CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 146|Reply: 0

Palembang bergelut saat akhir

[Copy link]
Post time 9-11-2011 09:05 AM | Show all posts |Read mode
Kerja penambahbaikan termasuk daripada  landskap masih belum selesai\rMENJELANG dua hari saja lagi acara pembukaan temasya sukan terbesar di Asia Tenggara di Palembang, tuan rumah ternyata bergelut dengan tekanan menyempurnakan kerja-kerja akhir bagi menjayakan edisi ke-26 itu.\r\n\n\n\n\r  Tinjauan sekitar Kompleks Sukan Jakabaring menyaksikan struktur pembinaan kebanyakan venue perlawanan sudah siap tetapi masih banyak kerja penambahbaikan termasuk daripada segi landskap masih belum selesai manakala pembinaan jalan baru saja berakhir.\r\r\n\n\n\n\n  Di pusat akuatik umpamanya, perakam masa elektronik sedang dipasang malah Wisma Atlit yang menjadi perkampungan atlit masih belum dibuka memandangkan peralatan seperti pengimbas beg di pintu masuk baru saja dipasang.\rBukan itu saja, kebanyakan petugas media yang sudah tiba di Palembang, hampa apabila pusat media masih kosong dan belum beroperasi dan penganjur, Jawatankuasa Penganjur Sukan SEA Indonesia (INASOC) seakan tidak bersedia apabila gagal menyediakan pelbagai maklumat perlawanan.\rMedia cetak tempatan juga memaparkan bilangan media yang di luar jangkaan apabila lebih 3,000 petugas media akan membuat liputan berbanding jangkaan awal iaitu sekitar 1,200 saja.\rSelain masalah pengangkutan, masalah penginapan menjadi bualan di kalangan petugas media yang mengeluh kesukaran mendapatkan tempat sehingga penganjur menyediakan lima kapal - dua kapal perang Republik Indonesia, dua kapal daripada PT Pelayaran Nasional Indonesia (Pelni) dan satu kapal Grup Artha Graha - untuk dijadikan hotel bagi menampung keperluan mendadak sepanjang temasya itu nanti.\r\n\n\n\n\r“Kami senang kerana tetamu yang ramai tetapi kami sukar menyediakan penginapan yang mencukupi. Di Palembang, penginapan sangat terbatas,” kata Ketua INASOC Sumatera Selatan, Muddai Madang.    \rUntuk berita lanjut mengenai persiapan Sukan Sea pasukan Kebangsaan, dapatkan akhbar Berita Harian hari ini.

[Source]                [Go Back to Citizen Journalist]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-12-2024 08:25 AM GMT+8 , Processed in 0.036748 second(s), 10 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list