View: 73|Reply: 0
|
'El clasico' versi England
[Copy link]
|
|
\'Panggung Impian\' jadi tumpuan duniaLONDON: Manchester mungkin masih belum menjadi seperti penulis kolum sebuah akhbar tempatan isytiharkan, \"ibu negara bola sepak dunia\" tetapi untuk tempoh 90 minit di Old Trafford esok, ia pastinya terasa seperti itu.\n\n\n\n Ratusan juta penonton di seluruh dunia akan menumpukan perhatian terhadap gelanggang “Panggung Impian” tatkala Manchester City berusaha mengukuhkan peningkatan mereka sebagai kuasa bola sepak Inggeris menentang Manchester United.\n\n\n\n\n\n Pertembungan tumpuan antara dua kelab kaya dalam bola sepak Inggeris itu akan menyaksikan City melebarkan pendahuluan kepada lima mata di takhta teratas Liga Perdana Inggeris (EPL) jika mencatat kemenangan pertama menentang United di tempat lawan sejak 2008.Ia adalah kali pertama sejak 1968 City dan United bertemu tatkala mereka menduduki tempat pertama dan kedua liga.Pasukan Ferguson tidak pernah kalah di laman sendiri sejak April 2010 dan pemain sayap Portugal, Nani yakin itu memberikan Red Devil satu kelebihan menjelang perlawanan esok.“City memiliki sebuah pasukan hebat buat masa ini dengan barisan pemain yang juga hebat,” kata Nani.\n\n\n\n“Mereka menampilkan corak permainan bagus dan adalah sukar untuk menentang mereka. Tetapi, kami tidak harus lupa bahawa kami adalah United.“Apabila kami bermain di laman sendiri, sangat sukar untuk menewaskan kami. Itu sebabnya kami sangat yakin. Dengan rekod seperti kami miliki, kami seharusnya yakin setiap kali bermain di gelanggang sendiri. Kami harus yakin bahawa kami akan menang kebanyakan perlawanan.” – AFP
[Source] [Go Back to Citizen Journalist] [Pump!]
|
|
|
|
|
|
|
| |
|