CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 16549|Reply: 9

enterprise vs sdn bhd (income tax claiming wise)

[Copy link]
Post time 19-11-2011 03:26 AM | Show all posts |Read mode
salam,

saya nak minta sikit pendapat orang2 yg tahu mengenai perkara ini. saya nak tubuhkan syarikat, tp tak pasti enterprise atau sdn bhd.

yg saya tahu,yg enterprise x perlu di audit, upah secretary sbgnya. sdn bhd kena audit & wajib hantar kpd lhdn setiap tahun. income tax utk enterprise adlh lebih tinggi drpd sdn bhd, tp sdn bhd byk yg perkara2 kecik perlu di tax.

saya nak buka sbb saya bekerja sbg consultant. jd ade fix income tiap bulan lets say dlm 40k. modal tiada. sbb saye bukan nak buat bisnes berniaga jual beli, bisnes saye hnyalah kepakaran saya sbg consultant.

yang saya nak tahu, kalau bukak enterprise/sdn bhd, ape yg kita boleh claim supaya x perlu byr income tax? installment kereta? rumah? bil api bil air? education anak2?

siapa2 yg ade info / ilmu mengenai perkara ini harap dpt membantu. lebih detail lebih bagus.

terima kasih in advance

salam
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-11-2011 06:27 PM | Show all posts
you pegang 2 benda ni jer:-

1. dari segi tax
a) sdn bhd - company akan di tax berdasarkan pendapatan company base on company akaun yg telah diaudit  + director (owner) juga akan dikenakan tax berdasarkan pendapatn director atau upah yg company bayar kepada director.

b) enterprise - owner akan dibayar tax berdasarkan company akaun - so berapa byk pun company untung - dikira itulah untung owner tersebut

2. dari segi pengecualian cukai.

dari segi logik - setiap keuntungan bersih akan kena 20% tax, dan apa2 perbelanjaan yg (pd pandangan LHDN) yg kita belanja yg (kalau ikut pandangan LHDN tidak perlu) maka perbelanjaan tersebut akan di add back dlm untung.

cth - sales - 500k, expenses 495k, untung bersih  5k, - LHDN  akan tgk akaun anda - perbelanjaan (expenses) yg bagi mereka sepatutnya meninggikan untung - tapi dibelanjakan untuk mengurangkan untung - cth - buat renovation ofis 40k - so bagi mereka - sykt tersebut tidak perlu renovate ofis - so dia akan add back 40k itu dlm untung bersih yg 5k - menjadikan untung bersih anda 45k,

selepas suka-suka hati add back - baru dia tax 20% at that 45k,

so careful dlm klasifikasikan perbelanjaan akaun anda.

antara belanja2 yg tidak dibenarkan dan akan di add back semula adalah:-
Insurance (kereta, roadtax, personal, projek insurance) - kecuali insuran kebakaran.
asset depreciation
denda2 (saman keter, legal ect)
hadiah/derma/sumbangan (kecuali yg dpt pelepasana LHDN)
benda2 personal owner (cth loan rumah, kereta, bil2, tusyen anak, spa ect ect ect)

harap dpt membantu.

kalau baru2 nak buka - bukalah enterprise - u can save lots from paying auditor, co sect ect. belum lagi denda2 ssm.
Reply

Use magic Report

Post time 22-11-2011 06:29 PM | Show all posts
mana2 pun samada enterprise atau sdn bhd,

anda masih bole dapat pelepasan cukai diri sendiri 9k, anak2 1k each, bahan2 bacaan, medical - ect - seperti biasa.
Reply

Use magic Report

Post time 23-11-2011 10:33 AM | Show all posts
Reply 1# anaksaudagar

aku tak bape pasti jugak. so sekadar bagitau je lah.

untuk personal tax. yang borang B tu.
-makanan, sewa ofis, kereta, bil telefon ofis, makanan, tol & parking, petrol, staff salary
PTPTN tak boleh asenye..

aritu aku pakai kira je, pastu pegi anta kat company secretary.
so nanti die akan tolak la ape2 yang tak perlu. nanti pandai2 ler orang tu edit ke hape ke.
Reply

Use magic Report

Post time 24-11-2011 01:32 PM | Show all posts
mcm mana lak kalau bukak company enterprise... tp tak de pon company akaun... pakai saving akaun je... huhuhuu.... SSM still nk tgk penyata ke setiap tahun? kalau jenis yg buat bisness sikit2 je... sebulan ade la untung 200-1000 jer... cam no lak tuh
Reply

Use magic Report

Post time 27-11-2011 03:52 PM | Show all posts
bila nak berniaga -

step 1 - daftar nama di SSM - ada pelbagai jenis perniagaan dan yuran berbeza - yg paling murah yelah bula enterprise dan pakai nama sendiri seperti yg tertera di IC

step 2 - pergi bank dan buka akaun bank.

kesilapan biasa dlm tafsiran perniagaan perakaunan.

1. SSM hanya untuk daftar syarikat, secara ringkas adalah utk "mengesahkan" yg perniagaan anda adalah perniagaan yg didaftarkn di Malaysia. takde kena mengena dgn bank, takde sebab nak tgk penyata bank. Jika ada sesiapa yg nak buat homework mengenai sykt anda. mereka akan lakukan di SSM.

2. AKaun Syarikat  dgn bank - Buka akaun di bank hanyalah untuk memudahkan transaksi keluar masuk duit. Penyata Bank adalah ringkasan bertulis tentang transaksi bulanan yg kita buat utk rujukan kita. Mereka yg mengendalikan akaun anda di bank dikenali sebagai BANKER.

TIDAK SAMA dengan PERAKAUNAN SYARIKAT - (juga dikenali sbagai akaun syarikat) - perakaunan syarikat merekodkan setiap transaksi keluar masuk duit - DARI MANA, UNTUK APA, SIAPA YG MENERIMA, TUJUAN PEMBAYARAN - mereka yg mengendalikan akaun anda dikenali sbeagai AKAUNTANT.

sekiranya anda TIDAK BEKERJA DGN MANA2 MAJIKAN, dan mengendalikan perniagaan - AKAK nasihattttttt sangat pergilah mendaftar dgn ssm.

bila dah ada lesen perniagaan, bukaklah akaun dgn bank.

setiap bulan carilah akauntan utk buat perakaunan syarikat.

KENAPA -

jika anda perlu untuk membuat pinjaman rumah, pinjaman kereta, permohonan apa2 bantuan - yg akan diminta adalah BORANG BE -

apa itu borang BE - declaration pendapatan -

macam mana nak dapat Borang ni - kena declare akaun syarikat -

if you doesnt need it now, believe me, you will need it ONE DAY.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 18-3-2012 12:15 AM | Show all posts
bukak akaun syarikat ni atas nama sendiri atau atas nama syarikat yg kita daftar dengan SSM??
Reply

Use magic Report

Post time 20-3-2012 04:30 PM | Show all posts
salam; steno keje ssm. buka atas nama yg kita daftar dgn ssm laa. if nama enterprise so akaun bank pun nama tu gak. if nama ikut ic, akaun bank pun nama tu laaa...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-3-2012 11:29 PM | Show all posts
simpan duit pesisir pantai...lari tax...or simpan kt singapore....dlm msia ltk ciput je...so far income sy > 100k sebulan ok je...
Reply

Use magic Report

Post time 13-4-2012 12:25 AM | Show all posts

enterprise vs sdn bhd (income tax claiming wise)

Reply 9# faisyah

Meniaga aper tu? Tinggi nya income....nak belajar skit.


(posted by mobile)
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

5-1-2025 10:43 AM GMT+8 , Processed in 0.364772 second(s), 19 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list