CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 170|Reply: 0

Muay Thai hangat saingan

[Copy link]
Post time 4-11-2011 09:05 AM | Show all posts |Read mode
Acara iringan cabaran Piala Monsun di Pulau Duyong\rKEJOHANAN Kapal Layar Piala Monsun yang dijadualkan berlangsung di Ri-Yaz Heritage Marina Resort & Spa di Pulau Duyong, Terengganu pada 22-27 November ini bakal dihangatkan lagi dengan aksi peninju Muay Thai tempatan dan  antarabangsa. \r\n\n\n\n\r    Antara nama besar yang akan mengambil bahagian dalam pertandingan Muay Thai Gred 3 yang akan berlangsung 23 hingga 25 November ini sempena kejohanan berprestij itu adalah Amy Semerah Padi, Johan Super Aid Malaysia, Mohd Ali Yaakob dan Idie Selendang Kuning selaku peninju tempatan. \r\r\n\n\n\n\n   Setiausaha Persatuan Tomoi Daerah Besut, Mustafha Mazri berkata, dia sangat berbesar hati sukan tradisional Thailand itu dapat digandingkan bersama Piala Monsun memandangkan kedua-dua sukan itu amat memerlukan kekuatan fizikal dan mental bagi mencapai kecemerlangan. \r“Mohd Ali bermula dengan Persatuan Tomoi Besut dan kini sudah meningkat ke tahap antarabangsa serta menjadi antara 10 terbaik di dunia dalam kategori 45kg selepas memenangi pertandingan di Bangkok dan Iran. Dia dijangka menentang juara Thailand, Wan Chai,” kata Mustafha dalam satu kenyataan semalam. \rMengenai persiapan mengharungi pertarungan nanti, dia berkata setiap peninju kini dalam keadaan bersedia dan percaya peminat yang hadir pasti terhibur dengan aksi peninju yang bertanding selain menyaksikan Piala Monsun.\r“Kami juga sudah membawa dua jurulatih pakar dari Pulau Samui Kelantan bagi melatih peninju kami untuk pertandingan akan datang di Terengganu. Latihan intensif selama dua minggu sudah pasti akan meningkatkan mutu dan prestasi peninju. Orang ramai pasti akan terhibur.”\r\n\n\n\n\rAntara aktiviti lain yang bakal menceriakan lagi Piala Monsun adalah pertandingan mewarna untuk kanak-kanak, sukaneka, pertandingan kuiz, permainan tradisional dan pertandingan karaoke ‘Monsun Idol 2011\' selain beberapa aktiviti baru seperti aktiviti belayar dan berkayak.

[Source]                [Go Back to Citizen Journalist]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-12-2024 08:21 AM GMT+8 , Processed in 0.364850 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list