View: 153|Reply: 0
|
Tiga badang janji gegar Paris
[Copy link]
|
|
Misi sengit, China bakal beri saingan pada Kejohanan Angkat Berat Dunia\rDOAKAN kejayaan kami! Itu pinta tiga atlit angkat berat negara - Hafifi Mansor, Aricco Jumith dan Raihan Yusoff sebelum berangkat menyertai Kejohanan Angkat Berat Dunia di Paris, bermula hari ini hingga 13 November bagi mengutip mata kelayakan ke Sukan Olimpik di London, tahun depan. \r\n\n\n\n\r Mereka yang berlepas ke ibu kota Perancis malam kelmarin ditemani Presiden Persekutuan Angkat Berat Malaysia (PBAM), Zafarul Akbar Kassim melafazkan ikrar mahu melakukan angkatan terbaik pada kejohanan edisi ke-79 itu walaupun sedar halangan getir bakal diharungi terutama daripada atlit China.\r\r\n\n\n\n\n Bagi pemenang pingat gangsa dalam kategori 69 kilogram di Sukan Komanwel tahun lalu, Hafifi Mansor, dia kini 100 peratus bersedia menggalas cabaran itu terutama selepas pulang menjalani latihan intensif selama sebulan di China sejak September lalu. \r“Sebelum ini saya ada mengalami sedikit kecederaan di otot pinggang namun selepas pulang daripada latihan di China, semua itu sudah pulih dan saya mampu melakukan angkatan bebanan sehingga 180kg untuk clean & jerk. \r“Secara peribadi saya meletakkan sasaran untuk berada antara kelompok lima atlit teratas di kejohanan itu dan bagi saya saingan dari atlit Indonesia juga perlu diberi perhatian kerana mereka mampu memberi saingan,” katanya.\rPemenang pingat emas Sukan Komanwel 2010, Aricco pula bakal menyertai kategori 62 kg lelaki manakala puteri sulung negara, Raihan yang meraih pingat gangsa di temasya yang sama menyertai kategori 53kg.
[Source] [Go Back to Citizen Journalist] [Pump!]
|
|
|
|
|
|
|
| |
|