View: 79|Reply: 0
|
Buru gol semangat demi maruah, Misi 33
[Copy link]
|
|
“KAMI akan bangkit.” Itulah kata-kata bersemangat dilaungkan pemain Selangor, Rudie Ramli buat mengapikan semangat rakan sepasukan untuk memadamkan defisit kekalahan 0-2 kepada Terengganu.Dia menambah: “Selangor masih ada 90 minit untuk membuktikan kemampuan sebenar. Percaya kami ada peluang 50-50 untuk menang dan layak ke final. Saya pasti jurulatih (P Maniam) ada strategi sendiri merencanakan sesuatu, esok.\n\n\n\n “Tiada apa yang mustahil untuk menewaskan lawan di tempat mereka kerana itulah yang mereka lakukan sebelum ini di Shah Alam.”\n\n\n\n\n Dalam perlawanan separuh akhir pertama, Selasa lalu, Gergasi Merah yang menggalas ‘Misi 33’ disentap dengan dua jaringan Abdul Manaf Mamat.Rudie menegaskan skuad Penyu pasti tertekan mempertahankan kelebihan dua gol terutamanya ketika beraksi di gelanggang sendiri. “Saya percaya Terengganu tertekan Sabtu ini. Kami akan melancarkan serangan sepanjang 90 minit permainan bagi menambah tekanan mereka. Apapun, setiap pemain Selangor harus menjalankan tugasan dengan baik untuk memburu gol ‘semangat’.Dia juga meminta rakan sepasukan usah leka dan lebih penting mengurangkan kesilapan pada saat getir ini.\n\n\n\n“Kami harap Amri Yahyah (kapten) akan pulih segera dan dapat beraksi membantu cabaran kami. Kehadirannya akan memberi kami keyakinan tambahan,” katanya.
[Source] [Go Back to Citizen Journalist] [Pump!]
|
|
|
|
|
|
|
| |
|