|
MADRID: Barcelona dikejutkan dengan kekalahan 1-0 di tangan Getafe kelmarin dan kini enam mata di belakang pendahulu, Real Madrid yang bangkit daripada ketinggalan satu gol untuk menundukkan musuh tetangga, Atletico Madrid 4-1 selepas lawannya kehilangan dua pemain.\rIni adalah kekalahan pertama juara Sepanyol dan Eropah itu musim ini dengan tandukan Juan Valera pada babak kedua memberikan Getafe tiga mata berharga ketika memusnahkan impian besar pelawat.\r\n\n\n\n\r Barcelona yang mencipta lebih banyak peluang dikejutkan gol tunggal perlawanan pada minit ke-67 apabila Valera menanduk masuk tendangan sudut - satu-satunya percubaan tepat mereka sepanjang permainan.\r\r\n\n\n\n\n Pada masa kecederaan, Lionel Messi beroleh peluang keemasan untuk menyamakan kedudukan tetapi percubaannya tersasar. Kali terakhir Barcelona tewas ialah pada 30 April, 2-1 di tangan Real Sociedad dan situasi ini pasti menghangatkan lagi pertemuan El Clasico pertama musim ini pada 10 Disember nanti.\r“Ia bukan kekalahan besar dan perjalanan liga masih jauh,” kata pengendalinya Barca, Pep Guardiola. “Kami perlu rehat mencukupi selepas usaha yang ditampilkan malam ini yang saya rasakan cukup baik.\r“Selepas ini kami akan menentang Rayo pada Selasa (esok), kemudian Levante dan seterusnya Real Madrid. Kami bermain baik menentang pasukan yang baik. Mereka ini pasukan yang dibarisi pemain handal dan perlawanan itu nanti pasti sengit.”\rReal bangkit membelasah Atletico selepas penjaga gol, Thibaut Courtais dibuang padang dan Cristiano Ronaldo menyempurnakan sepakan penalti untuk memadamkan kelebihan jaringan Adrian Lopez pada minit ke-14.\r\n\n\n\n\rPada babak kedua, Angel Di Maria menambah jaringan untuk Real, diikuti Gonzalo Higuain dan Ronaldo yang meledak gol keduanya malam itu selepas seorang lagi pemain Atletico - Diego Godin dibuang padang. – AFP\r
[Source] [Go Back to Citizen Journalist] [Pump!]
|
|
|
|
|
|
|
| |
|