CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 154|Reply: 0

Suara puitis patriotik gegar Dataran Pahlawan

[Copy link]
Post time 19-10-2011 02:05 PM | Show all posts |Read mode
Pemimpin Bandaraya Bersejarah turut \'hangatkan\' Malam Puisi Riong BH-DBP\rPALUAN kompang bergema di segenap ruang Dataran Pahlawan Melaka Megamall, Bandar Hilir, Melaka, baru-baru ini, menyemarakkan rentak puisi Malam Puisi Riong Berita Harian (BH)-Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP).\r\n\n\n\n\rAcara bertemakan 1 Bahasa, 1 Bangsa dan 1 Negara yang diadakan bersempena Bulan Bahasa Kebangsaan (BBK) 2011 itu dibuka dengan persembahan tarian selamat datang oleh penuntut Institut Seni Malaysia Melaka (ISMMA) dan nyanyian rangkaian lagu Di Daksinar ini dan Masihkah Kau Ingat dendangan asal Kumpulan Kopratasa.\r\r\n\n\n\n\nDua lagu itu disampaikan oleh pasangan juruhebah Melaka FM, Zazmie Zain dan Margaret Gambang yang turut mengemudikan malam puisi anjuran BH dan DBP itu.\rMenariknya, rakyat Melaka juga bertuah kerana berpeluang menyaksikan barisan pemimpin bandar raya bersejarah yang begitu bersemangat menyerlahkan kehebatan mendendangkan puisi pada malam berkenaan.\rPengerusi Jawatankuasa Pelajaran, Belia dan Sukan Negeri Melaka, Datuk Gan Tian Loo membuka acara dengan mendeklamasikan puisi berjudul Kembara Bahasa, nukilan Datuk Abdul Aziz Deraman.\rSpeaker Dewan Undangan Negeri Melaka, Datuk Wira Othman Muhammad merangkap Pengerusi Penyelaras Malam Puisi Riong BH-DBP tampil menyampaikan puisi berjudul Memerdekakan Bahasa, karya Shukri Abdullah yang sarat dengan mesej sinis agar masyarakat kita menggembleng tenaga bersama bagi membebaskan bahasa Melayu daripada terjajah.\rMari kita bersihkan luka bangsa\rdengan penyesalan dan air mata\rkembali mengangkat martabat bahasa\rbukan dengan wajah boneka.\rMeyakini keampuhan bahasa\rbermakna\rtegar bangsa mengejapkan akar\rmenunjangi pohon merdeka!\rKehadiran penyair cilik yang baru selesai menduduki peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR), K Mohan Shree segak berbaju tradisional masyarakat Chetti membuatkan khalayak terpaku dengan kehebatannya beraksi di pentas puisi dengan sajak bertajuk Merdeka.\rPenyair dari Polis Diraja Malaysia (PDRM), ASP Foo Chek Seng turut memukau khalayak dengan puisinya, Semalam, Hari Ini, Esok dan Taman Harmoni yang diilhamkan daripada Malam Puisi Riong BH-DBP termasuk penganjuran pada tahun lalu.\rKita pewaris generasi\rtak lapuk dek hujan, tak lekang dek panas\rkita serumpun, senada dan seirama\rsemua satu haluan, satu tujuan, satu harapan\rsatu rasa, satu selera, satu jiwa\rkita semua satu suara\rkita satu bahasa, satu bangsa, satu negara.\rKemunculan Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Mohd Ali Rustam di pentas puisi bukan saja membuatkan khalayak terpana dengan bakatnya mendeklamasikan puisi, malah turut merungkai rahsia puisi nukilannya berjudul Tanah Airku Malaysia yang menyeru masyarakat bersatu demi kedaulatan bangsa dan negara.\rIngatlah wahai anak bangsa\rnegara ini bukan milik penderhaka\rdemi negara yang tercinta\rmari kita bersatu membina bahagia\rhapuskan sengketa sesama kita\rbersatu padulah tanpa mengira bangsa\r1 Malaysia 1 Bangsa 1 Negara 1 Bahasa\rPentas puisi turut dipanaskan dengan kemunculan Pengarang Kumpulan Berita Harian, Datuk Mior Kamarul Shahid yang mendeklamasikan puisi berjudul Adalah Bahasa karya Datuk Abdul Aziz Deraman dengan gaya penyampaian bersahaja tetapi penuh makna tersirat terutama jika diselami dengan mendalam pada rangkap akhirnya.  \rAdalah bahasa\rsatu baris ditulis\rkaut kekayaan membusut\rsatu ayat disebut\rrasa sedih hati terhiris \rpengaruhnya bicara\rtidak akan berguna\rmenjelajah budaya\rjika tidak di anjung kuasa\rIringan gendang yang sayup kedengaran sepanjang persembahan Johan Sayembara Deklamasi Puisi Merdeka Peringkat Negeri Melaka bagi lima tahun berturut-turut iaitu sejak tahun 2005 hingga 2009, Fairuzan Abdul Majid pula mendorong penonton untuk menghayati puisi karyanya berjudul Mantera Munshi Bahasa.\rDeklamasinya yang penuh emosi dan dramatik itu menjadikan pasti membuka fikiran penonton terhadap keindahan bahasa dan kekuatan perjuangan pencinta bahasa.\rIni tanah berdaulat lidah pengarang syair ibunda\rjangan kau cemar kutub khanahku\rdengan selimut taufanmu\rakan kuhembus seluruh angin\rsetiap penjuru bumi terpasak kukuh \rakar wasiat bahasaku.\ryang molek tetap budi\ryang indah tetap bahasa.\rAntara penyajak lain yang turut beraksi pada malam berkenaan adalah Ketua Pengarah DBP, Datuk Termuzi Abdul Aziz yang menyampaikan sajak berjudul Seketika Aku Ketemu Hang Tuah; Datin Halimah Baba yang juga isteri Othman Muhammad (Zikir Bahasa) dan Pegawai Hal Ehwal Dan Kebajikan Pelajar Melaka, Datuk Abdul Rahim Abu (Semalam, Hari Ini dan Mentari Harapan).\rSasterawan Negeri Melaka 2009, Mokhtar Yasin turut membina penghayatan terhadap bahasa melalui deklamasi puisinya, Pohon Bahasa, manakala penyair daripada Persatuan Penulis Negeri Melaka (PENAMA), Afliza Arshad pula tampil dengan karya Rumah Bangsa 1 Malaysia.\rPenyanyi Akademi Fantasia musim Ke-4, Hazwan Haziq Rosebi atau Haziq juga muncul dengan lagu yang menyentuh perasaan apabila menyampaikan lagu nyanyian asal Allahyarham Datuk Ahmad Jais iaitu Kau Pergi Tanpa Relaku dan Umpan Jinak Di Air Tenang.\rAntara persembahan lain adalah dendangan dondang sayang oleh Noel Felix dan nyanyian artis popular tanah air iaitu Juara One In A Million (OIAM), Suki yang menyampaikan dua lagu berjudul Terlalu Mencintaimu serta Warisan, selain persembahan Shamsul Bakhtiar Zakaria (Tia) daripada Kumpulan Jinbara yang memperdengarkan dua lagu berjudul Patri dan Farhana (Puteri Bumi Kenyalang).\rMalam Puisi Riong itu turut mendapat kerjasama daripada Kerajaan Negeri Melaka dan ISMMA.

[Source]                [Go Back to Citizen Journalist]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-9-2024 10:38 AM GMT+8 , Processed in 0.066164 second(s), 15 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list