View: 146|Reply: 0
|
Muzli ‘pelik’ peluru tak ikut sama
[Copy link]
|
|
MSN terpaksa beli di Palembang SEBAIK menjejak kaki di Palembang, skuad menembak negara dilanda masalah apabila mengalami situasi pelik berikutan peluru yang bakal digunakan di Palembang tidak dapat \'terbang\' bersama untuk temasya yang bermula Sabtu ini.Pengurus pasukan, Muzli Mustakim berkata, skuad menembak yang sering ke luar negara tidak pernah berdepan masalah membawa peluru apabila segala dokumen berkaitan termasuk surat import dan eksport daripada polis sudah disediakan.\n\n\n\n Muzli berkata, pihaknya dimaklumkan Isnin lalu peluru tidak dapat dibawa bersama menggunakan pesawat penumpang, menyebabkan peluru itu perlu dihantar berasingan menggunakan kargo.\n\n\n\n\n “Kami datang ke sini menggunakan penerbangan rasmi, Garuda Indonesia kerana menjangkakan segala urusan akan lebih mudah tetapi kini peluru yang sepatutnya dihantar menggunakan kargo tidak sampai berikutan kerenah pihak penerbangan yang mahukan surat daripada kilang pembuat peluru,” katanya sejurus tiba, semalam.Bagi mengatasi masalah itu, Muzli berkata Majlis Sukan Negara (MSN) akan cuba mendapatkan surat daripada kilang ataupun menggunakan jalan terakhir iaitu membeli peluru daripada Persatuan Menembak Indonesia.“Peluru yang kita gunakan adalah yang terbaik dan dipilih khas bagi kegunaan untuk kejohanan tetapi kita tidak tahu kualiti peluru yang akan dibeli di sini,” katanya.Muzli berkata dia tidak tahu sama ada skuad negara lain menghadapi masalah yang sama tetapi mendapat tahu skuad Singapura yang tiba menggunakan Singapore Airlines selamat tiba dan menjalani latihan di Kompleks Sukan Jakabaring.
[Source] [Go Back to Citizen Journalist] [Pump!]
|
|
|
|
|
|
|
| |
|