dan Indonesia yang mendapati beliau menepati kriteria yang ditetapkan.\r\r\n\n\n\n\n“Bagi melayakkan penerima itu diperakukan untuk Anugerah Sastera MASTERA, panel menetapkan penerima perlu menghasilkan tulisan dalam bentuk karya kreatif seperti novel, cerpen, drama dan puisi.\r“Selain itu, penerima juga harus aktif dalam membina dan mengembangkan kegiatan sastera melalui kritikan, penyelidikan serta persatuan,” katanya kepada Sastera di Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP), Kuala Lumpur, baru-baru ini.\rBasri berkata, penilaian juga dibuat atas kriteria perhatian serius yang diberikan calon terhadap pembinaan dan pengembangan sastera sama ada secara peribadi atau berkumpulan, sekali gus memperlihatkan kecintaan terhadap kesusasteraan.\r“Panel Pusat juga menetapkan penerima mestilah aktif menulis makalah sastera dan membentangkan kertas kerja mengenai sastera di forum, seminar dan persidangan.\r\n\n\n\n\r“Jawatankuasa MASTERA Malaysia memilih Shahnon untuk dicalonkan kepada Panel Pusat MASTERA selepas menyenarai pendekkan beberapa nama yang dirasakan berkelayakan untuk menerima anugerah berkenaan,” katanya.\rBeliau berkata,    Katanya dalam membuat pemilihan itu, Jawatankuasa MASTERA Malaysia 2011 menyenarai pendek calon dari kalangan individu yang pernah menerima Anugerah Sasterawan Negara, penerima Anugerah Penulisan Asia Tenggara, penerima Hadiah Sastera Perdana Malaysia, dan akhir sekali tokoh, pengarang, serta sarjana persuratan Melayu.\r“Jawatankuasa MASTERA Malaysia mengambil keputusan untuk memilih calon dari kalangan penerima Anugerah Sasterawan Negara (ASN) kerana ia adalah pengiktirafan sastera paling berprestij di Malaysia, selain  menepati semua kriteria yang ditentukan Panel Pusat.\r“Prof Emeritus Shahnon dipilih kerana karya beliau bermutu tinggi dan mempunyai pemikiran, falsafah serta daya intelektual yang besar sebagai sumbangan kepada kesusasteraan Melayu serantau,” katanya.\rKarya SN itu, kata Basri, banyak diterjemahkan ke dalam bahasa asing seperti novel Ranjau Sepanjang Jalan, Seluang Menodak Baung, dan Tunggul-tunggul Gerigis.\r“Ranjau Sepanjang Jalan contohnya sudah diterjemahkan ke bahasa Inggeris, Perancis, Turki dan Jepun, manakala Seluang Menodak Baung diterjemahkan ke bahasa Rusia.\r“Bagaimanapun Shahnon tidak dapat hadir pada majlis penyampaian anugerah yang diadakan pada 18 September lalu kerana keuzuran tetapi kita akan menyampaikan anugerah terbabit kepada beliau dalam majlis yang lain,” katanya.\rPenerima Anugerah Sastera MASTERA dari Malaysia yang terdahulu ialah SN Muhammad Dahlan Abdul Biang atau lebih dikenali sebagai Arena Wati pada 2003; Prof Emeritus Tan Sri Ismail Hussein (2006) dan Datuk Dr Siti Hawa Salleh (2008). \rSelain Prof Emeritus Shahnon, Anugerah Sastera MASTERA turut diberikan kepada Prof Budi Darma dari Indonesia dan Datuk Seri Dr Awang Mohd Zain Serudin (Syukri Zain).

[Source]                [Go Back to Citizen Journalist]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-9-2024 12:52 AM GMT+8 , Processed in 0.039449 second(s), 15 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list