CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 125|Reply: 0

Potong bantuan: PSM nak bincang

[Copy link]
Post time 22-11-2011 01:05 PM | Show all posts |Read mode
PERSATUAN Sepak Takraw Malaysia (PSM) akur dengan keputusan Kementerian Belia dan Sukan (KBS) yang membangkitkan cadangan memotong bantuan kewangan kepada persatuan itu mulai tahun depan.\rPresidennya, Datuk Ahmad Ismail berkata pihaknya tidak akan menyalahkan pihak lain berhubung perkara itu selepas membaca laporan media, kelmarin bahawa Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek akan memotong bantuan kewangan kepada PSM dan persatuan lain yang gagal menunjukkan prestasi cemerlang di Sukan SEA kali ini.\r\n\n\n\n\r  “Saya akui persembahan skuad sepak takraw negara di Palembang adalah yang terburuk sehingga gagal meraih sebarang emas,” kata Ahmad yang menambah banyak usaha dan latihan sudah dibuat memajukan pemain. \r\r\n\n\n\n\nMalaysia tewas 0-3 kepada Indonesia untuk membawa pulang gangsa.\r“Apa yang saya lihat, skuad sepak takraw tidak menggunakan senjata mereka ketika bertarung dengan pasukan tuan rumah, sebaliknya hanya bermain dalam zon selesa.” katanya.\rAhmad berkata PSM akan bertemu Shabery Cheek membincangkan isu pemotongan peruntukan itu. – BERNAMA\r

[Source]                [Go Back to Citizen Journalist]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-11-2024 01:21 PM GMT+8 , Processed in 0.107041 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list