CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 137|Reply: 0

Jiwaku kacau

[Copy link]
Post time 19-10-2011 02:05 PM | Show all posts |Read mode
PEPATAH Melayu mengatakan, kerana pulut santan binasa, kerana mulut badan merana. Hanya disebabkan membuka rahsia pada orang yang tak sepatutnya, tercetuslah perang membabitkan beberapa pelakon iaitu Julia Ziegler, Didie Alias, Sharifah Sakinah dan Gambit Saifullah.\rSejak kebelakangan ini, peminat dunia hiburan menyaksikan drama yang sehingga kini masih belum bertemu penghujungnya. \r\n\n\n\n\rCerita Julia menyerang Didie dan Sakinah kerana mendakwa dua pelakon ini bercerita perkara buruk di belakangnya membuatkan pelakon filem Jangan Tegur ini hidup dalam tekanan.\r\r\n\n\n\n\nMalah ketika dihubungi Hip petang kelmarin, Julia seakan tidak bersemangat untuk ditemubual. Baginya, gosip yang menimpanya benar-benar menjatuhkan maruahnya sehingga meletakkan dirinya dalam keadaan tekanan yang teramat. Jelas Julia di hujung talian, kalau boleh dia enggan bercerita hal itu kerana merasakan apa yang dibaca di media sebelum ini tidak berpihak kepadanya.\rSelain kembali menuding jari padanya, banyak kenyataannya sebelum ini adalah disalah tafsir sehingga menyebabkan dia nampak jahat di mata pembaca. Namun menyedari bahawa berdiam bukanlah jalan penyelesaian yang terbaik, akhirnya dia bersuara juga demi menegakkan sebuah keadilan.\rHip: Julia seperti cuba melarikan diri apabila cerita serang menyerang ini menjadi semakin panas. Mengapa? \rJulia: Sejak cerita ini tersiar, saya akui hidup saya memang tertekan. Saya malu kerana semua cerita yang disebarkan adalah fitnah dan menjatuhkan maruah saya. Saya tak tahu bagaimana mahu berdepan dengan masyarakat apabila mereka cuba mengaibkan saya dengan menyebarkan cerita tidak benar. Jadi jalan terbaik untuk saya meredakan hal ini ialah dengan berdiam diri. Saya tak mahu perkara ini menjadi terlalu besar. Lagipun, keluarga berpesan supaya tidak menjawab panggilan telefon yang mahukan kenyataan daripada saya. Tapi, saya sendiri berfikir juga, sampai bila mahu mendiamkan diri. Semakin diamkan nanti, makin galak orang menyangkakan yang semua cerita yang tersebar itu betul. Jadi adalah perlu untuk saya bersuara bagi menjelaskan keadaan sebenar.\rHip: Ramai yang ingin tahu apa perlunya Julia menyerang kesemua pelakon itu?\rJulia: Saya ingin membuat pembetulan di sini bahawa saya tidak pernah menyerang mereka. Apabila membaca berita yang disiarkan di media mendakwa saya menyerang Sharifah Shahira (Shira) yang juga kakak kepada Sakinah, saya terkejut kerana perkara itu tidak pernah berlaku. Saya cuma menelefon dan bercakap dengan baik, meminta supaya nasihatkan adiknya itu. Itu saja. Saya hairan bagaimana cerita saya menyerang Shira boleh timbul. Begitu juga cerita saya menyerang Sakinah di majlis perkahwinan Memey dan Norman di Kota Tinggi, Johor. Kejadian itu tidak berlaku di sana tetapi di majlis resepsi mereka di Kuala Lumpur. Itupun saya bertanyakan secara baik dengan dia. Saya rasa perlu bersemuka dengan dia kerana mahu tahu mengapa memfitnah saya sedangkan kami kawan. Dalam hal Didie pula, saya hanya mahukan hadiah kemenangan yang dijanjikan dua tahun lalu. Cerita tidak benar seperti itulah yang membuat saya tertekan kerana ia menunjukkan yang saya yang bersalah, walhal saya adalah mangsa yang sebenar.\rHip: Tak rasa tindakan Julia itu seperti membuka pekung di dada sendiri?\rJulia: Saya buat begitu kerana saya di pihak yang benar. Cerita saya tidur dengan jurukamera itu memang tidak benar. Saya ada seseorang yang boleh menjadi saksi bahawa saya tidak melakukan perbuatan terkutuk itu. Saya hairan mengapa boleh bercerita perkara seperti itu pada orang lain. Paling membuatkan bengang adalah dia bukan saja menyebarkan fitnah itu pada Gambit tetapi juga pada ramai orang. Dia kawan saya, mengapa tergamak melakukan perkara seperti itu pada saya?\rHip: Bagaimana penerimaan keluarga berhubung kontroversi ini?\rJulia: Terus terang jiwa saya terganggu dan terasa seperti sudah mati apabila mengetahui mereka menyebarkan cerita kurang baik di belakang saya. Namun mujurlah keluarga saya lebih mengenali siapa saya dan mereka banyak menyokong saya supaya tabah sentiasa tabah dan kuat semangat ketika berdepan dengan saat seperti ini.\rHip: Khabarnya Sakinah sudah pun meminta maaf pada Julia?\rJulia: Saya ada terbaca kenyataannya memohon maaf itu di akhbar tetapi dia tidak datang berjumpa saya. Walau apapun, saya rasa cukuplah dengan apa yang dia lakukan. Saya tak mahu lagi dikaitkan dengannya selepas ini. Dia masih muda dan kena banyak belajar dengan permainan dalam dunia hiburan ini. Saya harap semua pihak yang terbabit dapat belajar sesuatu dan jadikan semua ini sebagai satu pengajaran dalam kehidupan.

[Source]                [Go Back to Citizen Journalist]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-11-2024 07:49 PM GMT+8 , Processed in 0.164832 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list