View: 9920|Reply: 16
|
Kitar Semula: Menginovasikan palet drpd kertas terpakai
[Copy link]
|
|
Palet daripada sampahOleh KHAIRUNNISA SULAIMAN
SAMPAH yang dibuang jika tidak diuruskan dengan betul bukan saja menjadi beban malah boleh berubah kepada sarang pelbagai makhluk perosak dan haiwan berbahaya.
Bagaimanapun kini sampah boleh menjadi lubuk duit jika diselenggara betul, malah Bumi menjadi lebih sihat.
Sebuah syarikat tempatan De Frazer Industries Sdn. Bhd. (De Frazer) mengambil inisiatif mengitar semula kertas terpakai yang biasanya dibuang atau dibakar kepada palet hijau mampat (compressed green pallet).
Malah, palet hijau mampat yang boleh menghasilkan kerusi, meja dan rangka katil mampu menampung berat muatan sehingga empat tan pada satu-satu masa.
Ketua Pegawai Eksekutifnya, Celine S. L. Ng berkata, pihaknya menubuhkan De Frazer pada tahun 2008 dengan pelaburan permulaan sebanyak RM2 juta.
"Produk palet hijau itu mendapat sambutan yang amat baik di luar negara terutama Singapura, Iran, Thailand, Filipina, India dan negara Eropah.
"Pelanggan utama kami adalah pengeluar barangan elektrik dan elektronik terkenal," katanya semasa ditemui di Pameran dan Persidangan Produk Eko danTeknologi Hijau Antarabangsa (IGEM) yang diadakan di Kuala Lumpur baru-baru ini.
Buat masa ini, kata Celine, lebih 80 peratus pasarannya adalah untuk dieksport manakala 20 peratus lagi untuk pasaran tempatan yang mana pelanggan terdiri daripada hotel bajet, tadika dan premis-premis persendirian.
Setakat ini, De Frazer mempunyai sebuah kilang di Seri Kembangan, Selangor dengan kapasiti pengeluaran 20,000 keping palet hijau sebulan.
Menurutnya , palet hijau De Frazer diperbuat daripada kertas kitar semula dengan campuran fiber.
Ketika ditanya sama ada pihaknya merancang memperluaskan kapasiti pengeluarannya, Ng menambah, syarikat merancang untuk melabur sebanyak RM10 juta bagi membuka kilang pengeluaran di Meru, Klang, Selangor.
Jelas beliau, pihaknya menyasarkan untuk menghasilkan 50,000 hingga 100,000 keping palet hijau sebulan sehingga akhir tahun ini berikutan pembukaan kilang baru.
"Kami juga merancang untuk memperkenalkan program francais ke luar negara tidak lama lagi berikutan sambutan yang baik," ujarnya.
Ditanya sama ada pihaknya merancang untuk membuka gedung perabot seperti Ikea dan lain-lain di negara ini, Ng menambah, perancangan itu ada, namun, pihaknya perlu mencari banyak bakat pereka bentuk bagi tujuan tersebut.
Apa yang lebih menarik palet hijau mampat boleh dijual sebagai perabut pasang siap kerana bahannya ringan dan mudah dipasang.
Bagi pembaca yang ingin mendapat maklumat lanjut mengenai De Frazer boleh melayari laman web http://www.defrazer.com |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Post Last Edit by dauswq at 15-11-2011 07:15
PRODUK PALET:
|
|
|
|
|
|
|
|
hhmmm mnarik |
|
|
|
|
|
|
|
kalau nak jual balik pon boleh ni. lagi berat. thehehe.... kat tempat aku ni palet dari kayu je banyak. nak jual tak boleh, nak bakar tak boleh, hanya dibiarkan berlambak menunggu reput.
kalau palet dari kertas ni, boleh dijual balik kepada recycle paper dan diproses balik jadi benda lain atau jadi palet balik. ekonomi pun jadi rancak, pendapatan sampingan pun bertambah, kuasa membeli rakyat juga bertambah. inflasi pun bertambah. hik hik hik |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Post Last Edit by winamp05 at 16-11-2011 10:39
edited, double post. thehehe. |
|
|
|
|
|
|
|
Reply 6# winamp05
aku rase klu kaya nnt tak mau beli perabot palet dr kertas...
produk dibuat dr fiber & kertas ni mudah terbakar
ilang dlm sekelip mata |
|
|
|
|
|
|
|
Reply 9# winamp05
negara kita ni pun panas/hujan...
rumah berkonsep palet kertas rasenye tak sesuai...
yup, cthnya rumah dibuat dr kayu lebih sejuk dr rumah batu sbb haba mudah dibebaskan (kurang terperangkap)
tp ats faktor keselamatan, rumah batu lebih afdal... |
|
|
|
|
|
|
|
Reply 10# dauswq
haaa betul tu. dan kos untuk rumah batu jauh lebih murah dari kayu. sebab kayu mahai sekarang ni. tapi aku bercita cita nak buat rumah dari kayu. sejuk. pasal safety kene keluarkan modal lebih sikit la. huhuhu. angan angan aje.
batu tak boleh bebaskan haba ke ? macam mana dengan kaca ? tengok banyak dekat kwasan aku ni buat dinding rumah dengan kaca. ( org kaya )
tutup dengan langsir aje. syle le tu kengkonon. tapi kaca tak mudah terbakarkan kecuali dengan suhu tinggi. dan rasanya haba langsung tak masuk dalam kaca tu. |
|
|
|
|
|
|
|
Reply 11# winamp05
rumah berkaca actually panas gak sbb ia menyinarkan haba ke dalam bangunan...
rumah berbatu panas sbb haba terperangkap
dinding batu ni is just thermos yg selalu korg guna tuk simpan air panas... |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
kalau nak jual balik pon boleh ni. lagi berat. thehehe.... kat tempat aku ni palet dari kayu je bany ...
winamp05 Post at 16-11-2011 10:22
tp ramai aje yg buat tak tau.. ke diorg tak tau blh recycle.. |
|
|
|
|
|
|
|
Reply 13# midory
bahan yg mempunyai permukaan kusam/hitam biasanya lebih cenderung untuk menyerap haba...
sbb tu bila seseorg pki baju berwarna hitam, die berasa tak selesa kerana badan cepat berpeluh...
haba terperangkap dalam baju hitam tersebut lalu menyebabkan kelenjar peluh bertindakbalas ngan perubahan suhu badan lantas merembeskan air peluh (air peluh dpt menyejukkan badan)
untuk memahami kenapa hitam lebih cepat menyerap haba?
take at look at black body radiation... |
|
|
|
|
|
|
|
i ada kenal seorang pondan ting tong pakai pallet kayu kilang buat rumah...ok tapi x kukuh,sebab dia guna palet tu untuk buat lantai tingkat 2... |
|
|
|
|
|
|
|
kalau la i saintis kertas, daun , kayu ...benda benda fiber ni, i belender pastu i letak bacteria yang tukar fiber kepada gula...macam bacteria yg berada pada perut lembu...
boleh bangkrap tau tokey ladang tebu... |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Belia & Informasi
|