CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 99|Reply: 0

Golongan lalai tak cukup masa

[Copy link]
Post time 24-10-2011 09:05 AM | Show all posts |Read mode
Perancangan penting pastikan kerja dilakukan sempurnaTIDAK cukup masa. Rasanya setiap hari kita mendengar keluhan ini kerana 24 jam sehari tidak mencukupi untuk melakukan pelbagai perkara menyebabkan ada antara kita terpaksa menggunakan waktu malam semata-mata menyambung tugas pada siang hari.\n\n\n\n  Sebenarnya, perkara itu sudah diingatkan kepada kita melalui firman Allah yang bermaksud: “Demi masa! Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian. Kecuali orang yang beriman dan beramal soleh, dan mereka pula berpesan dengan kebenaran serta berpesan dengan sabar.” (Surah Al-‘Asr, ayat 1-3) \n\n\n\n\n\n  Apabila dinilai semula ingatan ini, jelaslah bukan masa tidak mencukupi tetapi kelemahan kita membiarkan masa berlalu  tanpa dimanfaatkan sepenuhnya. Tidak percaya, cuba kita senaraikan aktiviti dilakukan dalam sehari dan masa diambil melakukannya.Pasti kita akan berjumpa dengan saat-saat dibazirkan tanpa sedar sedangkan jika dimanfaatkan, perjalanan 24 jam sehari sudah memadai atau sekurang-kurangnya berupaya memenuhi keperluan harian.Tempoh masa untuk melakukan kerja di pejabat contohnya, digunakan dengan berbual, sementara masa satu jam dihadkan bagi makan tengah hari serta solat dipanjangkan hingga dua jam.Sebab itulah kita selalu mengeluh, tidak cukup masa. Padahal,   sudah diingatkan kita  akan rugi jika tidak bijak mengatur masa.\n\n\n\nJusteru, apabila melihat remaja kita yang duduk bersembang di kedai makan atau melepak di pusat beli-belah, andaian boleh dibuat  banyaknya masa mereka hingga boleh duduk lama-lama di sana.Dalam dunia yang sangat pantas  ini, manusia berlumba dengan masa. Banyak cabaran semasa menjadikan kita ditinggalkan masa seperti kesesakan lalu lintas, perkhidmatan awam tidak berkesan, perkhidmatan kaunter lambat dan macam-macam cabaran lagi.Semua itu menuntut kebijaksanaan merancang supaya masa diperuntukkan tidak dipersiakan seterusnya menjadikan kita golongan  rugi. Tetapi, manusia hanya merancang tetapi Allah yang menentukan. Sekurang-kurangnya kita merancang dengan mengambil kira semua aspek dan apabila berlaku tidak seperti dirancang, rasanya kita boleh berpuas hati dan reda ketentuan Allah. Itu akan menjadi positif jika kita melihat ia sebagai ujian terhadap kesabaran berlumba dengan masa.Ketentuan itu juga sepatutnya membuka dimensi pemikiran bahawa perancangan kita tidak boleh mengatasi rancangan Allah. Mungkin pada hemat kita apa yang dirancang itu baik tetapi Allah lebih mengetahui. Di sinilah kesabaran kita diuji dan ilmu kita juga diuji. Perkataan sesuai bagi situasi sebegini ialah muhasabah iaitu apakah kita sudah membuat perancangan yang teliti. Justeru, kesudahan tidak seperti dirancang adalah kesempatan untuk kita melakukan bedah siasat dan melakukan penambahbaikan pada masa depan. Mengejar masa juga bukan bermakna mengorbankan tuntutan jiwa yang memerlukan rehat kerana badan serta minda kita juga perlu direhatkan. Oleh itu, jadual  di pejabat, sekolah, universiti dan rumah, diperuntukkan masa untuk rehat.Bagaimana kita memanfaatkan masa rehat itu pula perlu dinilai semula. Bagi yang bercuti hujung minggu, pasti seronok dapat meluangkan masa bersama keluarga untuk melakukan aktiviti bersama.Tidak dinafikan, timbul pula perbahasan antara kualiti masa atau kuantiti masa. Jika hendak didebatkan, tidak akan berjumpa titik pertemuannya. Terpulang kepada kedudukan serta keperluan bagi merencana yang terbaik untuk menghabiskan waktu rehat kita. Keseimbangan penting untuk kita membuat perancangan berpandukan keutamaan. Pastinya, keutamaan kita ialah mengejar kebaikan di dunia serta memperoleh kebahagiaan di akhirat. Bercerita mengenai masa, marilah kita renungkan hadis ini. Abdullah bin Umar berkata, Rasulullah SAW memegang bahuku seraya berkata: “Jadikanlah diri kamu di atas muka bumi ini sebagai seorang perantau atau pengembara. Ibnu Umar berkata: Apabila kamu berada pada waktu petang, jangan kamu tunggu menjelang waktu pagi. Apabila kamu berada pada waktu pagi, jangan kamu tunggu menjelang petang. Gunakanlah peluang beramal ketika kamu sihat untuk persediaan ketika kamu sakit dan ketika hidup untuk persediaan matimu.” (Hadis riwayat al-Bukhari).

[Source]                [Go Back to Citizen Journalist]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

5-11-2024 06:39 AM GMT+8 , Processed in 0.035299 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list