CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 248|Reply: 0

Resolusi kongres perlu tindakan

[Copy link]
Post time 2-11-2011 11:05 AM | Show all posts |Read mode
Tanpa perancangan strategik, resolusi perluaskan bahasa Melayu hanya tinggal laporan       KONGRES mengenai bahasa dan sastera tidak lagi boleh dijadikan medan untuk melontarkan pandangan yang emosional tanpa disusuli tindakan yang berkesan, sebaliknya menuntut perancangan yang strategik dan mempunyai sasaran berjangka masa.\n\n\n\nDi sebalik lontaran yang acap kali bernada emosional daripada peserta Kongres Bahasa dan Persuratan Melayu VIII di Balai Budaya, Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP), Kuala Lumpur, baru-baru ini, ternyata banyak pandangan bernas yang boleh dijadikan benih untuk menyuburkan bahasa Melayu di buminya sendiri.\n\n\n\n\nKetua Pegawai Akademik, Pusat Kewangan Islam Antarabangsa (INCEIF), Prof Datuk Dr Syed Othman Alhabshi, menyarankan perancangan strategik untuk memperluaskan bahasa Melayu dalam bidang ekonomi dan kewangan melalui pendidikan dan undang-undang.“Ini kerana walaupun kita menganjurkan kongres setiap tahun dan menjerit sekuat hati tanpa mengadakan perancangan secara strategik yang mempunyai sasaran tertentu, kita tidak akan ke mana.“Sebaliknya dengan mempunyai sasaran tertentu, kongres yang mahu diadakan setiap tahun itu mempunyai tugas untuk memantau sama ada sasaran berkenaan dapat dicapai atau tidak,” katanya pada sesi yang dipengerusikan Pengerusi Dewan Perniagaan Melayu Malaysia (DPMM), Datuk Mohamad Alayuddin Hasan.Kongres itu turut dihadiri Ketua Satu GAPENA, Tan Sri Prof Emeritus Dr Ismail Hussein dan Pengerusi Kongresnya, Prof Datuk Dr Abdul Latiff Abu Bakar.\n\n\n\nDalam konteks pendidikan, Prof Syed Othman berkata, antara sasaran yang boleh diletakkan adalah semua institusi pengajian tinggi awam (IPTA) atau swasta (IPTS) diberi tempoh antara tiga hingga lima tahun untuk mengubah bahasa pengantar khususnya dalam subjek ekonomi dan kewangan daripada bahasa Inggeris kepada bahasa Melayu.“Akta yang membabitkan IPTS menegaskan pengajian perlu dilakukan dalam bahasa Melayu kecuali diberi kebenaran oleh Menteri Pengajian Tinggi dan sekiranya menteri tidak membenarkannya, ia tidak boleh dilakukan.“Kita cakap elok-elok kepada menteri itu dan berikan perancangan selama lima tahun, manakala kongres akan memantau dari tahun ke tahun,” katanya.Prof Syed Othman  turut menyarankan kongres untuk membuat resolusi supaya sektor pentadbiran atau kerajaan tidak boleh menggunakan bahasa selain bahasa Melayu dalam urusan ekonomi dan kewangan membabitkan institusi tempatan.“Bank Negara dan Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SSM) adalah badan pemantau yang memberikan lesen kepada institusi perbankan dan korporat, sekali gus berhak mengadakan peraturan tertentu seperti mengenakan syarat untuk pelaksanaan prinsip syariah.“Apa salahnya kita minta pihak terbabit untuk melaksanakan peraturan dalam bahasa Melayu, manakala saranan yang lain khalayak boleh putuskan supaya kita tidak hanya meluahkan perasaan yang tidak banyak mendatangkan hasil,” katanya pada kongres yang turut menampilkan ucap utama oleh mantan Ketua Pengarah DBP, Datuk A Aziz Deraman.Hal yang sama turut diusulkan oleh Ketua Pengarah Jabatan Kerajaan Tempatan, Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Arpah Abdul Razak yang meminta kongres menghantarkan resolusi kepada Persatuan Pemaju Hartanah dan Perumahan Malaysia (REHDA) mengenai penamaan taman perumahan, kondominium dan pangsapuri.“Arus globalisasi membawa pengaruh luar sehingga timbul tanggapan nama yang mengikut kelas dan status seperti kondominium dapat menarik perhatian dan memberi nilai ekonomi.“Perumahan kos rendah yang lazimnya dibina oleh kerajaan boleh menggunakan nama dalam bahasa Melayu, mengapa tidak perumahan kos tinggi,” katanya pada sesi yang dipengerusikan Ketua Satu, Badan Bahasa dan Sastera Sabah (BAHASA), Jasni Matlani.Bagaimanapun, pandangan Arpah mengenai garis panduan penamaan yang dikeluarkan kementeriannya kepada pihak berkuasa tempatan (PBT) tidak mempunyai implikasi undang-undang untuk dipatuhi pihak terbabit memerlukan tindakan lanjut daripada kongres.Ini kerana ia menjadi antara lompang dan kelemahan yang menyebabkan nama perumahan khususnya kos tinggi berleluasa menggunakan bahasa Inggeris atau rojak, selain memberi kuasa besar pada jawatankuasa dalam PBT untuk menggunakan budi bicara sendiri.Kongres perlu mengusulkannya kepada kerajaan supaya garis panduan penamaan itu menjadi syarat dan kebenaran penggunaan nama dengan mengusulkannya dibincangkan dalam Majlis Negara bagi Kerajaan Tempatan (MNKT) yang berfungsi untuk menyeragam peraturan dan perundangan berkaitan kerajaan tempatan.Dalam konteks pengukuhan bahasa Melayu dalam komunikasi dan penyiaran, Ketua Setiausaha (KSU) Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Kamaruddin Siaraf menyarankan DBP mengedarkan risalah dan panduan penggunaan bahasa yang betul melalui mesyuarat Kabinet serta mesyuarat KSU dan Ketua Perkhidmatan.“Ini kerana sejak empat tahun saya menjadi KSU, tidak ada risalah atau panduan yang diedarkan oleh DBP dalam dua mesyuarat penting itu.“Dalam konteks penggunaan bahasa dalam pengacaraan pula, DBP perlu turun padang untuk menjelaskan perkembangan terkini mengenai bahasa Melayu khususnya kepada pegawai protokol, selain mengadakan hebahan melalui media,” katanya pada sesi yang dipengerusikan oleh Pengarang Kumpulan Berita Harian, Datuk Mior Kamarul Shahid.Mengenai media elektronik pula, Kamaruddin berkata, post-mortem setiap rancangan di RTM turut mengambil kira kesilapan penggunaan bahasa Melayu berbanding sebelum ini yang hanya melihat daripada aspek gambar, teknikal dan jalan cerita.“Bagaimanapun, ia juga perlu membabitkan stesen televisyen dan radio swasta kerana RTM hanya merangkumi 25 peratus penonton, manakala selebihnya adalah pihak swasta.“Peranan Media Prima Bhd (MPB) dan Astro dalam pemantauan bahasa wajar diberi perhatian kerana keupayaan mereka untuk sampai kepada penonton yang lebih besar,” katanya pada sesi yang turut disertai Timbalan Pengarah, Institut Alam dan Tamadun Melayu (ATMA), Prof Dr Teo Kok Seong dan pensyarah Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS), Dr Jeniri Amir.Kongres bertemakan Menjana Transformasi Bahasa dan Persuratan Melayu Menjelang Negara Maju anjuran Gabungan Persatuan Penulis Nasional Malaysia (GAPENA) dan DBP itu, dirasmikan oleh Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.Kongres itu turut mengeluarkan lapan ketetapan yang dibacakan Ahli Jawatankuasa GAPENA, Prof Datuk Dr Zainal Kling dalam sistem pendidikan, kerajaan tempatan, ekonomi dan kewangan, pengajian tinggi, perkhidmatan awam serta media, komunikasi dan penyiaran, selain Perlembagaan dan pemasyarakatan persuratan Melayu.

[Source]                [Go Back to Citizen Journalist]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

17-9-2024 06:56 AM GMT+8 , Processed in 0.095023 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list