View: 233|Reply: 0
|
Webber dapat ‘tonik terbaik’ harungi musim depan
[Copy link]
|
|
SAO PAULO: Mark Webber yakin kemenangan pada penutup musim di Grand Prix Brazil akan menjadi ‘tonik terbaik’ untuknya tampil lebih mantap pada kejuaraan Formula Satu (F1) 2012.\rPemandu Australia berusia 35 tahun itu dibayangi rakan sepasukan Red Bull, yang juga juara dunia berganda, Sebastian Vettel tahun ini - Vettel menamatkan 11 kemenangan dengan 15 petak depan untuk menjulang kejuaraan kali kedua.\r\n\n\n\n\r “Saya bermula teruk atas pelbagai sebab tetapi kami melihat semua perkara untuk terus ke tahap tertinggi. Apabila ukuran ditetapkan di tahap tertinggi, saya tidak hanya memandang pada Seb saja.\r\r\n\n\n\n\n “Ada Jenson (Button), Fernando (Alonso), mereka semua di kedudukan teratas. Ini adalah tonik terbaik bagi saya untuk perlumbaan ini. Ini petanda baik untuk menamatkan musim.\r“Saya tidak sabar untuk berehat pada musim sejuk ini, dan kembali dengan lebih mantap.”\rWebber mendahului selepas 30 pusingan apabila Vettel menghadapi masalah kotak gear tetapi pemandu Australia itu berkata, dia hampir memenanginya - tetapi dihimpit nasib malang.\r“Ini adalah kemenangan yang saya ambil kerana saya menerima banyak nasib malang. Tetapi inilah dunia sukan permotoran. Kemenangan ini penting untuk saya dan pasukan berada di kedudukan teratas.” – AFP
[Source] [Go Back to Citizen Journalist] [Pump!]
|
|
|
|
|
|
|
| |
|