CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 58|Reply: 0

Redah rimba

[Copy link]
Post time 17-11-2011 11:05 AM | Show all posts |Read mode
Pelajar dapat pengalaman baru memandu di dalam hutan sambil memupuk semangat kerjasamaKECEMERLANGAN akademik tanpa kemantapan sahsiah tidak akan melahirkan pelajar seimbang.\n\n\n\n  Bagi melahirkan pelajar berkualiti, mereka perlu terbabit dengan pelbagai aktiviti luar bilik kuliah sebagai persiapan berdepan cabaran dunia sebenar sebaik menamatkan pengajian.\n\n\n\n\n  Menyedari pentingnya pembabitan pelajar dalam aktiviti itu, seramai 30 pelajar daripada lima wilayah Kolej Komuniti di Semenanjung Malaysia, menyertai Ekspedisi Royal Belum Challenge 2011, berlangsung baru-baru ini.Aktiviti sedemikian bukan sekadar menerapkan gaya hidup sihat,  bahkan peserta mendapat pendedahan awal mengenai semangat kerja dalam pasukan, semangat waja, berfikiran positif dan meningkatkan jati diri.Ketua Ekspedisi, Hasni Mat Yusof, berkata ekspedisi itu bukan hanya merapatkan hubungan antara peserta, malah memberi peluang pelajar memperoleh pengalaman baru.“Mereka diberikan pendedahan kaedah pemanduan selamat ketika berada di dalam hutan dan memperbaiki kerosakan kecil kenderaan sepanjang ekspedisi.\n\n\n\n“Selain itu, kami juga memberikan panduan ringkas cara mengendalikan radio amatur yang begitu penting sepanjang mengikuti konvoi ini,” katanya.Melalui program ini, Hasni berkata, peserta akan didedahkan dengan cabaran lasak seperti laluan becak dan curam, serta laluan sempit membabitkan jarak perjalanan sejauh 230 kilometer.Ekspedisi bermula di Kolej Komuniti Gerik disertai 27 kenderaan pacuan empat roda (4WD) diketuai pasukan Polis Diraja Malaysia (PDRM) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Gerik, Perak; Jabatan Perhutanan Negeri Perak; Jabatan Kesihatan Negeri Perak dan pasukan Pacuan Empat 4 Roda Raja Rimba Adventure.Majlis pelepasan konvoi dilakukan Timbalan Ketua Setiausaha, Kementerian Pengajian Tinggi, Datuk Omar Abd Rahman manakala penutup pula dilakukan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Temenggor, Datuk Hasbullah Osman.Konvoi itu melalui Kampung Air Panas ke Rancangan Penempatan Semula (RPS) Dala; RPS Kemar; Pos Poi; Pos Piah; RPS Chewong; Air Mangga; Sungai Tekam; RPS Semelor dan berakhir di perkampungan Orang Asli RPS Air Banun.

[Source]                [Go Back to Citizen Journalist]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

8-10-2024 11:23 AM GMT+8 , Processed in 0.197600 second(s), 10 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list