CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 130|Reply: 0

Harap juri tak jejas semangat atlit

[Copy link]
Post time 7-11-2011 09:05 AM | Show all posts |Read mode
ISU penjurian sukan subjektif sering menjadi tumpuan, namun skuad taekwondo negara tidak mahu perkara itu melemahkan semangat juang mereka dan kekal optimis dengan kemampuan Indonesia selaku tuan rumah berlaku adil pada temasya kali ini.\rPengurus pasukan, S Krishnamurthy berkata kejohanan taekwondo di peringkat antarabangsa kini  menggunakan sistem kiraan elektronik yang boleh mengelakkan sebarang penipuan dalam penjurian.\r\n\n\n\n\r  “Sistem elektronik ini bagaimanapun masih baru dan saya tidak pasti sama ada Indonesia akan menggunakan sistem ini atau tidak.\r\r\n\n\n\n\n  “Setakat ini saya dengar cerita, tuan rumah masih menggunakan sistem kiraan cara lama namun saya berharap ini tidak akan menimbulkan sebarang masalah berat sebelah,” katanya mengenai skuad taekwondo yang dibarisi enam atlit lelaki dan enam wanita.\rSelepas membawa pulang satu pingat emas dan enam gangsa pada temasya lalu, Krishnamurthy berkata sasaran kali ini adalah satu emas dan satu perak dengan sasaran diletakkan di bahu Ryan Chong yang akan bertanding dalam kategori flyweight.\rKatanya, keyakinan skuad taekwondo negara kini semakin meningkat terutama selepas berpeluang menjalani latihan di Seoul selama tiga minggu pada bulan lalu.

[Source]                [Go Back to Citizen Journalist]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-12-2024 08:29 AM GMT+8 , Processed in 0.062357 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list