View: 4476|Reply: 8
|
Mengenali Ajaran agama kultus
[Copy link]
|
|
Mungkin semua saudara kristian di sini telah terasa selamat setelah mengenali Yesus. Akan tetapi keselamatan yang baru terasa tu haruslah berkekalan seumur hidup dan dapat dihayati oleh insan-insan lain, ia juga akan memanfaatkan orang lain secara keseluruhannya. Kalau saudara terasa keselamatan dan passion terhadap Tuhan yang dijanjikan tu kononnya kian lesut, itulah bila masanya kita perlu meneliti semula, apa yang kamu pegangkan itu adalah benar dari segi Tuhan.
Isu-isu yang paling hangat bagi penganut kristian adalah isu kekultusan. Kita sudah biasa menyindir atur-cara kepercayaan lain seperti pemujaan patung dan tuhan-tuhan lain sebagai amalan kultus (cult). Tidak kurang juga kita menyerang saudara-saudara dari aliran berlainan sebagai aliran kultus, penyeleweng.... Itu telah menyebabkan tindakbalas newtonian yang membuka peluang bagi kesemua penganut agama/cabang masing-masing menyerang orang kristian sebagai kultus!
Kekultusan itu bukan saja berlaku antara manusia/kaum/penganut yang berlainan kepercayaan, namum ia juga berlaku sesama sautu kepercayaan juga. Soalnya, macamana kita dapat menbedakan antara persalahfahaman dengan kekultusan. |
|
|
|
|
|
|
|
Ciri-ciri yang paling nyata bagi sesuatu ajaran kultus adalah mengutamakan corak-corak sembahyan atau amalan-amalan yang menyesatkan umatnya tanpa memahami tujuan yang sebenarnya. Soal seperti, haruskah kita berdoa macam ini, apakah ayat permulaan doa selamat tu, adakah kita patut buat macam tu atau macam ni, versi manakah kitab tu paling tepat. Soalan-soalan macam tu telah banyak kita tanya, tetapi apakah jawapannya. Masih tiada kepastian.
Bergitu juga terdapat ajaran-ajaran yang extream yang berasaskan keratan ayat-ayat dalam kitab dan menghiraukan maksud kandungannya. Contohnya, apa yang levi mengamalkan dahulu itu ikut sahaja tanpa menyoal. Ini telah merencatkan keupayaan kita berfikir waras.
Adalah wajar bagi seseorang untuk menumpukan usaha mereka untuk mencari apakah tujuannya berada di dunia ini, siapakah yang mengutusan kamu dan apakah petunjuknya melalui initiatif sendiri dengan bimbingan roh kudus, bukannya mencari alasan-alasan dan cara-cara yang akan menghindari diri sendiri dan orang orang lain dari mendekati Tuhan.
"Setiap orang yang mau mengikut Aku, ia harus menyangkal dirinya, memikul salibnya setiap hari dan mengikut Aku. Karana barangsiapa mau menyelamatkan nyawanya, ia akan kehilangan nyawanya; tetapi barangsiapa kehilangan nyawanya karana Aku, ia akan menyelamatkannya. |
|
|
|
|
|
|
|
Post Last Edit by erusi2 at 8-12-2011 15:18
Reply 2# louiektc
Mungkin semua saudara kristian di sini telah terasa selamat setelah mengenali Yesus.
Bagaimana kamu pasti bahawa kamu selamat? Apa rujukan yang kamu gunakan untuk kamu mengetahui bahawa kamu selamat?
kita perlu meneliti semula, apa yang kamu pegangkan itu adalah benar dari segi Tuhan.
Apa rujukan yang kamu gunakan untuk kamu mengetahui pegangan kamu itu adalah benar?
Adalah wajar bagi seseorang untuk menumpukan usaha mereka untuk mencari apakah tujuannya berada di dunia ini
Apakah tujuan kamu hidup di dunia ini? Bagaimana kamu pasti yang demikian itu adalah tujuan yang sebenar-benarnya untuk hidup di dunia ini? Apa rujukan kamu untuk kamu mengetahui tujuan kamu hidup di dunia ini?
Jika semua rujukan tersebut adalah bible kristian kamu itu, makanya itu bukan lah kepastian bagi semua jawapan di atas. Ini kerana kemungkinan semua yang diketahui daripada bible itu adalah suatu penyelewengan kerana bible itu sendiri sudah mempunyai unsur-unsur penyelewengan bila mana kelompok krisntian sendiri tidak mampu menafikan kesalahan yang wujud di dalam ayat-ayat nya.
Namun saya emberi pelunag untuk kamu membuktikan apa yang kamu ketahui daripada bible itu adalah benar dengan membuktikan bahawa bible kamuitu masih 100$ bersih daripada sebarang kesalahan? Mampukah? Jika mampu, dipersilakan menafikan dakwaan saya untuk kesalahan-kesalahan ayat dalam bible itu. |
|
|
|
|
|
|
|
Post Last Edit by louiektc at 10-12-2011 21:39
Reply louiektc
bagaimana kamu pasti bahawa kamu selamat? Apa rujukan yang kamu gunakan un ...
erusi2 Post at 8-12-2011 15:07
manusia yang dahaga memerlukan air minuman. Ini adalah pertanda yang baik.
Bagi keselesaan saudara erusi. aku cut and paste petikan ini daripada yohanes 20:11-30. Supaya mampu bertanding dengan saudara dalam penghitungan bilangan huruf.
Setelah Yesus dikuburkan....teng teng teng tennnng...morzard #5.
Tetapi Maria berdiri dekat kubur itu dan menangis. Sambil menangis ia menjenguk ke dalam kubur itu, 12 dan tampaklah olehnya dua orang malaikat berpakaian putih, yang seorang duduk di sebelah kepala dan yang lain di sebelah kaki di tempat mayat Yesus terbaring. 13 Kata malaikat-malaikat itu kepadanya: "Ibu, mengapa engkau menangis?" Jawab Maria kepada mereka: "Tuhanku telah diambil orang dan aku tidak tahu di mana Ia diletakkan." 14 Sesudah berkata demikian ia menoleh ke belakang dan melihat Yesus berdiri di situ, tetapi ia tidak tahu, bahwa itu adalah Yesus. 15 Kata Yesus kepadanya: "Ibu, mengapa engkau menangis? Siapakah yang engkau cari?" Maria menyangka orang itu adalah penunggu taman, lalu berkata kepada-Nya: "Tuan, jikalau tuan yang mengambil Dia, katakanlah kepadaku, di mana tuan meletakkan Dia, supaya aku dapat mengambil-Nya." 16 Kata Yesus kepadanya: "Maria!" Maria berpaling dan berkata kepada-Nya dalam bahasa Ibrani: "Rabuni!", artinya Guru. 17 Kata Yesus kepadanya: "Janganlah engkau memegang Aku, sebab Aku belum pergi kepada Bapa, tetapi pergilah kepada saudara-saudara-Ku dan katakanlah kepada mereka, bahwa sekarang Aku akan pergi kepada Bapa-Ku dan Bapamu, kepada Allah-Ku dan Allahmu." 18 Maria Magdalena pergi dan berkata kepada murid-murid: "Aku telah melihat Tuhan!" dan juga bahwa Dia yang mengatakan hal-hal itu kepadanya. 19 Ketika hari sudah malam pada hari pertama minggu itu berkumpullah murid-murid Yesus di suatu tempat dengan pintu-pintu yang terkunci karena mereka takut kepada orang-orang Yahudi. Pada waktu itu datanglah Yesus dan berdiri di tengah-tengah mereka dan berkata: "Damai sejahtera bagi kamu!" 20 Dan sesudah berkata demikian, Ia menunjukkan tangan-Nya dan lambung-Nya kepada mereka. Murid-murid itu bersukacita ketika mereka melihat Tuhan. 21 Maka kata Yesus sekali lagi: "Damai sejahtera bagi kamu! Sama seperti Bapa mengutus Aku, demikian juga sekarang Aku mengutus kamu." 22 Dan sesudah berkata demikian, Ia mengembusi mereka dan berkata: "Terimalah Roh Kudus.23 Jikalau kamu mengampuni dosa orang, dosanya diampuni, dan jikalau kamu menyatakan dosa orang tetap ada, dosanya tetap ada." 24 Tetapi Tomas, seorang dari kedua belas murid itu, yang disebut Didimus, tidak ada bersama-sama mereka, ketika Yesus datang ke situ. 25 Maka kata murid-murid yang lain itu kepadanya: "Kami telah melihat Tuhan!" Tetapi Tomas berkata kepada mereka: "Sebelum aku melihat bekas paku pada tangan-Nya dan sebelum aku mencucukkan jariku ke dalam bekas paku itu dan mencucukkan tanganku ke dalam lambung-Nya, sekali-kali aku tidak akan percaya." 26 Delapan hari kemudian murid-murid Yesus berada kembali dalam rumah itu dan Tomas bersama-sama dengan mereka. Sementara pintu-pintu terkunci, Yesus datang dan Ia berdiri di tengah-tengah mereka dan berkata: "Damai sejahtera bagi kamu!" 27 Kemudian Ia berkata kepada Tomas: "Taruhlah jarimu di sini dan lihatlah tangan-Ku, ulurkanlah tanganmu dan cucukkan ke dalam lambung-Ku dan jangan engkau tidak percaya lagi, melainkan percayalah."28 Tomas menjawab Dia: "Ya Tuhanku dan Allahku!" 29 Kata Yesus kepadanya: "Karena engkau telah melihat Aku, maka engkau percaya. Berbahagialah mereka yang tidak melihat, namun percaya."
petikan di atas adalah replay kisah-kisah ending drama selepas Yesus hidup kembali (dihidupkan pun boleh). Apakah yang lebih diutamakan disini ternampaknya, walaupun Yesus sebagai nabi antara nabi-nabi sebelumNya yang sudah mati, namum hanya NABI Yesu (bukan ISA) sahaja boleh hidup kembali. Hanya insan yang langsung tidak berdosa mendapati layanan seperti ini mengikut Yesaya 26:19. Bukankah hanya Tuhan Allah yang maha suci dan maha kuasa berhak atas ampunan dosa seseorang manusia biasa dan menentukan hidup dan mati seseorang.
Sebelum ayat-ayat tersebut, tiada dengarnya suara Tuhan "Aku telah menghidupkan Yesus.." seperti mana waktu Yesus dilahirkan "Inilah Anak-Ku yang Kupilih, dengarkanlah Dia". Selain daripada tu, Yesus tidak teranjak nak pergi tempat bapaNya di syorga, tetapi memberi salam selamat pula kepada saudara-saudariNya terlebih dahulu. Bermula dari Maria, kemudian murid-muridNya dan Tomas yang pakar bercurigai. Adakah Yesus tidak mengingkari hukum-hukum Tuhan "Kasihilah Tuhan, Allahmu, dengan segenap hatimu... ? Ini terpaparnya kasih sayang Tuhan terhadap manusia (berdosa dan tidak berdosa semua bertaraf sama saja) seperti dalam Yohanes 3:16 yang berbunyi "Karena begitu besar kasih Allah akan dunia ini, sehingga Ia telah mengaruniakan Anak-Nya yang tunggal, supaya setiap orang yang percaya kepada-Nya tidak binasa, melainkan beroleh hidup yang kekal. Sebab Allah mengutus Anak-Nya ke dalam dunia bukan untuk menghakimi dunia, melainkan untuk menyelamatkannya oleh Dia.
Salam Damai sejahtera bagi kamu!, siapakah diamanahkan memberi salam damai sejahtera kepada seseorang. Siapakah sanggup memanggil Tuhan Allah sebagai Bapa-Ku dan Bapamu , Allah-Ku dan Allahmu melainkan seseorang itu seizin Tuhan sendiri. Dan hanya mereka yang bersuamuka dan dikenali oleh seseorang yang dapat dipercayai akan dipasti-pasti-pastikan tahap kepercayaan sebegini.
Seperti kata-kata Tomas yang 'mengTuhankan' Yesus, Ya Tuhanku dan Allahku!" Tetapi Yesus tidak mengakui sendiri sebagai Tuhan, malah Yesus juga tidak menafikan dakwaan Tomas: Cuma ayat inilah bagi erusi untuk menhayati reply Yesus "Karena engkau telah melihat Aku, maka engkau percaya. Berbahagialah mereka yang tidak melihat, namun percaya." Aku belum melihat Yesus, namum kepercayaan ku yang tidak berbuta-tuli telah membawa kebahagian dan ketenteraman..
Sama seperti Bapa mengutus Aku, demikian juga sekarang Aku mengutus kamu. Jalinan ayat itu tidak dikembangkan kepada mereka yang terdengar seperti "demikian juga sekarang kamu mengutus kepada sekalian manusia dan makluk-makluk sejagat....Ini sebabnya Yesus bukan sebagai setakat manusia biasa..sekurang-kurangnya dilahirkan dengan kuasa roh Allah, bukan secara persekutuan ibu-bapa berbiologikal. Tetapi yang datang bertujuan 3:16.
Sesudah memberi salam Damai sejahtera, Kemudian Yesus pula memberi hadiah.. Terimalah Roh Kudus! Tanpa kehadiran Roh Kudus dalam kita, manusia memang mudah terpesong, berdosa dan terasa tidak bersyukur. Walau beribu-ribu kali bertaubat, masih lagi diancami dorongan berdosa dalam perkara lain seperti yang dirasai oleh Budha dahulu. Kesemua manusia memang sedang/akan berdosa, dan tiada caranya yang dapat memastikan seseorang akan terselamat daripada hukuman berdosa pada waktu ahirat, dan unsur berdosa itulah mengkaburkan mata seseorang sehingga tidak ternampak kebenaran... walaupun sudahlah banyak kali 'betul-betul' bertaubat dan beriman kepada Allah juga tiada gerenti akan diampunkan. Hanya melalui bimbingan Roh Kudus saja akan memelihara seseorang itu mencapai kabadian (TQ erusi) seperti yang dijanjikan sebelum ini.
Apakah kepastian aku...aku tidak berdaya melihat perkara-perkara susah, aku tidak dapat membaca ayat-ayat rumit. lagi aku miskin. Tetapi aku telah memiliki Tuhan Yesus, Roh Kudus dalam sanubariku dan beranilah juga aku memanggil Tuhanku sebagai BapaTuhan di shyuga, yang bukan saja tidak marah pada aku tapi sering menjawap doaku pula. Apa lagi aku minta lebih dari ini. Itu saja tujuan diberikan aku berada di dunia ni.
Walaupun ada 3 inti dalam aku, tapi saudara erusi fahamkah 1+1+1=1? |
|
|
|
|
|
|
|
Reply 4# louiektc
Jadi rujukan yang kamu gunakan untuk kamu memperolehi pengetahuan kamu itu adalah bible. Then seperti yang saya perkatakan, iaitu jika semua rujukan tersebut adalah bible kristian kamu itu, makanya itu bukan lah kepastian bagi semua jawapan di atas. Ini kerana kemungkinan semua yang diketahui daripada bible itu adalah suatu penyelewengan kerana bible itu sendiri sudah mempunyai unsur-unsur penyelewengan bila mana kelompok krisntian sendiri tidak mampu menafikan kesalahan yang wujud di dalam ayat-ayat nya.
Namun saya memberi peluang untuk kamu membuktikan apa yang kamu ketahui daripada bible itu adalah benar dengan membuktikan bahawa bible kamu itu masih 100% bersih daripada sebarang kesalahan? Mampukah? Jika mampu, dipersilakan menafikan dakwaan saya untuk kesalahan-kesalahan ayat dalam bible itu.
Baca semula permasalahan-permasalahan ayat bible dalam thread "Kesalahan dalam bible". Sila nafikan dakwaan saya berkenaan bible di dalam thread tersebut jika kamu ingin membuktikan bahawa bible kamu itu masih 100% bersih daripada sebarang kesalahan dan pengubahan. |
|
|
|
|
|
|
|
Reply louiektc
Jadi rujukan yang kamu gunakan untuk kamu memperolehi pengetahuan kamu itu adala ...
erusi2 Post at 10-12-2011 23:27
Kalau orang kristian tidak pakai bible sebagai rujukan, apakah rujukan yang lebih sesuai? |
|
|
|
|
|
|
|
Post Last Edit by erusi2 at 11-12-2011 00:05
Reply 6# louiektc
Kalau orang kristian tidak pakai bible sebagai rujukan, apakah rujukan yang lebih sesuai?
Tiada halangan untuk kamu ambil bible sebagai rujukan dalam sesuatu dakwaan kamu. Namun kamu harus bersedia untuk membuktikan bahawa rujukan yang kamu gunakan itu sebagai benar, supaya kamu bersedia untuk membuktikan bahawa dakwaan kamu itu sebagai benar. Contohnya kamu mengatakan bahawa melalui bible kamu mengetahui bahawa kamu memperolehi keselamatan. Then kamu harus bersedia untuk membuktikan dakwaan kamu itu sebagai benar. Justeru untuk membuktikan dakwaan kamu itu sebagai benar, maka kamu harus bersedia untuk membuktikan bahawa rujukan kamu itu sebagai benar. Justeru buktikan dahulu bible kamu itu masih benar sebelum kamu mahu orang lain percaya dengan dakwaan kamu yang mana sumbernya adalah bible kamu itu.
Sebab itu saya persilakan kamu untuk membuktikan bahawa bible kamu itu masih benar. Baca dalam thread "Kesalahan dalam bible" dan buktikan bahawa dakwaan saya bahawa bible itu telah rosak adalah salah dalam thread tersebut. |
|
|
|
|
|
|
|
Reply louiektc
Tiada halangan untuk kamu ambil bible sebagai rujukan dalam sesuatu dakwaan ...
erusi2 Post at 11-12-2011 00:02
Sebelum aku membaca bible, aku terasa aku akan selamat.Setelah aku membaca bible, aku terasa tidak lagi selamat.
lagi aku membaca bible, lagi aku terasa tidak selamat.
Maka, aku bertaubat dan berdoa supaya Tuhan memberkati aku keselamatan.
Tuhan tidak memberi 'keselamatan' tetapi Roh Kudus.
Dengan kehadiran Tuhan, Roh Kudus membimbing aku memahami Tuhan melalui bible.
Dengan pemeliharaan Roh Kudus, maka aku faham tujuan aku dan tujuan Tuhan bagi aku.
Aku rasa sudah cukup setakat ini. Tetapi Tuhan kata ini baru start saja...
Walaupun aku telah diselamatkan dan dilahir-baru atas bimbingan Roh Kudus, tapi banyak lain belum lagi mendapat keselamatan itu. Ikutlah jejak Yesus dan membuktikan kepada Tuhan bahawa Yesus itu jalan lurus yang seizin dengan Tuhan.
Yang menukarkan aku, adalah Yesus bukan kitab bible. Itulah aku mendapati keselamatan yang pasti.
Kenapa aku harus membuktikan sesuatu yang telah berlaku pada aku bahawa ia benar-benar boleh berlaku.
Macamana aku menerangkan kepada erusi bahawa air itu sepanas mana atau sejuk sampai mana. Cara yang paling baik adalah minumlah sendiri. |
|
|
|
|
|
|
|
Post Last Edit by erusi2 at 11-12-2011 01:09
Reply 8# louiektc
Dengan kehadiran Tuhan, Roh Kudus membimbing aku memahami Tuhan melalui bible.
Persoalannya adalah bagaimana kamu pasti bahawa yang hadir itu adalah benar-benar Tuhan? Apa rujukan yang kamu gunakan untuk kamu mengenali yang hadir itu adalah Tuhan?
Dengan pemeliharaan Roh Kudus, maka aku faham tujuan aku dan tujuan Tuhan bagi aku.
Persoalannya adalah bagaimana kamu pasti bahawa yang memelihara itu adalah benar-benar roh kudus? Apa rujukan yang kamu gunakan untuk kamu mengenali yang memelihara itu adalah roh kudus?
Tetapi Tuhan kata ini baru start saja
Persoalannya adalah bagaimana kamu pasti bahawa yang kata "ni baru start saja.." itu adalah benar-benar Tuhan? Apa rujukan yang kamu gunakan untuk kamu mengenali yang berkata macam tu adalah benar-benar Tuhan?
Yang menukarkan aku, adalah Yesus
Persoalannya adalah bagaimana kamu pasti bahawa yang menukarkan kamu itu adalah benar-benar Jesus? Apa rujukan yang kamu gunakan untuk kamu mengenali yang menukarkan kamu tu adalah benar-benar Jesus?
Macamana aku menerangkan kepada erusi bahawa air itu sepanas mana atau sejuk sampai mana. Cara yang paling baik adalah minumlah sendiri.
Air tu panas atau sejuk boleh kita selidiki terhadap air tu sendiri. Tak perlu minum. Kalau berwap atau air tu kelihatan mendidih, kita tahu air tu panas. Kalau dalam air tu kita nampak ada ais, then kita tahu air tu sejuk. Tetapi kalau kita tak selidik dan terus minum secara membuta tuli, itulah yang boleh mengundang keburukan kepada kita. Kerana kalau air tu sejuk, then tak perlah tetapi kalau air tu panas, then itu boleh membawa kesakitan kepada kita. justeru jangan bertindak secara membuta tuli. Selidik dulu. Bible kamu pun kata "ujilah segala sesuatu". |
|
|
|
|
|
|
| |
|