CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3660|Reply: 13

The Event - RTM2 Rabu 12;30am

[Copy link]
Post time 26-10-2011 01:02 AM | Show all posts |Read mode




sapa ada follow crita ni?
best jugak
aku tertengok episod 3  ari tu terus terlekat tiap2 minggu!

sinopsis dari Budiey http://www.budiey.com/the-event-di-tv2/


Siri televisyen Inggeris yang mengandungi unsur-unsur fiksyen sains, pengembaraan dan alegori politik The Event antara tarikan terbaharu program menarik dijanjikan Radio Televisyen Malaysia yang menemui penonton setia TV2 setiap Rabu, jam 12.30 tengah malam.
Drama bersiri arahan Nick Wauters yang membariskan pelakon Jason Ritter, Sarah Roemer, Ian Anthony Dale dan Zeljko Ivanek menerusi 22 episod siarannya berkongsi kisah berlaku pada akhir Perang Dunia II dimana sebuah kapal kraf tidak dapat dikawal pemanduannya hingga menyebabkannya terhempas dalam Banjaran Brooks utara Alaska. Ia membawa penumpang yang kelihatan zahirnya manusia, tetapi sebenarnya mereka adalah kelompok makhluk yang berasal dari ruang angkasa.

DNA mereka hanya menunjukkan perrbezaan satu peratus daripada manusia dimana hanya pergerakkan umur mereka berlaku perlahan. Sembilan puluh tujuh orang yang terselamat telah ditangkap oleh kerajaan Amerika Syarikat (AS) dan ditempatkan berdekatan dengan Gunung Inostranka yang dikendalikan oleh agensi perisikan. Ianya kerana mereka enggan untuk mendedahkan banyak tentang asal mereka.
Sementara itu bagi sebahagian mereka yang terselamat telah berjaya melarikan diri. Untuk meneruskan kehidupan, mereka menyamar dan hidup dikalangan penduduk di situ tanpa disedari masyarakat setempat.
Presiden Martinez tahu tentang kewujudan mahkluk tersebut sebaik selesai perasmian dan ucaptama beliau dan memutuskan untuk mengadakan pertemuan dengan pemimpin tahanan bagi melepaskan mereka dan mendedahkan kewujudan mereka di seluruh dunia. Namun bantahan diterima daripada agensi perisikan.
Rancangannya terhenti apabila cubaan pembunuhan ke atasnya digagalkan dengan cara yang melampaui teknologi manusia. CIA menyedari terdapat mahkluk asing lain dan secara diam-diam merancang untuk mencari dan menahan mereka. Tanpa diketahui oleh agensi, ejen yang dipilih untuk mengetuai usaha menangkap makhluk asing itu sendiri sebenarnya makhluk asing yang ingin diperangkap mereka.
Lalu ketika itulah makhluk asing yang terlibat mula merancang misi mahu membalas dendam terhadap penganiayaan dilakukan manusia terhadap mereka.
Saksikan bagaimana seterusnya dan kesudahan drama bersiri misteri sains fiksyen ini hanya di TV2.


Pelakon:

  • Jason Ritter as Sean Walker
  • [img]http://wa1.[/img]
  • Sarah Roemer As Leila Buchanan
  • [img]http://wa1.[/img]
  • Laura Innes As Sophia Maguire
  • [img]http://wa2.[/img]
  • Ian Anthony Dale As Simon Lee
  • [img]http://wa2.[/img]
  • Scott Patterson As Michael Buchanan
  • Taylor Cole As Vicky Robert
  • [img]http://wa1.[/img]
  • Lisa Vidal As Christina Martinez
  • [img]http://wa2.[/img]
  • Željko Ivanek As Blake Sterling
  • [img]http://wa1.[/img]
  • Blair Underwood as President Elias Martinez
  • [img]http://wa1.[/img]
  • Clifton Collins, Jr. (as Thomas)
  • [img]http://wa2.[/img]


Siaran season 1 dah tamat kat US sana nun! 22 episod. tak sure lagi nak ada season 2 ke tak? sebab ada perancangan nak buat movie
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-10-2011 04:44 PM | Show all posts
Dah abis tengok season 1 dah. Semua 22 episod best
Reply

Use magic Report

Post time 26-10-2011 10:25 PM | Show all posts
Trailer punya la hebat..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 27-10-2011 11:34 AM | Show all posts
aku baru layan samapai ep13.... best!!!
Reply

Use magic Report

Post time 27-10-2011 08:33 PM | Show all posts
apesal hah tv2 cter yg best tayang larut malam... org ngatuk laaa nak gie kerja lak besok.....:@
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 28-10-2011 12:51 AM | Show all posts
tu la pasal.. patutnya crita ni layak letak kat prime time 930-1030pm!  tak pun 10-11pm
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 2-11-2011 04:48 AM | Show all posts
harap sangat akan ada season 2!... baru pas layan samapi ep22 .. tak boleh nak tidur!!!
Reply

Use magic Report

Post time 2-11-2011 11:00 AM | Show all posts
Reply 7# adie82

yup... lips pun dah khatam season 1, mmg tunggu sesangat akan ada sambung season 2....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 2-11-2011 11:22 AM | Show all posts
ada baca news kata NBC takmo sambung tapi Syfy chanel nak amik alih... harap2 jadi!
Reply

Use magic Report

Post time 2-11-2011 09:32 PM | Show all posts
ye ye ... nak tgk mlm nieeeee
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 3-11-2011 01:30 AM | Show all posts
orang yg tak disangka2 rupanya alien jugak!
Reply

Use magic Report

Post time 8-1-2012 09:32 PM | Show all posts
makin best lak citer nie...
sekarang ni, ditayang 2 malam berturut2 dalam seminggu
tapi awat lewat sgt....
buduh ar RTM nieeeeee
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 9-1-2012 03:07 AM | Show all posts
ys tak bestnya sebab takder sambungan cerita ni!:@
Reply

Use magic Report

Post time 13-6-2012 11:06 AM | Show all posts
tv2 ni..selalu ada series yg best2.. tapi semua start 12 malam dan 1 pagi..

aku suka tgk series 1 pagi setiap selasa. tapi yg sedihnya,aku tak tau pun tajuk series tu sampailah last episode malam tadi..hehehe..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-2-2025 03:21 PM GMT+8 , Processed in 0.076628 second(s), 23 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list