CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 5312|Reply: 13

unit trust vs emas

[Copy link]
Post time 10-11-2011 09:36 PM | Show all posts |Read mode
pelaburan mana yg lebih bagus...mmg dua2 bgus...tp yg lbih mudah dan kuang risikonya....serta x menyalahi hukum islam...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-12-2011 07:58 PM | Show all posts
dua2 sama bagus. risiko x dapat dijangka. dan dari segi islam. halal. - ( unit trust pilih yang islamic ).

so buat dua2 lah
Reply

Use magic Report

Post time 16-1-2012 03:44 PM | Show all posts
emas lbh bgs
Reply

Use magic Report

Post time 21-1-2012 06:53 PM | Show all posts
Reply 1# ceper

Yup dua2 bagus..untung pun mcm lebih kurang jugak..in term of islamic rasanye lagi senang UT sbb emas ni kena make sure akad smer dipatuhi utk menjadikannya sah. Antara syarat yg penting tentang emas mesti ada bentuk fizikal yg jadi pertukaran...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-1-2012 08:12 AM | Show all posts
btol 2.psl syrt2 pmblian emas yg x brp nk clear..sapa2 tlg explain..
Reply

Use magic Report

Post time 23-1-2012 07:30 PM | Show all posts
* Daripada website Ustaz Zaharuddin

Tidak dinafikan, tatkala nilai matawang USD dan lain-lain semakin tidak menentu ketika ini, membeli emas dengan tujuan pelaburan adalah tindakan positif menurut banyak pendapat. Ini mungkin disebabkan emas yang mempunyai nilai lebih stabil berbanding matawang kertas ( paper or fiat money), ditambah pula dengan permintaan emas yang sentiasa ada.

Bagi mengulas isu yang ditanyakan, setelah merujuk dan melakukan pembacaan maklumat dari web bank yang terbabit, saya berpendapat seperti berikut :-

Apabila seseorang pelanggan ingin membuka akaun pelaburan emas, ia beerti ia bersetuju untuk membeli emas, simpan dan mungkin menjualnya apabila harga emas meningkat.

Oleh kerana itu, hukum bagi sebarang jenis akaun pelaburan jenis emas ini bergantung kepada beberapa keadaan, bagi memberikan sedikit kefahaman kepada pembaca berkenaan keadaan-keadaan berbeza ini, ia adalah seperti berikut :-

• HARAM DAN BATAL : Jika emas itu belum berada dalam pemilikan bank dan hanya akan dibeli daripada pihak ketiga dalam majlis transaksi yang berasingan. Urusniaga pembukaan akaun itu telah menjadi HARAM dan tidak SAH, kerana pihak bank telah menjual emas yang tiada di dalam miliknya dan juga kerana riba telah berlaku apabila tiadanya elemen ‘Taqabud fil Majlis' (serah terima dalam satu masa), sebarang penangguhan membawa kepada Riba an-Nasiah.

Kesimpulan ; pastikan emas yang ingin dijual mestilah berada dalam pemilikan pihak bank tersebut.

• HARAM DAN BATAL : Iaitu jika emas BELUM atau TIDAK diterima sertamerta ketika membuka akaun pelaburan emas itu.

Sebagai contohnya, pelanggan hanya yang membayar sejumlah wang untuk membeli emas 100 gram dan memulkana akaunnya, namun pihak bank tidak memberikan sebarang bukti pembelian telah termeterai dengan rasminya atau ‘concluded'. SERTA tiada sebarang jenis bukti bertulis yang menunjukkan pelanggan kini menerima ‘hak tasarruf' (hak kebebasan terhadap sejumlah emas yang telah dibelinya sama ada untuk menjualnya padabila-bila masa yang dikehendakinya).

• HALAL DAN SAH :

Setelah anda membaca dua bentuk yang jatuh haram, sudah tentu anda mampu memeastikan bagaimana bentuk akaun pelaburan emas yang halal dan sah. Iaitu :-

a.    Bank memiliki emas yang dijual semasa menjual.

b.    Bank memberikan bukti dan hak tasarruf kepada pelanggan sama ada dalam bentuk fizikal emas atau bentuk sijil hak ke atas sejumlah emas (yang telah dibeli), yang mana sijil itu melayakkan pelanggan itu menuntut emasnya secara fizikal pada bila-bila masa yang dikehendakinya. Ini bermakna sijil itu ibarat sebuah kad debit dan cek yang mewakili duit fizikal yang wujud. Penyerahan menggunakan sijil ha milik emas sebagai tanda pembeli dan pembukaan akaun sudah sempurna adalah SAH DAN HARUS di sisi Islam. Ia dianggap sebagai penyerahan tidak fizikal (al-Qabdhu Al-Ma'nawi) Demikian fatwa oleh Majlis Fiqh Antarabangsa dalam keputusan mereka nombor 84, 9/1 (Qararat Wa Tawsiat, hlm 191)  

DALAM KES AKAUN PELABURAN EMAS DI BANK ?

Setelah melihat serba ringkas info akaun pelaburan emas di kedua-dua bank terbabit melalui web mereka. Saya kira Maybank menawarkan akaun pelaburan emas yang HALAL dengan TIGA lagi syarat tambahan lagi, iaitu :

1-      JANGAN DIGUNAKAN UNTUK AKTIVTI RIBA : mestilah emas sebenar (fizikal) yang berada simpanannya bagi pihak pelanggan tadi TIDAK digunakan untuk kegunaan aktiviti ribawi mereka. Justeru, satu jaminan atau pengesahan dari pihak bank mestilah diperolehi sama ada secara lisan atau bertulis atau disahkan oleh Majlis Syariah bank berkenaan.

Apabila kita menyimpan emas fizikal yang telah kita beli di bank tersebut, aqad simpanan itu juga sepatutnya mesti dikenal pasti dengan jelas. Apakah jenis aqadnya? Adakah ia Wadiah? atau Qard dan sebagainya.

2-      JUMLAH EMAS MENCUKUPI KETIKA TRANSAKSI : Mestilah dipastikan wujud jumlah emas mencukupi ketika proses jual beli dibuat pada satu-satu masa.

Maksud saya, sebagai contoh : Bank mempunyai 100 kilo emas sahaja, dalam masa yang sama (satu waktu), 100 kilo emas itu digunakan untuk dua atau lebih pelanggan yang berlainan.

Pelanggan Ahmad membeli 100 kilo emas pada jam 2.30 petang, demikian juga sdr Ah Chong tepat jam 2.30 petang juga membeli dan membuka akaun yang sama di kaunter berlainan, padahal bank hanya mempunyai 100 kilo emas sahaja. Tatkala itu, transaksi orang kedua tidak sah. Hanya yang pertama sahaja yang sah.

3-      CARA PEMBAYARAN YANG HALAL : Pembayaran yang dibuat oleh pihak pelanggan pula WAJIBLAH menggunakan sama ada tunai, debit akaun sertamerta, kad debit dan kad kredit Islam bank tempatan, cek tempatan.

Sebarang pembayaran menggunakan cek antarabangsa dan kad kredit Islam yang mengambil masa lebih 3 hari untuk settlement adalah TERLARANG menurut fatwa Majlis Fiqh Antarabangsa.

Mengapa 3 hari?  ia adalah tempoh maksimum menurut ‘uruf bagi memastikan syarat ‘Taqabud fil hal' tercapai, ia adalah fatwa yang dipetik dari pandangan Mazhab Maliki dan juga fatwa kebanyakan ulama fiqh sedunia, termasuk Syeikh Dr Abd Sattar Abu Ghuddah.

4-   PEMEGANG AKAUN PELABURAN EMAS MESTILAH MEMBAYAR ZAKAT : Apabila cukup hawl atau tempoh setahun bulan Islam dan apabila nisab simpanannya mencapai atau melebihi nisab wajib keluar zakat emas iaitu 85 gram. Untuk kira-kira buka di sini.

Namun akaun pelaburan Public Bank saya kurang pasti kerana tidak dinyatakan sama ada sijil atau bukti pembelian itu boleh ditukarkan kepada emas fizikal pada bila-bila masa yang dikehendaki. Malah penyoal menyatakan beliau telah menelefon pihak bank dan terbukti sijil atau bukti pembelian itu tersebut TIDAK BOLEH ditukar kepada emas fizikal. Tatkala itu, bagi saya transaksi ini bermasalah dari sudut hukum Islam.

Jika sijil tersebut tidak boleh ditukar kepada emas fizikal, tatkala itu ia memberikan kesan kepada proses ‘Taqabud al-hukmi' yang disyaratkan dalam jual beli item ribawi dan merosakkan aqad ini, dalam kes ini antara emas dan wang Ringgit Malaysia.

KESIMPULAN

Bagi sesiapa yang ingin membuka akaun ini, saya nasihatkan menyemak terlebih dahulu perkara yang telah saya sebutkan di atas. Ditambah pula, akaun pelaburan emas dan kijang emas ini tidak diletakkan di bawah skim pelaburan Islam maybank dan public bank. Ia sekali lagi menimbulkan tandatanya. Saya tidak ada kemudahan untuk menyemak hal itu ketika ini kerana kesukaran komunikasi dengan pihak bank terbabit, terutamanya berada di perantauan.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 24-1-2012 12:14 AM | Show all posts
So nak selamat dan tenang hati belilah gold coin/bar/rantai. Banyak tempat boleh beli skg ni. Bank ada jual, kompeni pun ada jual. Cuma beza harga spread jer besar or kecik. Papepun emas ni sesuai dibuat sbg simpanan alternatif berbanding pelaburan. Dengan kenaikan harga emas dlm jangka masa panjang, emas sedikit sebanyak boleh melindungi nilai simpanan disamping memberikan pulangan lebih sekaligus boleh dianggap sebagai pelaburan yg baik.

Sementara belum berjumpa dgn pelaburan yg lebih bagus, tukar simpanan kepada emas buat sementara waktu adalah pilihan yg terbaik buat masa ini.

Pendapat 2 kupang....
Reply

Use magic Report

Post time 25-1-2012 04:16 AM | Show all posts
beli emas di public gold tu halal tak?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-1-2012 08:22 AM | Show all posts
Reply 8# manganini


Kalo u dpt bentuk fizikal mcm jongkong tu ke rasanya halal jer..kalo sijil or buku mcm UZAR cakap tu kena boleh tukar kepada emas pada bila2 masa yg kita nak..
Ntahla nampak mcm susah la jugak emas perak nih..kalo amik yg fizikal kena jaga elok2 pulak. kalo ade calar or kemek skit nanti kurang laku plak..kalo suruh bank simpankan kena bayar sewa pulak rasanye...huhu
Reply

Use magic Report

Post time 25-1-2012 04:21 PM | Show all posts
Reply 9# neomorpheus


   kalau beli emas pada harga rendah, pastu jual bila harga tinggi, pastu beli dan jual, beli dan jual, beli dan jual lagi.. tu halal ke? kalau ikut penerangan kat atas tu , macam boleh.. tapi hari tu terdengar kat ikim.fm katanya boleh jadi riba kalau mcm tu.. mohon pencerahan padda sesiapa yg tahu...
Reply

Use magic Report

Post time 25-1-2012 04:35 PM | Show all posts
Reply 10# manganini

Tak taulah pulak yg tu..ade kawan saya cakap kena simpan utk satu jangka masa baru kira halal..tapi saya tak pernah terbaca pun lagi..saya pun masih duk study2 before nak invest dlm emas nih..dah la skrg ni ade silver plak yg katanye bleh untung lagi tinggi drp emas..
Reply

Use magic Report

Post time 27-1-2012 01:56 AM | Show all posts
Beli jer gold/silver physical. Senang... Dh untung besok jual la untuk dptkan profit. Beli dgn bank/kompeni yg nama diorg dh establish dlm gold/silver ni, supay annt senang nk liquidkan.

Bab simpan tu kene pay extra attention, jgn kene curi or hilang sudah. Tp kene jaga2 jugak jgn sampai lupa simpan kt mana. Itu lagi haru klu lupa simpan kt mana. Lebih selamat klu simpan kt safe box. Boleh beli safe box sendiri or sewa dgn bank/kedai safe box.

Pendapat 2 kupang...
Reply

Use magic Report

Post time 26-7-2013 09:46 AM | Show all posts
emas kite kne byr upah simpanan.
unit trust?
Reply

Use magic Report

Post time 15-9-2013 01:42 PM | Show all posts
emas bukan pelaburan yg terbaik...... emas hanya penyimpan nilai matawang
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

30-12-2024 02:57 AM GMT+8 , Processed in 0.051757 second(s), 27 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list