CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 127|Reply: 0

Fragmen: Bangunkan teknologi pusat sehenti muat turun lagu digital

[Copy link]
Post time 21-11-2011 09:05 AM | Show all posts |Read mode
\"INDUSTRI muzik kita sebenarnya belum mati\". Itulah antara inti pati ucapan bekas Pengarah Urusan EMI (Malaysia), Beh Suat Pheng selepas diberi penghargaan Anugerah Wirama pada Anugerah Industri Muzik Malaysia ke-18 (AIM18) minggu lalu. \rWalaupun sudah bersara, ternyata beliau berfikiran optimis dan positif terhadap industri muzik, sedangkan karyawan muzik kita kebanyakannya sudah hampir pucat lesi, lemah semangat, terkulai layu untuk terus berkarya atas alasan sudah tidak ada ada depan. \r\n\n\n\n\r“Kenapa perlu takut dengan dakwaan dunia muzik akan berakhir? Perkara itu tidak sama sekali berlaku, bukanlah bermakna penggiat industri muzik tidak perlu takut sama sekali. \r\r\n\n\n\n\n“Cuma mereka perlu belajar menyesuaikan diri dengan keadaan industri muzik semasa yang menyaksikan kebangkitan penyanyi atau bakat baru dari laman sosial,” kata Beh lagi.\rMengamati pandangannya itu, memang benar sekali. Hari ini karyawan muzik terlalu bergantung kepada kaedah promosi dan pemasaran konvesional iaitu menerusi radio dan TV. Apabila radio dan TV tidak layan atau kurang memberi perhatian, ada penyanyi, penggubah lagu, penulis lagu menjadi merajuk lalu tidak mahu berkarya lagi.\rBukanlah hendak menafikan pentingnya peranan radio dan TV, tetapi karyawan muzik kena lebih kreatif dalam memasarkan produk masing-masing. \rAda lagu yang sudah disiarkan oleh radio berminggu-minggu, tapi kalau pendengar berasakan tidak sedap didengar, maka lagu dan penyanyi itu pun memang susah nak popular. Jadi, selepas disiarkan di radio dan TV, apa langkah seterusnya oleh penyanyi ini untuk memastikan lagu mereka sentiasa berada di hati peminat dan pendengar? \r\n\n\n\n\rKaryawan muzik atau seluruh penggiat industri muzik seharusnya boleh memandang serius pandangan dan saranan Beh ini. Memang betul apa yang diperkatakannya iaitu penggiat industri muzik harus bijak menyesuaikan diri dengan persekitaran teknologi yang semakin moden. \rAmati dan perhatikan gaya orang mendengar muzik sekarang. Generasi muda hari ini mendengar muzik menerusi MP4, iPad, iPod, Tab dan sebagainya boleh diperoleh secara muat turun daripada sumber induk. \rPendek kata, sekarang bukan lagi zaman mendengar muzik menerusi walkman. Jarang sekali, malahan sudah tidak ada orang yang kita boleh jumpa mendengar muzik sambil berjalan dengan membawa CD Walkman. \rPersatuan Industri Rakaman Muzik Malaysia (RIM) juga harus mencari jalan bagaimana kaedah muat turun lagu ini benar-benar menguntungkan karyawan muzik dengan tidak bergantung sepenuhnya kepada syarikat telekomunikasi. RIM mungkin boleh berperanan sebagai sumber induk atau pusat sehenti muat turun lagu. Kaedah atau pembangunan sistem teknologi ini bolehlah difikirkan. \rRIM boleh menggunakan program muat turun sudah diperkenalkan oleh iTunes, iaitu sistem perkongsian muzik secara digital. iTunes ialah sejenis aplikasi pemain media digital yang diperkenalkan oleh Apple pada tahun 2001 di Macworld Expo di San Francisco, untuk memainkan dan menyusun fail muzik dan video digital. \rProgram ini berfungsi sebagai mengurus kandungan dalam pemain media digital iPod dan iPhone yang baru diperkenalkan. iTunes boleh dihubungkan ke iTunes Store (sambungan Internet diperlukan) untuk membeli dan memuat turun muzik digital, video muzik, rancangan televisyen, permainan iPod, buku audio, serta pelbagai podcast, filem cetera (pembelian dan penyewaan) dan nada dering (ring tones).\rLagu-lagu dalam iTunes Library boleh dikongsi melalui satu rangkaian dengan menggunakan Protokol Capaian Audio Digital (Digital Audio Access Protocol, DAAP) hak milik tertutup yang direka oleh Apple untuk tujuan ini.\rDAAP membolehkan pengesanan senarai lagu yang dikongsi dalam lingkungan subnet yang sama secara automatik. Apabila sesebuah lagu dikongsi, iTunes boleh menstrimkan lagu itu, tetapi tidak menyimpannya dalam pemacu keras (hard disc) untuk mengelakkan penyalinan secara haram. Lagu-lagu dalam format Protected AAC boleh juga dicapai tetapi pengesahan diperlukan. Sehingga lima orang pengguna boleh berhubung kepada seorang pengguna tunggal setiap 24 jam.\rDi Malaysia, program muat turun muzik menerusi iTunes belum dapat dilakukan ada kerana masalah pengurusan hak cipta. Syarikat rakaman, terutama yang memegang hak cipta karya lagu, seolah-olah mahu mempertahankan kaedah penjualan album fizikal seperti CD dan DVD. Tapi sampai bila syarikat rakaman hendak mempertahankannya? \rJusteru, syarikat rakaman perlu berani untuk melangkah ke hadapan dengan menggunakan teknologi digital ini sebagai peluang untuk meningkatkan pemasaran muzik berbanding dengan kaedah yang sedia ada sekarang. \riTunes bekerjasama Pengurusan Perhubungan Pelanggan atau CRM. CRM adalah pihak yang menjadi perunding dalam penyediaan portal e-dagang yang mana sesebuah lagu boleh dibeli menerusi talian. Mungkin ia membabitkan isu pegangan harta intelek (IP) dan hak karya cipta membuatkan agak sukar dilaksanakan di Malaysia untuk ketika ini. Dan ia juga mungkin menjadi sebab iTunes tak boleh masuk Malaysia. \rAtau mungkinkah kerana ada halangan daripada syarikat telekomunikasi tempatan yang nak memaksimumkan keuntungan menerusi bisnes muat turun lagu ini? Hari ini syarikat telekomunikasi juga melihat industri muzik menjadi sebahagian daripada perniagaan yang menguntungkan menerusi muat turun untuk nada dering. Mereka sentiasa memerlukan sumber daripada pengkarya muzik. Tapi akhirnya, kita difahamkan agihan kutipan daripada setiap muat turun ini memberikan keuntungan yang lebih besar kepada syarikat telekomunikasi berbanding pengkarya muzik yang bertungkus- lumus memerah idea. Lagi sekali, ada macam ketidakadilan. Justeru, RIM harus melihat perkara ini. - [email protected]

[Source]                [Go Back to Citizen Journalist]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-11-2024 12:38 PM GMT+8 , Processed in 0.054107 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list