CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 90|Reply: 0

4 pelajar bincang isu alam sekitar, ekonomi di HYLI

[Copy link]
Post time 9-11-2011 09:05 AM | Show all posts |Read mode
PROGRAM Inisiatif Pemimpin Muda Hitachi (HYLI) ke-11 yang bakal berlangsung di Hanoi, Vietnam bermula 9 Januari depan memberi peluang empat pelajar negara menunjukkan kebijaksanaan mengupas isu alam sekitar dan kerjasama ekonomi serantau.\rPenyertaan dari Indonesia, Filipina, Singapura, Thailand, Vietnam, Jepun dan Malaysia pada program itu diwakili empat pelajar institusi pengajian tinggi setiap negara akan membincangkan isu bertemakan ‘Fasa Baru Asia-Perspektif Dalam Menguruskan Pembangunan Lestari dan Integrasi Ekonomi\'.\r\n\n\n\n\r  Mereka terdiri daripada Choo Hong Ning, pelajar Sistem Komunikasi dan Komputer, Universiti Putra Malaysia; Heng Jing Yi, pelajar Kejuruteraan Alam Sekitar, Universiti Malaya; Ong Kit Wee, pelajar jurusan Undang-undang, Universiti Kebangsaan Malaysia dan Donald Anak Stephen, pelajar Sains Kognitif dan pembangunan Manusia, Universiti Malaysia Sarawak.\r\r\n\n\n\n\n  Pada program itu Malaysia diberi penghormatan apabila muncul satu-satunya negara yang menghantar dua pemimpin untuk menyampaikan ucapan dalam bidang masing-masing menerusi pengisian pada hari pertama dan kedua. \rDua pemimpin berkenaan ialah Ketua Setiausaha, Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Dr Rebecca Fatima Sta Maria dan Ketua Pegawai Eksekutif Suruhanjaya Tenaga, Ahmad Fauzi Hassan.\rPengarah Urusan Hitachi Asia, Makoto Nagashima, berkata Asia ialah rantau yang penuh dengan kepelbagaian, justeru amat penting bagi pemimpin mudanya mendengar perspektif pakar daripada pelbagai kepakaran.\r“Kami berbangga kerana HYLI ke-11 akan dihadiri ramai penggubal polisi Asia Tenggara, golongan profesional dan pakar dalam bidang masing-masing.\r\n\n\n\n\r“Peserta yang terdiri daripada pelajar cemerlang ini akan mendapat maklumat tambahan.  HYLI pastinya menjadi landasan terbaik membincangkan hal ehwal semasa,” katanya pada sidang media, di Kuala Lumpur, baru-baru ini.\rHadir sama, Pengarah Urusan Hitachi Asia (Malaysia) Sdn Bhd, Seiji Yoshimura; Timbalan Pengurus Komunikasi Korporat Hitachi Asia, Ichio Iwai dan dua alumni HYLI iaitu M S Teofilus (HYLI keempat) serta Ang Hean Leng (HYLI kelima).\rSementara itu, Ichio berkata pemilihan peserta berdasarkan kecemerlangan akademik dan kokurikulum sepanjang tempoh pengajian.\rMasing-masing juga katanya, diuji beberapa siri temu duga serta program sehari ala konvensyen sebenar sebelum benar-benar layak mewakili negara masing-masing.

[Source]                [Go Back to Citizen Journalist]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

8-9-2024 10:36 PM GMT+8 , Processed in 0.057803 second(s), 16 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list