View: 255|Reply: 0
|
'Semangat saya tetap membara'
[Copy link]
|
|
Nadal nafi dia tidak ghairah hadapi Piala DavisSEVILLE: Bintang tenis Sepanyol, Rafael Nadal mengakui dia masih keletihan tetapi tetap bermotivasi tinggi untuk mengetuai negaranya memburu kejuaraan kelima Piala Davis apabila menentang Argentina.\n\n\n\n Pemain ranking tertinggi Sepanyol itu mencetuskan kebimbangan minggu lalu apabila menyatakan hilang keghairahan untuk beraksi selepas tersingkir pada Final Jelajah Dunia ATP.\n\n\n\n\n\n Namun selepas sesi latihan kelmarin bagi persiapan menghadapi Piala Davis Jumaat ini, Nadal berkata, kenyataannya itu sebenarnya sengaja diperbesar-besarkan.“Sesuatu perkara itu tersebar dengan cepat dan kesimpulan yang dibuat jauh menyimpang daripada maksud sebenar yang cuba saya sampaikan.“Memang benar musim ini cukup sukar untuk saya. Lebih daripada kurang keghairahan disebabkan saya perlu beraksi bertahun-tahun pada tahap tertinggi saban minggu.“Jadi apa yang penting ketika ini ialah berlatih setiap hari pada tahap 100 peratus dengan memerlukan keseronokan untuk menjuarai Piala Davis,” kata Nadal.\n\n\n\nPertembungan final kali ini adalah ulangan final 2008 apabila Sepanyol menewaskan Argentina 3-2 meskipun tampil tanpa Nadal yang cedera ketika itu.Namun kali ini, Nadal bakal mengetuai cabaran Sepanyol di Stadium Olimpik, Seville yang turut menampilkan pemain nombor 5 dunia, David Ferrer serta pasangan beregu, Feliciano Lopez dan Fernando Verdasco.Argentina pula memburu kejuaraan pertama selepas empat kali mencuba dengan Juan Martin del Potro dan David Nalbandian dijangka berdepan Nadal dan Ferrer. – AP
[Source] [Go Back to Citizen Journalist] [Pump!]
|
|
|
|
|
|
|
| |
|