|
MURID Tahun Lima Sekolah kebangsaan Taman Sri Andalas, Klang, Selangor juara Pertandingan Diari Gambar Eko Peringkat Kebangsaan 2011, sekali gus melayakkannya menyertai pertandingan peringkat antarabangsa di Paris, Perancis.\rHasil karya pengalamannya berbuka puasa sambutan Aidilfitri itu melayakkan Muhammad Wafie Sarbini menyertai pertandingan yang ditaja sepenuhnya oleh Panasonic Malaysia Sdn Bhd.\r\n\n\n\n\r Pengurus Besar Komunikasi Korporat dan Penjenamaan Panasonic, Azizah Wahid, berkata pemilihan diari gambar itu menarik perhatian panel hakim berdasarkan ciri kreatif pada karya berkenaan.\r\r\n\n\n\n\n “Kami (Panasonic) menerima 11 diari gambar dihasilkan murid sekolah rendah dan 10 dari sekolah menengah. Memandangkan ini kali pertama ia diadakan di Malaysia, jumlah penyertaan amat menggalakkan.\r“Pemilihan diari gambar dihasilkan Muhammad Wafie ini dibuat selepas meneliti kesungguhan peserta merakam pengalaman sepanjang lima hari membuat persiapan berbuka puasa dan sambutan Aidilfitri lalu,” katanya.\rAzizah berkata demikian ketika berucap pada Majlis Penyampaian Hadiah Pertandingan Pembelajaran Alam Sekitar di Sekolah Kanak-kanak Panasonic, di Auditorium Balai Seni Visual Negara, di Kuala Lumpur, baru-baru ini.\rMajlis penyampaian hadiah disempurnakan Pengarah Bahagian Kokurikulum dan Seni Kementerian Pelajaran, Muhamat Roli Hassan. Hadir sama, Ketua Pengarah Balai Seni lukis Negara, Datuk mohd Yusof Ahmad; Pengarah Urusan Panasonic Malaysia, Jeff Lee dan Timbalan Pengarah Urusan Panasonic Malaysia, Chris Tomaci.\r\n\n\n\n\rBeliau berkata, pertandingan bermula 15 Ogos lalu itu adalah satu lagi program tanggungjawab sosial korporat (CSR) Panasonic dengan kerjasama kementerian.\rSementara itu, Sekolah Kebangsaan Taman Sri Andalas, Klang melalui projek ‘Eco-Friendly Recycle Home’ (Rumah Kitar Semula Mesra Alam) diumumkan juara Pertandingan Hasil Karya Seni Mesra Alam bagi kategori sekolah rendah.\rSekolah Menengah Teknik Sepang pula muncul juara kategori sekolah menengah melalui projek ‘Metal Flower’ (Bunga Besi).\rSelain hadiah dan sijil penghargaan daripada penaja, kedua-dua pasukan itu akan dibawa melawat ke Jepun Disember ini bagi melihat dengan lebih dekat operasi kilang induk Panasonic.\rPertandingan ini bukan saja memberi peluang pelajar menyerlahkan idea dalam usaha menjaga alam sekitar, bahkan menjadi landasan terbaik bagi mereka melahirkan pemimpin masa depan.
[Source] [Go Back to Citizen Journalist] [Pump!]
|
|