CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 131|Reply: 0

Sukan sebahagian cara dakwah

[Copy link]
Post time 28-10-2011 09:05 AM | Show all posts |Read mode
ISLAM agama syumul yang mendidik umatnya untuk mencapai kebahagiaan akhirat tanpa meminggirkan persoalan duniawi. Justeru, amalan riadah atau bersukan menjadi sebahagian perkara yang perlu diberi perhatian bagi melahirkan masyarakat cerdas pemikiran dan kuat fizikal.\rRasulullah SAW sentiasa mengingatkan umatnya menjaga kesihatan, kuat serta terhindar daripada sebarang penyakit memudaratkan. \r\n\n\n\n\rBaginda menegaskan dalam hadis yang bermaksud: “Orang beriman yang kuat lebih baik dan lebih disukai oleh Allah berbanding daripada orang beriman yang lemah.” (Hadis riwayat Muslim) \r\r\n\n\n\n\nUmat Islam tanpa mengira usia dan kedudukan wajar memanfaatkan masa terluang dengan melakukan riadah dan bersukan untuk mengekalkan kecergasan tubuh badan seterusnya dapat menunaikan amal ibadah difardukan dengan sempurna dan penuh khusyuk.\rIni penting kerana kekuatan tenaga dan fizikal akan dapat melahirkan rasa gerun dalam kalangan musuh Islam yang sentiasa mengambil kesempatan untuk melakukan ancaman serta provokasi terhadap umat Islam.\rRasulullah SAW sentiasa menunjukkan contoh terbaik kepada sahabat dalam soal ibadah mahupun perkara membabitkan kehidupan seharian. Contohnya, Baginda pernah menyertai sahabat yang bermain anak panah sebagai aktiviti riadah. \rDiriwayatkan oleh Imam Bukhari mengisahkan: “Nabi SAW melalui satu kawasan di mana sahabat sedang memanah. Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: Sesungguhnya datuk kamu, Nabi Ismail adalah seorang pemanah. Memanahlah dan aku bersama Bani Fulan (salah satu kumpulan pemanah). Lalu kumpulan satu lagi berhenti memanah. Rasulullah SAW bertanya: Kenapa kamu berhenti memanah? Jawab sahabat: Bagaimana kami hendak memanah kamu berada bersama kami. Nabi SAW menjawab: Memanahlah, aku bersama kamu semua.” (Hadis riwayat Bukhari) \r\n\n\n\n\rDalam satu kisah lain, Rasulullah SAW pernah bertanding berlumba lari dengan isterinya, Saidatina Aisyah ketika bermusafir. Ada ketikanya Baginda menang dan ada ketikanya Rasulullah SAW kalah dalam perlumbaan itu.\rBanyak hadis menyebut mengenai acara sukan yang sangat popular pada zaman Rasulullah SAW seperti memanah, menunggang kuda serta berenang. \rMalah, ada riwayat menyatakan Rasulullah SAW pernah bergusti dengan ahli gusti Quraisy bernama Rukanah Bin Abu Yazid bagi membuktikan mukjizat Baginda selain meletakkan syarat supaya Rukanah memeluk Islam andai Baginda berjaya dalam pertandingan itu. Akhirnya, Rasulullah SAW dapat mengalahkan Rukanah sehinggalah ahli sukan Quraisy itu memeluk Islam.\rMenolak daripada sebarang aktiviti riadah dan sukan kerana ingin menumpukan kepada ibadah semata-mata bukanlah cara terbaik yang dididik oleh ajaran Islam. Umat Islam wajar mengambil peluang menyertai sukan di peringkat negara mahupun dunia. \rTidak salah kita menyertai kejohanan sukan terbesar seperti Sukan Asia hinggalah kejohanan Olimpik demi membuktikan umat Islam juga mampu bersaing pada peringkat tertinggi selain menjadi dakwah menyebarkan ajaran Islam kepada golongan bukan Islam. \rNamun, dalam keghairahan bersukan, janganlah kita mengabaikan perkara yang dilarang syariat seperti mendedahkan aurat, pergaulan bebas antara lelaki dan perempuan selain lalai menunaikan kewajipan solat. Hindari acara sukan yang membabitkan perjudian. \rKejayaan atlit  bertudung dari Bahrain, Ruqaya al Ghasara dalam kejohanan Sukan Asia di Doha, Qatar beberapa tahun lalu membuktikan bahawa pakaian menutup aurat ketika bersukan bukan penghalang  untuk mencipta kejayaan cemerlang.\rSatu perkara yang perlu diambil berat ialah sikap dan mentaliti penonton tatkala memberi sokongan kepada pasukan pilihan mereka. Jangan kerana terlalu taksub dengan pasukan kesayangan sehingga sanggup mengeluarkan kata-kata kesat dan biadap terhadap pemain lawan.\rPerkara yang paling sukar bagi mereka terbabit dalam sukan adalah menerima kekalahan dengan hati yang terbuka. Islam mengajar kita supaya tenang, berjiwa besar, reda, wasatiah dan bersikap rasional tatkala menerima keputusan di akhir pertandingan.\rPaling menyedihkan, ada segelintir peminat sukan yang bergaduh sesama sendiri kerana bersikap emosional serta mudah mengikut telunjuk hawa nafsu.\rSukan bukan sekadar menguji kekuatan dan kehebatan fizikal tetapi lebih jauh lagi ia membina hubungan ukhuwah serta silaturahim demi perpaduan ummah. \rJanganlah kita mudah dihasut oleh syaitan yang ingin melaga-lagakan umatnya supaya sentiasa bertelingkah dan bermusuhan.\rNikmat kesihatan yang dikurniakan Allah wajar dimanfaatkan secara betul menurut landasan syariat supaya kita menjadi mukmin atau mukminah bertakwa kepada Allah serta bersedia menabur khidmat dalam masyarakat.

[Source]                [Go Back to Citizen Journalist]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-9-2024 10:44 AM GMT+8 , Processed in 0.318812 second(s), 16 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list