View: 4531|Reply: 4
|
Sejarah Kerajaan Penganut Brahman-Buddhisme Asia Tenggara
[Copy link]
|
|
Sriwijaya
Kemasukan ajaran Buddha ke Asia Tenggara sudah lama terjadi. Salah satu kerajaan kelautan yang terkenal sebagai kerajaan pelindung Dharmma adalah kerajaan Sriwijaya dikatakan bermula di Sumatera Selatan. Kerajaan ini mempunyai raja-raja Bodhisatva yang mengamalkan nigaya Mahaiyana.
Kewujudannya sebagai satu empayar dikesan sejak abad ke-7 M. Sami Buddha dari empayar China pernah melawat ke Sriwijaya untuk belajar bahasa Senskirit sebelum berlepas ke Nagapattinam di Selatan India. Ada batu bersulat di Kedukan Bukit di Palembang di Sumatera, Indonesia. Pada abad ke-13 kerajaan Sriwijaya sudah berkurangan gemilang kerana banyak sebab. Sebab satunya adalah kerana perluasan kuasa kerajaan orang Jawa iaitu Majapahit.
Ahli sejarah seperti Pierre Yves Manguin menyatakan bahawa pusat Sriwijaya terdapat sepanjang sungai Musi antara Bukit Seguntang dan Sebongkingking. Tempat itu dalam pulau Sumatera dalam wilayah Indonesia moden.
Pulau Sumatera
Di Sumatera juga, Seriwijaya bersaing dengan kerajaan-kerajaan kecil yang lain. Dari batu besulat Kedukan Bukit tarikhnya 605 tahun Saka (683 M) menyatakan bahawa kerajaan Seriwijaya dibangunkan oleh Dapunta Hiyang Seri Jayanasa. Baginda mengetuai 20,000 askar dengan beberapa ratus kapal dari pelabuhan Menanga Tamwan ke Jambi dan juga ke Palembang.
Sebelum itu ada kerajaan lagi lama dari Seriwijaya di Pulau Sumatera iaitu kerajaan Gandhari yang berada dalam tapak permulaan Sriwijaya. Sumber bahasa Sanskirit memanggil kerajaan tersebut sebagai Chawadesa. Orang Kemir memanggilnya sebagai Melayu. Maharaja Jayanasa berjaya menyatukan kerajaan Malaiyu masuk ke dalam empayar Seriwijaya dalam tahun 680 M. Kerajaan Malaiyu mempunyai galian emas dan juga antara kerajaan yang dikenali ramai pada masa itu. Maharaja Seriwijaya berstrategi bahawa empayarnya akan dihormati jika mengalahkan kerajaan Malaiyu dan menyerapkannya menjadi negerinya.
Menurut batu besulat Kota Kapur di Pulau Bangka, empayar ini menakluki Selatan Pulau Sumatera dan pulau Bangka yang di sebelahnya sehingga ke Lampung.
Pulau Jawa
Menurut batu besulat Kota Kapur lagi, maharaja Jayanasa juga menghantar tentera ke Jawabhumi sekitar hujung abad ke-7. Pada masa itu di Barat Pulau Jawa ada kerajaan Tarumanagara yang sedang jatuh serta kerajaan Keling di Jawa Tengah. Empayar Sriwijata berjaya menguasai Selat Sunda selepas mengalahkan kerajaan2 di Pulau Jawa. Selepas itu satu keluarga bangsawan beragama Buddha dengan nama keluarga Shailendra dari empayar Seriwijaya menguasai kawasan Pulau Jawa Tengah. Bangsawan Buddha itu kemudian bernikah dengan kerabat2 diraja Seriwijaya dan juga bersama2 dengan kerajaan dinasti Sanjaya memerintah Pulau Jawa di tengah.
Semenanjung Tanah Melayu dan Selatan Thai
Perluasan kuasa Sriwijaya ke Semenanjung Tanah Melayu berlaku sekitar tahun 775 M di bawah perintah maharaja Thammasethu. Baginda menghantar tentera ke empayar Langkasuka di Semenanjung Tanah Melayu dan berperang untuk menakluki kawasan Segenting Kra. Selepas itu orang Semenanjung telah kalah perang walaupun berperang dengan garang. Jadi selepas itu maharaja Seriwijaya menghantar juga anak-anak raja dan gabenor di kawasan Segenting Kra untuk menjalankan pentadbiran. Kerajaan yang ditakluki oleh Sriwijaya di Selatan Thailand dan Utara Semenanjung Tanah Melayu adalah Pan Pan (Langkasuka Timur) dan Tamraling (Nakorn Sri Tammarat). Langkasuka dan Tamraling sudah lama menjadi kerajaan2 perdagangan di Semenanjung.
Pada zaman purba kawasan Semenanjung Tanah Melayu dan Selatan Thai sudah ada penduduk. Misalnya kawasan Jaiya di Sulat Thani di Selatan Thai memang diduduki oleh suku kaum orang Melayu dan orang Semang. Kota Jaiya (Chaiya) dibangunkan pada abad ke-3 M. Apabila Sriwijaya menang perang, mereka mengambil Jaiya menjadi ibu kota mereka di Segenting Kra. Jadi Sriwijaya mempunyai banyak ibu kota dalam wilayah yang diserapnya.
Indochina
Dalam abad ke-7 M ini juga, pelabuhan2 orang Cheampa di Vietnam masa kini menarik banyak pedagang ke situ. Ini menjadikan Sriwijaya tidak laku. Oleh itu maharaja Thammasetu menghantar bala tentera ke pelabuhan2 di Indo-China. Baginda berjaya menawan sekejap kota Indrapur di Sungai Mekong dalam awal abad ke-8 M. Keadaan itu berterusan sehingga raja Khemir bergelar Jayawarman II memutuskan hubungan dengan Sriwijaya.
Selepas kemangkatan maharaja Thammasetthu, maharaja Samaratungga menggantikannya. Maharaja Samaratungga bertakhta dari 792-835. Maharaja Samaratungga tidak suka ketenteraan dan keganasan. Baginda cuma suka menguatkan kekuasaan Sriwijaya di Pulau Jawa. Baginda juga memantau kerja pembinaan Chandi Borobodor di Jawa Tengah sehingga sempurna binaan pada tahun 825.
Maharaja2 Sriwijaya
Sri Jayanasa
Tharmmasetthu
Samaratungga
Balaputradewa
Sri Chulamaniwarmmadewa
Bahasa yang digunakan dalam kerajaan ini adalah bahasa Sanskirit kerana mereka mangamalkan aliran Tantra-Buddhisme dan juga Wajrayanna-Mahaiyana. Mereka mempunyai bhikhu2 yang berada di Bukit Seguntang. Antara bhiku Buddha terkenal yang mengajarkan ajaran Buddha aliran kedua di Tibet adalah Atisa. Atisa merupakan anak murid kepada Sri Tharmmarakshita, orang Sriwijaya yang mengarang puisi Sudharchana Chakra dalam bahasa Sanskirit yang sekarang hanya terdapat dalam bahasa Tibet dan juga diterjemahkan ke bahasa Inggeris. |
|
|
|
|
|
|
|
Kerajaan Haripunjaya
Kerajaan ini merupakan kerajaan orang Mon terletak di utara Thailand hari ini. Ia wujud sebelum orang Dai berhijrah ke utara Thailand. Ibu kota Haripunjaya diberi nama Lambhun. Pada tahun 1292, kota Lambhun diserang oleh orang Lanna (jutaan sawah) dari sempadan China Selatan hari ini.
Menurut hikayat Jamatewiwong dan Jinakalamali, kota Haripunjaya diasaskan oleh seorang resi bernama Suthep (Sudewa) sekitar tahun 661 M. Pemerintah orang Mon dari Lopburi (Lawapura/Jawapura) dekat Bangkok hari ini menghantar puterinya, Jamatewi untuk menjadi pemerintah di situ. Pakar sejarah beritahu kota tersebut mungkin wujud tahun 750 M. Pada saat itu, kawasan Tengah Thailand berada dalam pemerintahan banyak negeri orang Mon. Negeri2 tersebut membentuk negara yang bernama Dwarawati. Puteri Jamatewi melahirkan anak lelaki kembar. Yang sulong menjadi gabenor di Lambhun. Yang muda menjadi gabenor di Lampang.
Hikayat memberitahu bahawa orang Khemir dari Kemboja hari ini cuba untuk menyerang Haribunjaya. Tetapi mereka banya kali gagal. Dalam abad ke-11 M pun orang Khemir cuba serang lagi tapi gagal juga. Kerajaan Mon seperti dalam negara Dwarawati banyak yang dibakar dan dihancurkan oleh orang Khemir. Pada awal abad ke-13 M, Haribunjaya mencapai zaman keemasan. Hikayat memberitahu bahawa kegiatan keagamaan berjalan lancar dan banyak bangunan dibina. Tidak ada perang di situ. Tapi tahun 1292, kerajaan Haribunjaya diserang oleh raja Mungrai dari kerajaan Lanna. Lambhun dan Lampang diserap menjadi kota dan negeri dalam kerajaan Lanna-Tai.
Senarai Raja Haribunjaya
Ratu Jamatewi
Hanayoth
Kumararaja
Rudantra
Sonamanjusaka
Sangsara
Padumarat
Kusathewa
Nokarat
Tasarat
Gutta
Sera
Yuwarat
Bramtarayo
Muksa
Trapakha
Uchitachakraphat dari Lawapura
Kampon
Chakapathirat dari Atikuyapuri
Vasudewa
Yeiyala
Maharat dari Lampang
Sela
Kanchana
Chilanka
Phunthula
Ditta
Chettarat
Jeyakarat
Phattijjarat
Tharmmikarat
Ratharat
Saphasith
Chettarat
Jeyakarat
Datwanyarat
Gangga
Sribun
Uthen
Bhanton
Atana
Hawam
Tranggal
Yotta
Yiep |
|
|
|
|
|
|
|
Phra Nakorn Dvaravadi
Dvaravadi sebenarnya adalah sebuah negara yang banyak negeri dalamnya. Ia bermula pada abad ke-6 dan berakhir pada kurun ke-13. Jadi apabila Siam muncul dan menjadi sebuah empayar, Dvaravadi sebenarnya masih wujud. Pada abad ke-10, Dvaravadi mula dipengaruhi oleh empayar Angkor. Suryawarman II telah menakluki tengah Thailand hari ini pada separuh awal abad ke-12. Yang selamat cuma Haribunjaiya saja sehingga lah kerajaan itu pun diserap masuk ke dalam negara Lanna.
Penduduk dalam Dvaravadi adalah dari pelbagai bangsa. Mereka menggunakan bahasa Mon lama. Tetapi penduduk asli kerajaan di situ tidak diketahui berketurunan apa. Ada juga bukti yang beberapa daerah dalam negara tersebut dihuni oleh orang Melayu dan Khemir. Teori penghijrahan orang Tai/Dai ke situ telah ditolak dan sebenarnya hanya berlaku dalam abad ke-12 sahaja.
Istilah Dvaravadi merupakan istilah yang berasal dari bahasa Sanskirit iaiti Sri Dvaravadi. Dvaravadi bermaksud "dia yang mempunyai banyak pintu." Nama ini diambil sempena bandar lagenda di India purba iaitu Dvaraga. Hal pentadbiran negara ini tidak banyak diketahui. Dalamnya cuma diketahui mempunyai negeri2 kecil dan daerah yang tidak diperintah dengan ketat oleh kerajaan berpusat. Ia mengunjur dari kawasan utara semenanjung sehingga ke kawasan sungai Chao Praya. Pengaruh Brahmanisme dan Buddhisme sangat meluas. Kawasan penempatan utama ialah di Nakhon Pathom, U Thong, dan Khu Bua di barat sungai Chao Praya. Bandar lain seperti Yawo/Lawo (Lopburi) atau Sri Thep (Sri Dewa) juga dipengaruhi oleh kebudayaan Dvaravadi walaupun ada kemungkinan ia bukan negeri dalam negara Dvaravadi. |
|
|
|
|
|
|
|
Kerajaan Phnuem
Kerajaan ini direkodkan sebagai Funan dalam rekod Cina. Ia merangkumi kawasan delta Mekong di selatan Vietnam dan selatan Kemboja. Rekod Cina yang mencatatkan kerajaan ini datang dari kerajaan Wu di Nanjing yang menghantar wakil ke kerajaan ini dalam pertengahan abad ke-3. Orang Kemboja sekarang sebutnya sebagai Phnuem atau Banam.
Dalam rekod etno-linguistik, ada orang berhipotesis bahawa orang Phnuem ini berbahasa Austronesia (jenis bahasa Melayu) dan ada yang berpandangan jenis bahasa mereka adalah Austroasia. Mungkin campuran juga. Dipercayai Phnuem sudah diasaskan sejak abad pertama masehi lagi di delta Mekong. Penemuan arkeologi menunjukkan penempatan manusia sepanjang kawasan tersebut sejak abad ke-4 SM.
Walaupun penulis China menyatakan bahawa Phnuem sebagai satu kerajaan, tapi ahli sejarah moden berpendapat bahawa Phnuem mungkin sebuah kerajaan yang ada banyak negara-kota yang kadang2 berperang sesama sendiri dan masa yang lain bersatu sebagai satu unit politik. Dari penemuan arkeologi juga, ada banyak barangan orang Rom, orang Cina, dan India digali dari kawasan Oc Eo di selatan Vietnam. Dari situ diketahui bahawa Phnuem merupakan sebuah kerajaan yang berpengaruh dalam perdagangan dunia.
Carigali di Angkor Borei di selatan Kemboja juga menunjukkan ada bukti penempatan penting. Oc Eo dihubungkan dengan pelabuhan di pantai dan Angkor Borei juga mempunyai sistem saliran. Kemungkinan kawasan2 ini merupakan kawasan yang satu juga membentuk ibu kota Phnuem.
Asal-Usul
Sejarawan moden menggunakan rekod kesusasteraan China untuk mencari fakta. Mereka menemui nama orang asing dalam rekod tersbut iaitu Huntian telah membangunkan kerajaan Funan (Phnuem) pada abad pertama masehi di delta Mekong di selatan Vietnam. Ada bukti arkeologi menunjukkan penempatan yang tak berputusan di rantau itu sejak kurun ke-4 SM. Suku kaum di negara Phnuem itu masih dalam perdebatan ahli sejarah kerana mereka tidak dapat membuat kesimpulan dengan bukti yang ada. Orang Phnuem mungkin sekali dari etnik Cheam atau kumpulan etnik Austronesia yang lain. Atau mereka mungkin juga orang Khemir atau etnik Austroasia yang lain. Kemungkinan juga orang Phnuem adalah nenek moyang orang asli yang tinggal di selatan Vietnam hari ini yang merujuk diri mereka sebagai Khemir Khrom (bawah).
Ada kemungkinan juga Phnuem mempunyai masarakat pelbagai budaya, pelbagai etnik, dan pelbagai jenis bahasa. Bahasa istana pun adalah bahasa Sanskirit. Rekod bertulis dari Phnuem adalah dalam bahasa Senskirit dalam bentuk batu besulat. Bahasa Senskilit digunakan oleh golongan terpelajar dalam negara itu serta oleh kelas atasan. Bukan sahaja di Phnuem tapi seluruh Asia Selatan dan Asia Tenggara pun memang begitu. Batu besulat tidak memberi sebarang maklumat tentang etnik dan bahasa tempatan rakyat Phnuem.
Mula Kerajaan dalam Rekod China
Dalam rekod dinasti Liang, disebut bahawa Phnuem dibangunkan oleh orang asing yang bukan dari kawasan itu. Dia disebut sebagai 混塡 huntien. Dalam rekod disebut lelaki ini datang dari negara di selatan lokasi Phnuem. Negara itu disebut sebagai 徼 jiao sahaja dalam rekod China ini. Kemungkinan negara itu terletak di kawasan Segenting Kra, Semenanjung Tanah Melayu, atau kepulauan Indonesia. Lelaki itu bermimpi bahawa ada makhluk halus memberinya anak panah dewata dan menyuruhnya berlayar dengan kapal besar. Pagi besoknya dia terus ke chedi (kuil) dan menemui anak panah tersebut di kaki pokok tempat makhluk halus itu tinggal.
Kemudian dia memerintahkan dikeluarkan kapal berdagang. Makhluk halus itu yang arahkan jalannya ke Phnuem. Di lokasi Phnuem sana, pemerintah di situ adalah seorang wanita. Dalam rekod China namanya adalah 柳葉 Liu Yeh. Mereka bertembung dengan kapal orang asing itu dan mereka hantar orang2 ke sana untuk tahannya. Huntian memanah anak panah yang diberi di chediya itu lalu terkena kapal Liu Yeh. Liu Yeh pun rasa gerun sebab kapalnya bocor. Jadi dia serahkan diri kepada Huntian dan Huntien pun berkahwin dengannya. Huntien tak suka lihat Liu Yeh tak pakai baju, lalu dia berikan pakaian kepada Liu Yeh yang boleh selubungi badannya dan kepalanya (asal-usul sompoth). Huntien memerintah negara Phnuem dan kemudian menyerahkan kerajaan kepada puteranya yang menemui tujuh ibu kota. Kisah yang hampir sama ada dalam rekod dinasti Jin iaitu 晉書 Jin Shu. Ia dikumpulkan oleh 房玄齡 Fang Xuanling dalam tahun 578-648. Nama 混湏 Huntien dalam rekod ini ialah Hunhuei dan isterinya 葉柳 Yeliu.
Sejarawan cuba mentranskripsikan Huntien sebagai bahasa Sanskirit iaitu Kaundinya. Dalam bahasa Bali-Sanskirit Kaundinya disebut sebagai Kondanna. Ia adalah nama keluarga orang dari suku kaum Brahman. Selain itu ada transkripsi nama putera raja negara asing itu sebagai 僑陳如 Qiaochenru. Orang ini dikatakan sebagai pengganti kepada raja 天竺旃檀 Tianzhu Zhantan. Zhantan dikatakan adalah bunyi bahasa Cina untuk kayu Cendana. Dalam tahun 357 M, raja Phnuem telah menghantar ufti kepada maharaja empayar China, 司馬聃 Sima Dan (344-361). Dalam rekod disebut Qiaochenru adalah Brahman dari benua India. Diberitahukan oleh satu suara kepadanya untuk pergi beraja di Phnuem dan suka hatinya. Di selatan, dia tiba di pelabuhan disebut sebagai 盤盤 Pan Pan (Patani). Orang di Phnuem sana muncul dan kerajaan pun wujud. Rakyat memilihnya menjadi raja mereka dan pemerintahan semuanya berarah kepada Brahmana.
Rekod dalam Lagenda Khemir
Orang Khemir ada satu rekod lisan mengenai Preah Thong seorang putera negara asing datang ke Mekong dengan rombongan perdagangan. Lalu di situ kapalnya ditahan oleh kapal Neang Neak. Dalam lagenda ini Preah Thong sampai ke sebuah pulau di delta tersebut yang ditandai dengan pokok Th'lok dari kawasan lautan. Di pulau itu, dia bertemu dengan bangsa naga dan pemimpin mereka iaitu Nang Neak (Puteri Naga). Preah Thong berkahwin dengan Nang Neak dengan izin raja Naga di dunia bawah lalu mereka kembali ke dunia manusia. Raja Naga minum air laut di kawasan itu dan terbentuk pulau diberi gelaran sebagai Kampucheathpdei/Kambujadhipatti. Dalam versi lain ada diceritakan Preah Thong berperang dengan bala tentera Nang Neak dahulu barulah berkahwin selepas pihak Nang Neak kalah.
Rekod Batu Besulat Mai Song
Rekod berbahasa Senskirit ini diarahkan pemasangannya oleh raja Cheam, raja Prakasadharmma di Mai Song. Ia bertarikh hari Ahad, 18 hb Feb 658 M. Ia adalah tarikh selepas Phnuem dibangunkan sebagai sebuah kerajaan dan negara. Dalam batu bersulat disebut bahawa di kota Bhavapur, Kaundinya yang merupakan Brahman dari segala Brahman memacakkan lembing yang didapatinya dari Drona putera kepada Ashwatthamman, yang terbaik dari segala Brahman. Di situ, puteri kepada segala ular, namanya Soma mewujudkan kekeluargaan di dunia. Melalui kasih sayang, dalam bentuk yang berbeza, baginda tinggal di kediaman manusia. Baginda diambil menjadi isteri oleh Brahman Kaundinya bagi tujuan memenuhi tujuan tertentu..."
sambung.. |
|
|
|
|
|
|
|
Kerajaan Phnuem
Rekod Batu Besurat Chap Muay
Batu besurat ini ditemui di Chap Muay di wilayah Dong Chap di Vietnam. Ia disimpan di muzium sejarah Ho Chi Minh. Ia dikaitakn dengan kerajaan Phnuem. Rekod ini dalam bahasa Senskirit bertarikh pertengahan kurun ke-5 mewartakan mengenai derma dana bagi sembahan kepada dewa Visnu oleh putera Gunawarmman dari gotra Kaundinnya. Dalam bahasa Khemir batu besurat ini dipanggil Prasath Pram Loen. Ia merujuk kepada perbuatan berpahala putera Gunawarmman, narpasunubalopi (putera bongsu) raja Jayawarmman yang merupakan kaundinyawanshashashina (bulan gotra kaundinya) serta ketua kepada alam yang merengkuh dari lumpur...
Peristiwa Berkaitan Kaundinya
Nama Kaundinya memang sudah diketahui umum dalam rekod2 India Selatan sejak abad pertama lagi. Kelihatannya Phnuem sudah diterajui sehingga abad ke-6 M oleh gotra (nama suku) kaundinya. Menurut 南齊書 Lan Qi Shu (Babad Dinasti Qi Selatan) dari 簫子顯 Xiao Zixian (485-537), raja Phnuem, 僑陳如闍耶跋摩 Qiaochenru Sheyebamo (Kaundinya Jayawarmman) dalam tahun 484 pernah menghantar seorang utusan iaitu seorang bhikkhu dipanggil 那伽仙 Najiaxian (Nagasena) kepada maharaja China dengan hadiah memohon bantuan menakluki 臨沂 Linyi (Cheampa Utara). Maharaja China menerima hadiah tersebut dan berterima kasih tetapi tidak menghantar sebarang bala tentera ke Cheampa Utara.
Kegemilangan
Ia mencapai kegemilangan pada abad ke-3 dalam zaman raja Fan Shiman. Raja ini meluaskan kekuasaan tentera lautnya dan memperbaiki sistem pentadbiran negara dengan sistem hampir feudal yang bergabung dengan adat resam tempatan. Raja ini serta penggantinya juga menghantar duta ke benua China dan benua India untuk urusan perdagangan di lautan. Kerajaan ini juga mempercepat lagi proses Sanskirtisasi Asia Tenggara. Kerajaan yang menggantikan Phnuem kemudiannya seperti Chenla juga menggunakan sistem istana Phnuem. Phnuem juga mempunyai sistem perdagangan dan monopoli perdagangan yang kemudian ditiru oleh semua kerajaan empayar di rantau Asia Tenggara.
Kejatuhan
Phnuem dijatuhkan oleh kerajaan orang Khemir iaitu kerajaan Chenla dalam abad ke-6 M. Batu besulat dalam bahasa Khemir selepas kejatuhan Phnuem mencatatkan bahawa sudah ada penduduk Khemir di wilayah selatan Kemboja sejak awal lagi. Tapi batu besulat dan penggunaan bahasa Khemir dalam rekod baru sahaja selepas kejatuhan Phnuem. Dalam kekaburan mengenai etnik rakyat Phnuem, ahli sejarah moden seperti Michael Vickery hanya berkata bahawa berdasar bukti yang ada tak mustahil bahawa Phnuem merupakan kawasan yang dihuni oleh majoriti orang Khemir (tak bermaksud tak ada etnik minoriti lain kerana Brahman adalah orang Hindu/India tak kira ibu mereka bangsa apa pun). Phnuem diserap masuk ke kerajaan Chenla oleh raja Isanawarmman dari kerajaan Chenla. Sebelum itu Chenla adalah negara yang menyembah (ditakluki/negeri) kepada Phnuem.
Nama Raja
Banyak dalam bahasa Cina tak dapat ditransliterasi ke bahasa Sanskirit kecuali beberapa nama sahaja seperti Sri Indrawarmman, Rudrawarmman, dan Jayawarmman bermula dari tahun 450. |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
| |
|