|
Kontinjen Malaysia tunjuk belang cipta nama di Jak arta\rKEJAYAAN kontingen Malaysia meraih 59 pingat emas, 50 perak dan 82 gangsa pada Sukan SEA XXVI yang menutup tirai, semalam disifatkan sebagai antara pencapaian terbaik di luar Kuala Lumpur - sekali gus mengatasi sasaran 40-45 emas Majlis Sukan Negara (MSN).\r\n\n\n\n\r“Selepas pencapaian 68 emas di Korat 2007, ini adalah antara pencapaian terbaik kontingen kita di Sukan SEA yang juga mengatasi pencapaian 40 emas di Laos dua tahun lalu,” kata Ketua Pengarah MSN, Datuk Zolkples Embong pada sidang media di Palembang, semalam.\r\r\n\n\n\n\nMalam tadi, upacara penutup penuh berwarna warni temasya berkenaan diadakan di Palembang tapi dengan nota pilu berikutan kematian dua orang ketika terperangkap dalam lautan ribuan penyokong yang hadir menyaksikan perlawanan akhir bola sepak antara Indonesia menentang Malaysia di Jakarta, kelmarin.\rMyanmar akan menjadi tuan rumah berikut pada 2013.\rLagi berita menarik sepanjang Kejohanan Sukan Sea, dapatkan akhbar Berita Harian hari ini.
[Source] [Go Back to Citizen Journalist] [Pump!]
|
|
|
|
|
|
|
| |
|