View: 113|Reply: 0
|
Lelaki lepas, wanita sangkut
[Copy link]
|
|
Indonesia tebus kecewa 2009NASIB berbeza dialami skuad badminton lelaki dan wanita negara pada separuh akhir acara berpasukan di Istora Senayan, semalam.\rKetika skuad lelaki mudah menumbangkan Singapura 3-0, namun hajat menyaksikan skuad wanita mengulangi kejutan dua tahun lalu ke atas tuan rumah Indonesia tidak kesampaian apabila tewas 1-3 sekali gus berpuas hati dengan pingat gangsa.\r\n\n\n\n\r Apapun, peluang kini terhidang kepada skuad lelaki yang bakal menentang tuan rumah pada final esok untuk melakar kejutan ke atas lawan dan memenangi emas acara itu yang kali terakhir diraih pada 2005.\r\r\n\n\n\n\n Tuan rumah diketuai Taufik Hidayat jelas tidak semantap mana apabila mereka terpaksa bekerja keras sebelum berjaya menewaskan Thailand 3-2 dalam satu lagi pertembungan separuh akhir.\rNamun, andai skuad negara mahu melakar kejutan, mereka perlu mempertingkatkan prestasi terutama perseorangan kedua, Arif Latif yang terpaksa bekerja keras hampir sejam sebelum mengutip mata kemenangan menundukkan Ashton Chen 21-14, 12-21, 21-15.\r“Ya, persembahan saya tidak berapa bagus, tetapi ini adalah aksi pertama saya di sini. Namun, saya janji meningkatkan prestasi andai diturunkan di final nanti,” kata Arif.
[Source] [Go Back to Citizen Journalist] [Pump!]
|
|
|
|
|
|
|
| |
|