CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 217|Reply: 0

Piala Monsun wajar diteruskan

[Copy link]
Post time 29-11-2011 09:05 AM | Show all posts |Read mode
Nilai komersial bukan saja untuk Terengganu tapi negara khususnyaTAHNIAH buat Ian Williams dan Team GAC Pindar yang merangkul gelaran juara Siri Jelajah Dunia Match Racing (WMRT) dan Piala Monsun di Ri-Yaz Heritage Marina Resort & Spa, Pulau Duyong, kelmarin.\rGelaran kali kedua di Piala Monsun selepas 2007 itu pastinya memberi makna mendalam Williams selepas pasukan senegara dari Britain, Ben Ainslie turut merangkul gelaran sama tahun lalu.\r\n\n\n\n\r  Piala Monsun 2011 pastinya memberi jutaan makna buat 12 pasukan bertanding, apatah lagi ketika kontrak penganjurannya bakal berakhir tahun depan dan ramai berpendapat kejohanan berprestij itu wajar diteruskan kerana nilai komersial tersendiri serta faktor keuntungan, bukan saja untuk Terengganu tapi negara khususnya.\r\r\n\n\n\n\n  Mana tidaknya, final Piala Monsun dan kemuncak WMRT kelmarin, ditayangkan secara langsung ke 120 buah negara dan ia mempromosikan Terengganu dan Malaysia sebagai destinasi pelancongan sukan di mata dunia. \r“Saya sokong ia terus diadakan di Terengganu. Kalau kita tidak menganjurkannya, orang lain akan ambil. Bagi saya, tiada pilihan lain iaitu teruskan Piala Monsun di Pulau Duyong,” kata pencetus idea kepada Piala Monsun yang juga Mantan Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi.\r“Ia (liputan di 120 buah negara) terbukti menguntungkan Terengganu dan banyak mempromosi negeri serta Malaysia terutama dalam sektor pelancongan,” katanya.\rBagi pelayar profesional yang memeriahkan perlumbaan. edisi kali ketujuh itu dianggap paling mencabar apabila keinginan untuk merasai angin monsun sebenar sehingga mencecah 40 knot dikabulkan pada hari kedua kejohanan.\r\n\n\n\n\rPiala Monsun turut diselitkan dengan pelbagai program sampingan serta karnival yang dilihat membantu penduduk tempatan, sekali gus membuka mata masyarakat tempatan terutama golongan belia terhadap dunia sukan pelayaran.\r

[Source]                [Go Back to Citizen Journalist]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-11-2024 12:29 PM GMT+8 , Processed in 0.284920 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list