|
MADRID: Pertahanan Barcelona, Dani Alves tidak gusar dengan kelebihan enam mata yang dicipta Real Madrid di persada La Liga, tetapi mengakui timbul tekanan di dalam pasukan itu untuk tidak lagi tercicir mata.\rReal meneruskan momentum baik selepas kemenangan 4-1 ke atas pasukan tetangga, Atletico Madrid hujung minggu lalu tatkala Barcelona sekali lagi bergelut sebelum tewas di tempat lawan, 1-0 kepada Getafe.\r\n\n\n\n\r Juara bertahan itu yang berdepan Rayo Vallecano awal pagi esok, mencatat kemenangan 5-0 dan 4-0 dalam dua perlawanan terakhir menentang Mallorca dan Zaragoza tetapi setiap kali bertandang ke luar Nou Camp, mereka hanya mampu seri di Athletic Bilbao dan menang tipis 1-0 dalam dua perlawanan sebelum itu.\r\r\n\n\n\n\n Barca tampak kehilangan kelancaran hantaran setiap kali beraksi di gelanggang lawan tetapi mungkin kunci utama ialah persembahan bintangnya, Lionel Messi yang bersinar dengan 14 gol di tempat sendiri tetapi hanya satu di gelanggang lawan.\r“Buat masa ini, ramai yang memuji hingga ada kalanya ia keterlaluan, tetapi perjalanan masih panjang,” kata Alves.\r“Selagi ada peluang untuk menang, perebutan kejuaraan ini masih ada dan inilah cabaran yang perlu kami tempuh.\r“Elemen paling penting dalam pasukan ini ialah kami tidak pernah mengalah,” tambah Alves, yang akur pertembungan El Clasico pertama 10 Disember depan di Bernabeu, kini menjadi perlawanan cukup penting.\r“Jurang sembilan mata - andai kami tewas di Bernabeu - pasti sukar tetapi saya tidak rasa ia akan berlaku kerana kami pasti akan bangkit,” katanya. – AFP\r
[Source] [Go Back to Citizen Journalist] [Pump!]
|
|