View: 2876|Reply: 4
|
Badak sumbu hitam pupus
[Copy link]
|
|
GAMBAR tidak bertarikh menunjukkan pegawai Tabung Hidupan Liar Sedunia (WWF) memeriksa seekor badak sumbu hitam Afrika Selatan.
PARIS - Beberapa spesies badak sumbu kini pupus akibat aktiviti pemburuan, menurut maklumat terbaharu Red List of Threatened Species yang merupakan standard dalam pemuliharaan haiwan dan tumbuhan.
Maklumat berkenaan yang dikumpul oleh Kesatuan Antarabangsa untuk Pemuliharaan Alam Sekitar (IUCN) mengesahkan bahawa spesies badak sumbu hitam atau nama saitifiknya Diceros bicornis longipes yang hidup di barat Afrika kini pupus daripada muka bumi.
Selain itu, IUCN turut mengklasifikasi satu pertiga daripada 61,900 spesies yang direkodkan dalam katalognya sebagai terancam dan amat terancam termasuk beberapa spesies reptilia dan amfibia.
Sejak beberapa tahun lalu, badak sumbu menjadi sasaran utama pemburu-pemburu haram ekoran permintaan tinggi terhadap tanduknya.
Tanduk badak sumbu berharga ratusan ribu dolar di pasaran gelap. Ia dijadikan ulu pisau di Asia Barat dan ubat tradisional di Asia Timur. - AFP |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Badak Sumatra pun mengalami kepupusan jugak...
|
|
|
|
|
|
|
|
kasihan... mana mana badak sumbu hitam yang masih hidup tu.. sure kesepian... sebab spesis mereka semakin pupus.... |
|
|
|
|
|
|
|
kawin jer ler badak sumbu hitam ngan spesis spesis badak yang lain.... |
|
|
|
|
|
|
|
bila dah pupus mereka akan dianggap haiwan purba atau mitos hehehehe |
|
|
|
|
|
|
| |
|