|
DEWAN Bahasa dan Pustaka (DBP) yang kecewa dengan sikap masyarakat yang tidak prihatin dan enggan menggunakan bahasa Melayu yang betul bercadang merangka kerjasama dengan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) dan Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT).\rKetua Pengarah Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP), Datuk Termuzi Abdul Aziz, berkata kerjasama itu diharapkan dapat membantu ke arah mewujudkan undang-undang kecil khusus bagi memantau penggunaan bahasa Melayu yang jelas, tepat dan tidak bercampur dengan bahasa lain pada papan tanda dan papan iklan di tempat awam.\r\n\n\n\n\r“Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam ucapannya ketika melancarkan Bulan Bahasa Kebangsaan 2011 juga menekankan kepentingan penggunaan bahasa Melayu dalam masyarakat dan syarikat berkaitan kerajaan (GLC) juga diminta menggunakan bahasa Melayu dalam setiap urusan.\r\r\n\n\n\n\n“Justeru kerjasama yang dicadangkan itu relevan memandangkan bahasa Melayu umpama jati diri kita sebagai bangsa Melayu dan sewajarnya kita berbangga dengan keindahan bahasa dan memartabatkannya agar tidak terpinggir dan tertindas di negara sendiri,” katanya ketika ditemui selepas majlis perasmian Suar Bahasa Jamung Bahasa anjuran DBP di perkampungan masyarakat Siam di Pendang, baru-baru ini,\rBeliau mengakui DBP menerima banyak aduan mengenai kesalahan pada papan tanda dan iklan di tempat awam, tetapi tiada tindakan yang boleh diambil kerana ia di luar bidang kuasa DBP kerana peruntukan dalam undang-undang kecil pada masa ini hanya meletakkan membenarkan DBP melakukan pemantauan dan memaklumkannya kepada PBT.\r“DBP sememangnya bercadang untuk mendapatkan kuasa bagi membolehkan tindakan sewajar seperti bayaran saman dan penjara diambil terhadap pesalah bahasa. Bidang kuasa seperti Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) yang dibenarkan menyaman pemilik kenderaan yang memarkir sesuka hati, meskipun asalnya hanya polis boleh menyaman,” katanya.\rTermuzi menolak dakwaan pengiklan dan peniaga yang kononnya terpaksa menunggu terlalu lama bagi permohonan kelulusan papan tanda dan iklan, selain menyifatkannya sebagai tidak masuk akal, apatah lagi mulai tahun ini, DBP memperkenalkan portal permohonan secara dalam talian bagi memudahkan mereka menjalankan urusan.\r\n\n\n\n\r“Sebenarnya urusan pengiklan dan peniaga dalam hal ini semakin mudah kerana DBP turut membenarkan mereka melakukan pindaan dalam menerusi portal yang disediakan tanpa perlu berurusan di kaunter DBP,” katanya.
[Source] [Go Back to Citizen Journalist] [Pump!]
|
|
|
|
|
|
|
| |
|