|
Atlit negara turun buru 45 emas hari ke-2HARI ini adalah detik terbaik untuk atlit Malaysia tampil mengotakan janji ketika 45 pingat emas menjadi rebutan di dua lokasi - Jakarta dan Palembang dengan acara seperti karate, olahraga, renang dan menembak menjadi sandaran utama kontinjen negara.\rDi Jakarta, atlit negara akan memburu 19 emas dipertandingkan pada hari kedua manakala 26 menjadi tumpuan di Palembang ketika bersaing menentang 10 negara jiran lain termasuk tuan rumah, Indonesia. \r\n\n\n\n\rDi Kolam Renang Jakabaring, ratu renang negara Khoo Cai Lin dilihat berpotensi menyumbang emas menerusi 200m gaya bebas wanita dan 4x100m rampaian wanita bersama Christina Loh, Marellyn Lammert dan Chan Kah Yan.\r\r\n\n\n\n\nPemenang pingat emas Sukan Komanwel, Nur Suryani Taibi dan Nur Ayuni Farhana Abdul Halim turut menjadi tumpuan sebagai penyumbang emas dalam acara menembak 50m air rifle 3 position wanita dengan atlit karate, Jamalliah Jamaluddin disebut prospek besar menyumbang emas pertama kontinjen negara.\rDalam acara olahraga, pemegang rekod kebangsaan lontar peluru lelaki, Adi Alifuddin Hussin dan atlit 3,000m larian berhalangan wanita, Melinder Kaur dilabel bakal menuai pingat menerusi disiplin masing-masing.
[Source] [Go Back to Citizen Journalist] [Pump!]
|
|
|
|
|
|
|
| |
|