CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 210|Reply: 0

Kelainan album Mohram

[Copy link]
Post time 19-10-2011 02:05 PM | Show all posts |Read mode
Alam gabungkan persembahan instrumental dan nyanyianMUZIK instrumental iaitu muzik tanpa suara nyanyian seperti yang dipopularkan pemuzik dari Jepun, Kitaro atau Richard Clayderman dan Kenny G dari Eropah atau Vanessa-Mae mempunyai pengikut tersendiri.\rMuzik yang lebih mengalunkan irama permainan jiwa dan perasaan itu memiliki keistimewaan yang tidak semua pendengar boleh menerimanya. Bahkan ada pendengar yang mengikutinya saja boleh berkhayal dengan apa yang didengarnya.\r\n\n\n\n\rKita juga tidak ketinggalan malah boleh berbangga dengan usaha dua anak tempatan sudah menjelajah ke serata pelusuk dunia membawa muzik mereka.\r\r\n\n\n\n\nMohram, nama yang terbentuk daripada gabungan dua Muhardiman Ismail (Mohar) dan Abdul Ramli Abdul (Ramli) cukup dikenali lebih-lebih lagi di negara Timur Tengah yang begitu dekat dengan muzik kerohanian.\rSelepas melahirkan album pertama berjudul Sakti pada 2001, diikuti Antarssukha (2004), Mohram memperkenalkan identiti mereka sebagai kumpulan pemuzik yang bergerak tanpa penyanyi. \rMeskipun kumpulan yang mempertaruhkan senjata utama mereka berbentuk alat muzik seperti seruling dan rebana, namun mereka sudah menghiburkan serta mengagumkan ramai peminat muzik dari seluruh negara termasuklah United Kingdom, Jepun, Amerika Syarikat, Denmark, Timur Tengah, Thailand, Switzerland, Argentina dan negara di Asia.\rAtas sebab muzik mereka diterima masyarakat, Mohram sering kali didesak peminat untuk menghasilkan album dengan memuatkan vokal. Alasannya pendengar sering menafsir pelbagai andaian berdasarkan muzik instrumental yang didengarnya.\r\n\n\n\n\rSudah tentu peminat kali ini akan lebih berpuas hati apabila menerusi album ketiga Mohram berjudul Alam turut disertakan dengan vokal yang kaya lirik mengandungi mesej untuk pendengar. \rMenurut Ramli, Mohram berdiri di atas muzik tempatan yang kaya dengan budayanya tersendiri, dan mengakui muziknya lebih dihargai di negara luar berbanding di negara sendiri.\rSebelum ini ramai pendengar bertanya kenapa album kami tidak mengandungi vokal, sebenarnya kami ingin membina nama Mohram itu dengan lebih dikenali sebagai pemuzik instrumental, tapi ramai pendengar yang tidak tahu cerita di sebalik muzik yang kami bawa, jadi timbullah pelbagai cerita dan andaian mereka sendiri. \rMaka kali ini kami menghasilkan album berserta dengan vokal dan instrumental, sebab dengan adanya vokal, pendengar lebih senang mendekati dan mendalami maksud lagu yang kami hasilkan, katanya yang bertindak sebagai penyanyi secara bergilir-gilir, manakala Mohar juga adalah penulis lirik untuk album mereka kali ini.\rAntara lagu yang terkandung di dalam album Alam seperti Kisah Si Anak Penyu, Pusaka, Cahaya Di Taman Suci (lagu tema TTI), Alam Yang Sirna, Wira Lautan dan Sungai Terengganu. Setiap lagu turut disertakan dengan muzik instrumental yang sememangnya sinonim dengan Mohram.

[Source]                [Go Back to Citizen Journalist]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-11-2024 07:54 PM GMT+8 , Processed in 0.080141 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list