CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 135|Reply: 0

Godam: Beri ruang MBMMBI, lupakan PPSMI

[Copy link]
Post time 3-11-2011 09:05 AM | Show all posts |Read mode
NAMPAKNYA isu Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) masih sengaja diperpanjangkan, meskipun Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang juga Menteri Pelajaran, sudah meminta ia segera dihentikan.\rBagi mereka yang mengikuti perkembangan tuntutan yang digerakkan Persatuan Ibu Bapa Untuk Pendidikan Malaysia (PAGE) dan Jaringan Melayu Malaysia (JMM) dapat menilai matlamat di sebalik ‘perjuangan’ memartabatkan PPSMI.\r\n\n\n\n\rMereka mendapat sokongan padu daripada akhbar berbahasa Inggeris dan rakyat Malaysia yang taksub bahawa bahasa Inggeris mampu melakukan segala macam keajaiban dalam kehidupan diri, anak dan cucu-cicit mereka pada masa lalu, sekarang dan masa depan!\r\r\n\n\n\n\nTertangkap juga wartawan dari akhbar berbahasa Inggeris yang membuat liputan sidang akhbar kenyataan 49 badan bukan kerajaan (NGO) yang menolak PPSMI dengan kenyataan, “Em ... kita tulis berita yang menidakkan mereka itu ....” bisik mereka sesama sendiri sambil tersenyum sinis.\rBukan saja kalangan wartawan, sesetengah menteri Kabinet, turut sama mahu PPSMI dihidupkan semula, sedangkan mereka terbabit sama pada mesyuarat Kabinet sebelum PPSMI dimansuhkan selepas beberapa kajian dan rundingan yang membabitkan sama pakar bidang.\rKelemahan penguasaan bahasa Inggeris pelajar dijadikan alasan PPSMI perlu dimartabatkan oleh mereka yang mendewa-dewakan bahasa Inggeris sehingga menutup pintu hati dan fikir akan hakikat bahawa kedua-dua subjek itu lebih banyak membabitkan simbol dan bukan penguasaan bahasa!\rJika benar mereka mahu bahasa Inggeris pelajar ditingkatkan, maka jawapan pada permasalahan terbabit ialah penekanan kepada subjek Bahasa Inggeris dan Sastera Inggeris sejak di sekolah rendah dengan olahan pengajaran yang menerbitkan rasa yakin, selesa, puas lagi gembira ketika berbahasa.\r\n\n\n\n\rMengapa kelompok yang mendewa-dewakan bahasa Inggeris ini enggan memberi ruang kepada pelaksanaan Memartabat Bahasa Melayu dan Memperkasa Bahasa Inggeris (MBMMBI) mulai tahun depan yang sudah direncanakan Kementerian Pelajaran bagi menggantikan PPSMI?\rApakah kelompok ini bimbang akan lebih ramai pelajar menguasai bahasa Inggeris dengan lebih baik jika MBMMBI dilaksanakan, lalu ada baiknya jika PPSMI yang diteruskan kerana penguasaan kek ekonomi negara kekal di tangan mereka?\rAtau mungkinkah kelompok taksub PPSMI punya agenda peribadi seperti terbabit dalam perniagaan buku latihan dan rujukan serta perisian untuk kedua-dua subjek berkenaan yang tersadai di gudang simpanan selepas dasar terbabit dimansuhkan?\rAda juga sesetengah individu yang menjadikan anak mereka sebagai alasan mengapa PPSMI perlu dipertahankan, tanpa memikirkan pelajar yang dilahirkan pada 1993 juga melalui tekanan serupa ketika berada di Tingkatan Satu apabila dasar terbabit dikuatkuasakan.\rMereka menjadi ‘mangsa’ apabila PPSMI diperkenalkan dan tiada siapa yang peduli dengan nasib mereka, baik orang politik mahupun mana juga NGO, tetapi nyata pelajar kelompok ini bersungguh demi masa depan lalu mencatat kecemerlangan.\rBerkat kesetiaan sebagai rakyat Malaysia yang patuh dengan segala macam perubahan dasar, pelajar kelompok 1993 membuktikan keunggulan mereka apabila keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) pada 2010 diumumkan Kementerian Pelajaran sebagai terbaik pernah dicatat dalam sejarah negara.\rLalu siapa sebenarnya yang mempolitikkan PPSMI, tidak menghormati keputusan yang dibuat pimpinan negara yang sudah memutuskan ia dimansuhkan pada 2009 dan meletakkan dua pemimpin negara pada kedudukan, ditelan mati emak diluah mati bapa!\rTiada siapa yang menafikan kepentingan bahasa Inggeris dalam era kesejagatan yang menggila kini, tetapi biarlah setiap rakyat Malaysia berpada serta berwaspada dalam hal ini dengan melihat sama kelompok yang keciciran jauh dalam ekonomi negara.\rHendaknya kerajaan tidak termasuk dalam perangkap kelompok yang sengaja mahu mengganggu gugat sistem pendidikan di sekolah kerajaan dengan memberi cadangan tidak masuk akal kerana hakikatnya pilihan sudah pun ada, iaitu sama ada ke sekolah swasta atau antarabangsa.\rJika benar bahasa Inggeris mampu melakukan segala macam keajaiban dalam kehidupan diri, anak dan cucu-cicit masing-masing, pilihlah sekolah swasta dan antarabangsa yang bukan saja merealisasikan bahasa Inggeris dalam Sains dan Matematik, tetapi juga peperiksaan awam lain!\rAlasan tanpa bahasa Inggeris pakar dalam Sains dan Matematik di negara tidak berpeluang menonjol potensi diri pada arena antarabangsa kerana pelbagai rujukan kedua-dua bidang terbabit dalam bahasa penjajah tidak sepatutnya timbul kerana hakikatnya kesungguhan akan mengatasi segala.\rJangan hendaknya mana juga warganegara tanpa mengira bangsa menyalahkan bahasa dan budaya Melayu sebagai punca kegagalan kerana penulis bimbang kenyataan sedemikian akan lebih memburukkan keadaan serta mengganggu gugat keharmonian bangsa yang sedia terjalin!

[Source]                [Go Back to Citizen Journalist]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

4-11-2024 01:30 AM GMT+8 , Processed in 0.041322 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list