|
Bantu pembangunan infrastruktur pengajaran, penyelidikan\rBAGI menyokong usaha pembangunan pendidikan dan penyelidikan, Universiti Tenaga Nasional (UNITEN) melancarkan Yayasan Canselor UNITEN (YCU).\r\n\n\n\n\r Penubuhan itu kata Canselornya yang juga Yang Dipertua Negeri Pulau Pinang, Tun Dr Abdul Rahman Abbas, bertindak sebagai saluran kepada organisasi dan individu menghulurkan sumbangan.\r\r\n\n\n\n\n YCU kata beliau, akan menyenggara dan mentadbir biasiswa pelajar yang layak dan berhasrat meneruskan pengajian di prauniversiti, sarjana muda atau sarjana di UNITEN mahu mahupun mana-mana universiti dalam negara.\rSelain itu, katanya ia juga menyediakan bantuan kewangan kepada usaha ke arah pembangunan infrastruktur di UNITEN terutama yang pengajaran serta penyelidikan.\r“Sejak ditubuhkan dua tahun lalu, yayasan menjalankan aktiviti kebajikan termasuk Program Anak Gemilang yang memberi sumbangan kepada komuniti dalam aspek pendidikan.\r“Sebelum ini YCU menghulurkan sumbangan kepada pelajar miskin Tingkatan Tiga dan Lima daripada 37 sekolah sekitar Hulu Langat, Selangor,” katanya katanya berucap melancarkan YCU di Cyberjaya, baru-baru ini.\r\n\n\n\n\rHadir sama, Pengerusi Tenaga Nasional Berhad (TNB) dan UNITEN, Tan Sri Leo Moggie dan Naib Canselor UNITEN, Datuk Seri Mashkuri Yaacob.\rAbdul Rahman berkata, pada Ramadan lalu, YCU mengadakan majlis berbuka puasa amal dengan memberi wang saku kepada anak yatim dan ibu tunggal sekitar Hulu Langat dan Rompin di Pahang.\rKatanya, YCU akan memberi kesan positif kepada pembangunan pendidikan dan berharap sumbangan berterusan membolehkan yayasan mewujudkan kerusi Profesor dalam bidang kepakaran tertentu antaranya teknologi hijau.
[Source] [Go Back to Citizen Journalist] [Pump!]
|
|