|
PEMINAT sukan kapal layar kini boleh melihat sendiri piala baru World Match Racing Tour (WMRT) yang dipamerkan dalam Bangunan Marina, Ri-Yaz Heritage Resort&Spa, Kuala Terengganu selepas dibawa ke Kuala Terengganu dengan sebuah jet persendirian dari Kuala Lumpur, pagi semalam. \rSelain piala yang menjadi idaman peserta sukan pelayaran antarabangsa, pengunjung ke Pulau Duyong juga boleh menyaksikan lebih dekat kapal layar yang akan digunakan pelayar tersohor termasuk juara dunia empat kali dan dua kali juara Piala Monsun, Datuk Peter Gilmour daripada pasukan Yanmar Racing. \r\n\n\n\n\r Usaha meningkatkan kesedaran orang ramai terhadap sukan itu sudah dibuat sejak beberapa bulan lalu dan Pengarah T-Best Events Sdn Bhd (T-Best) Datuk Wan Hisham Wan Salleh, berkata pihaknya sudah membuat persiapan awal dengan memasang banting dan iklan dipelbagai lokasi strategik sekitar bandar raya ini, sejak awal bulan lagi.
[Source] [Go Back to Citizen Journalist] [Pump!]
|
|
|
|
|
|
|
| |
|